CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Taman trampolin terbesar di Asia dibuka 31 Mei

2-6-2014 10:40 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9350| Komen: 42


PETALING JAYA: Taman trampolin tertutup pertama di Malaysia 'Jump Street Trampoline Park' akan dibuka esok di sini dan dijangka menarik 500,000 pengunjung dalam tempoh setahun.

Ketua Pegawai Eksekutif Jump Street Malaysia Sdn Bhd, Duncan McGilligan berkata taman itu juga merupakan yang terbesar seumpamanya di Asia yang mempunyai gelanggang utama seluas lebih 3,000 meter persegi.      

Beliau berkata taman itu menjanjikan keseronokan kepada keluarga dan adalah kawasan untuk melakukan aktiviti rekreasi dan kecergasan yang ideal.      
          
"Hampir setiap orang mempunyai kenangan indah melompat di atas katil semasa mereka kecil. Namun melompat di atas trampolin adalah lebih seronok dan selamat yang pada masa yang sama memanfaatkan minda dan badan," katanya kepada pemberita yang dibawa meninjau kemudahan di taman itu, hari ini.

Terdapat pelbagai jenis trampolin selain pelbagai permainan lain di taman ini termasuk bagi mereka yang baharu mahu mencuba aktiviti trampolin serta bagi kanak-kanak seawal usia tiga tahun.

McGilligan berkata aktiviti di taman itu dikendalikan oleh mereka yang terlatih.
Beliau berkata taman seperti itu akan turut dibuka di kawasan lain di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor dalam tempoh lima tahun lagi.
Taman ini dibuka dari jam 10 pagi hingga 9 malam dari Isnin hingga Rabu dan lebih lama pada hari puncak dari pukul 9 pagi hingga tengah malam.

Harga yang dikenakan ialah RM20 (bagi jam pertama) dan RM17 (bagi jam kedua) pada Isnin, Selasa dan Rabu serta RM25 (jam pertama) dan RM22 (jam kedua) pada Khamis, Jumaat, Sabtu, Ahad dan cuti umum.
                 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote intriQue 30-5-2014 04:53 PM
ok....melompat selama sejam

hmmm...let me see....larat ke tak larat?



Quote tengokjerrr 30-5-2014 04:55 PM
kat mana tu?
Quote supernaturalee 30-5-2014 04:55 PM
asal hari khamis dh kira harga wiken?
pelik tul



btw nk lompat2 smpi sejam?
bior betik?
hmmm, blum cuba blum tau kan?
Quote mizahanan 30-5-2014 05:02 PM
dah lama aku nak beli trampolin ni... buleh cube nnt
Quote famri7 30-5-2014 05:05 PM
Sedapnya..nanti acik2 maleise peminat fareeda berjisim 80kilo keatas pon nak melompat..abis batu permata tercabut.
Quote revolusi_30 30-5-2014 05:05 PM
Ada campur laki pompuan tak.  
Quote shernazz 30-5-2014 05:07 PM
aku suke
kalo gi sunway lagoon, aku musti naik trampolin tu
Quote dino 30-5-2014 05:08 PM
kat penang ka nih
Quote alinone78 30-5-2014 05:09 PM
dino posted on 30-5-2014 05:08 PM
kat penang ka nih

Petaling jaya
Bukan
Pulau pinang
Quote alinone78 30-5-2014 05:11 PM
Google dapat ni jah
Quote alinone78 30-5-2014 05:12 PM
supernaturalee posted on 30-5-2014 04:55 PM
asal hari khamis dh kira harga wiken?
pelik tul

Sebab orang johor kedah kelantan n ganu dah half day Khamis
Quote dino 30-5-2014 05:15 PM
alinone78 posted on 30-5-2014 05:09 PM
Petaling jaya
Bukan
Pulau pinang

oooo ingat yg besar2 yg best2 semua kat penang kebangga
Quote mizahanan 30-5-2014 05:15 PM
website pon xde ekk...
Quote ChildrenOfBodom 30-5-2014 05:17 PM
habis melambung tetek dgn teloq makcik pakcik yg main
Quote kakikuDibibirmu 30-5-2014 05:18 PM
kalau rosmah lompat tembuslah
Quote alesandra 30-5-2014 05:19 PM
bestnya.tapi aku agak skeptikel..sbb mesia neh buat apa2 pun indah khabar dari rupa.
Quote revolusi_30 30-5-2014 05:23 PM
alesandra posted on 30-5-2014 05:19 PM
bestnya.tapi aku agak skeptikel..sbb mesia neh buat apa2 pun indah khabar dari rupa.

Sapa cakap. ?
Quote dino 30-5-2014 05:26 PM
kakikuDibibirmu posted on 30-5-2014 05:18 PM
kalau rosmah lompat tembuslah

ahkak mah diberi trampolin khas... hrp maklong
Quote alesandra 30-5-2014 05:26 PM
revolusi_30 posted on 30-5-2014 05:23 PM
Sapa cakap. ?

aku cakap

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 10:02 PM GMT+8 , Processed in 0.060797 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top