Seorang banduan yang mendapat gantirugi yang banyak di banjiri lamaran dari wanita. Nasib badan Daily Mail Wang Benyu (60 tahun) BEIJING, Seorang lelaki China yang dihukum secara salah dalam kes pemerkosaan dan pembunuhan telah dibanjiri tawaran pernikahan setelah mendapat gantirugi senilai 1.5 juta yuan . Wang Benyu (60) menerima gantirugi 1.5 juta yuan dari Pemerintah China setelah menghabiskan hampir dua dekade di penjara untuk kejahatan yang tidak dilakukannya. Wang, yang dulunya seorang petani, selalu berkeras bahawa dia tak bersalah atas kejahatan yang terjadi pada 15 Desember 1994. Malam itu, teman sekamarnya di sebuah asrama para pekerja pertanian di Baotou, Li Yanming, memperkosa dan membunuh seorang gadis yang dia bawa ke kamar mereka. Mulanya, Li mengancam akan membunuh Wang jika dia melaporkan kejahatan itu kepada polis Ketika Wang menolak, Li berlutut dan menangis seraya memohon kepada Wang untuk merahsiakan hal itu. Permintaan itu akhirnya disetujui Wang. Namun, Li membuang mayat itu, lalu melarikan diri, dan meninggalkan Wang berada dalam bingkai kejahatan tersebut. Wang akhirnya dijatuhkan hukuman penjara kerana pemerkosaan dan pembunuhan. Ia nyaris mendapat hukuman mati pada November 1996. Dia pun menghabiskan waktunya di penjara yang brutal tempat dia memperoleh makanan yang buruk, kerja paksa, dan fikiran bahawa dia akan mati di balik jeriji besi. Ia tidak pernah lagi melihat keluarganya di kota Baotou di Wilayah Otonom Mongolia Dalam di China utara. Walau tidak pernah berhenti menegaskan yang dirinya tidak bersalah, dia mengatakan, "Saya menerima hidup di penjara. Saya pasrah mati di penjara." Namun, tahun 2012, Li tertangkap di Beijing atas kejahatan lain, serta mengaku telah memperkosa dan membunuh gadis itu pada 1994. Pada September 2013, hukuman terhadap Wang pun diubah. Ia hanya mendapat hukuman tiga tahun penjara. Tak lama kemudian, Wang menerima gantirugiuntuk tahun-tahun yang dia lalui dalam penjara kerana hukuman yang salah itu. Pihak berwenang juga mengajaknya makan di restoran dan memberinya sebuah flat. Pada ketika dia dihukum, dia telah menikah dan punya satu anak. Namun, isterinya kemudian menceraikannya ketika dia dihukum kerana pemerkosaan dan pembunuhan. Kini dia memutuskan ingin menikah lagi, dan lamaran pernikahan pun membanjirinya. Dia berkata datar, "Saya sedih bahawa tawaran (pernikahan itu) lebih kerana wang saya bukan kerana diri saya. Saya fikir saya akan lebih baik jika sendiri saja."
|
Pada September 2013, hukuman terhadap Wang pun diubah. Ia hanya mendapat hukuman tiga tahun penjara.
supernaturalee posted on 21-5-2014 09:18 AM
dh sah2 xbersalah asal nk kena hukuman 3 thn penjara lagi?
aku slh faham ke artikel ni yg slh ...
duniaku85 posted on 21-5-2014 09:48 AM
itu la..kenapa kne lg 3 tahun..padahal mmg tak bersalah kut..kejamm
duniaku85 posted on 21-5-2014 09:54 AM
mungkin sbb nk bg berbaloi dgn nilai pampasan yg dia dapat kut
supernaturalee posted on 21-5-2014 10:05 AM
dh kuar sok jgn jd mcm 1 watak dlm shawshank redemption sdh
supernaturalee posted on 21-5-2014 10:21 AM
tgk la best citer tu
psl this guy yg dituduh bunuh laki yg selingkuh bini die
so dlm jel tu die ...
duniaku85 posted on 21-5-2014 10:22 AM
cite baru ke cite lama ni..klau cite lama kne download la jwbnyer
ADVERTISEMENT