Gambar hiasan Kisah ini berlaku masa zaman aku di kolej, masa itu semua nak tunjuk berani, bahawa higland tower itu tidak berhantu.
Lalu kami enam orang rakan mengambil keputusan termasuk aku untuk pergi ke Highland Tower, kalau tidak pergi bukan anak jantan, katanya' Tepat pukul 11 malam kita semua menuju ke Highland Tower dengan van. Sampai je Highland Tower, kawan aku yang seorang ni bernama Didi, suka bercakap besar. Kami yang lain pun pusing-pusing dekat-dekat sahaja, sebab persekitaran agak seram. Lepas puas lepak di situ, aku pun ajak mereka semua lepak di Uptown Damansara, sampai je Uptown kita semua lepak di kedai belakang sekali,iaitu kedai ayah kawan aku, "Bob.. ayah dia ini orang ada ilmu sikit. Tiba-tiba ayah si Bob sapa kita semua.. " eh siapa yang kamu semua bawa ini? tuju kepada kawan kita yang bernama Didi. Kawan aku pun jawab, "la ini kan Didi. Ayah Bob jawab.. "ini bukan Didi.. korang pergi mana tadi? Kita semua dari Highland Tower lepak di sana tadi.Mengucap ayah Bob.. yang kamu semua bawa ini bukan Didi, aku yang duduk sebelah Didi pun teruslah melompat! Tetapi Didi duduk diam tanpa berkata-kata.
Kami semua pun bertanya.."habis itu macam mana ini pakcik? Hantar balik tempat asal, kami mana berani! Ayah Bob akan temankan kamu semua. Semasa perjalanan hantar pulang jelmaan Didi, kita lima orang berhimpit dekat dengan tempat duduk tengah sampai melekat di tempat duduk depan. Sepanjang perjalanan kami semua senyap. Apabila kami semua sampai di Highland Tower semua macam kera kena belacan hendak keluar dari van. Sampai giliran Didi keluar dari van, belum sempat cecah tanah terus terbang mengilai. Ayah Bob membacakan ayat selindung kami semua. Semasa masuk di perkarangan Highland Tower, ayah Bob laungkan Azan dan berdoa. Lalu muncul Didi di tengah semak sambil menjerit " bodoh la kenapa tinggalkan aku seorang disini" seluar pun habis basah terkencing. Kite orang tenangkan dia dan bawak masuk van. Sepanjang perjalanan kite orang kena maki je dengan si didi,dia tak tahu cerita maka kami pun senyap je la.. Sampai je kat uptown kita orang cerita la apa yang terjadi sebenarnya.. Didi terdiam dan minta maaf,dia tak patut cakap besar tadi.. Didi sebenarnya tak jumpa jalan keluar masa kejadian kita orang tadi.. Dia berpusing2 kat situ je.. Kepada yang ada niat nak kesana kalau boleh elakkan.. WallAllahualam |
princesshazel posted on 2-6-2014 01:39 PM
wah thread baru...selamat update TT... seram giler!
makton posted on 2-6-2014 01:43 PM
ni pengalaman sndri ke?
mcm penah baca cerita ni kat somewhere...
CrowneGlory posted on 2-6-2014 01:48 PM
Byk plak aku baca highland tower ni lg byk manusia bertopengkn hantu dr hantu... Dh jd mcm sorga dad ...
chinta89 posted on 2-6-2014 01:51 PM
agak2 yg tgh isap dadah kat situ hantu kaco tak?
then balik rmh keluarga perasan tu bukan org seb ...
adnil posted on 2-6-2014 02:26 PM
nape aku dah baca banyak version citer ni eh?? apa ke ramai kena gini ke?
cloudy_83 posted on 2-6-2014 02:30 PM
mungkin yang cita lain tu kawan2 tt yang cerita kot.. almaklumlah ada 6 orang, pasti ada 6 versi.. : ...
pomade.seller posted on 2-6-2014 02:34 PM
Erk ramai ke?itu saya tak tahu la..tapi yg terjadi itu pengalaman saya sendiri..
pomade.seller posted on 2-6-2014 04:36 PM
Version didi saya da masukkan sekali..didi hanya cakap yang di tak jumpa jalan keluar..pusing2 dal ...
adnil posted on 2-6-2014 02:37 PM
haah, paling tidak setakat ini seingatnya dah baca 3 versi cuma nama-nama watak lain.. jumlah ahli ...
cloudy_83 posted on 2-6-2014 02:44 PM
masa pergi tu memang group tt sorang je yang masuk highland tower tu ke?
nasib baik tak pengsan d ...
unoryah posted on 2-6-2014 02:47 PM
bestnya pengalaman tt
ADVERTISEMENT