CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Peraturan Baru Cermin Gelap- Peniaga Memberontak

9-6-2014 09:43 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 10466| Komen: 45

Gambar hiasan


Peniaga kereta akan hantar memorandum kepada Hishammuddin bantah akta baru cermin gelap

Pertubuhan Penjual Auto, Audio, Akesori dan Hawa Dingin Malaysia(AAA) memaklumkan akan menghantar memorandum kepada Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein Selasa ini sebagai bantahan terhadap undang-undang baru penggunaan cermin gelap‎ oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Presiden AAA, Cherrie Lim berkata selepas daripada bengkel khas yang diadakan JPJ pada 3 Jun lalu, pertubuhannya mendapati terlalu banyak kelemahan pada peraturan baru itu yang perlu dikaji semula.

"pertubuhan kita akan bertindak menghantar memorandum bantahan Selasa ini di Putrajaya dan seterusnya di Parlimen.
"Apa yang kita mahu agar isu ini dapat perhatian beliau tentang segala luahan dan kebimbangan. Kami juga menuntut perbincangan dilakukan bersama," katanya pada sidang media di Shah Alam hari ini.

Sementara itu, Exco AAA  James Goh berkata keputusan JPP yang menetapkan peratusan penggunaan cermin gelap adalah sesuatu yang mustahil untuk dilakukan.
"Bagi penggunaan cermin gelap atau kita panggil ketelusan cahaya, JPJ menetapkan ia tidak kurang dari 70% untuk cermin depan dan tidak kurang 50% melibatkan cermin lain.

"Asas ketelusan cahaya ini semakin tinggi peratusannya maka ‎semakin cerah cermin kereta itu," katanya.
Goh yang juga turut dikenali sebagai profesor cermin kereta berkata sekiranya JPP tetap meneruskan peraturan baru itu maka bermakna kesemua pengguna kereta di negara ini pasti akan disaman.

"Kenapa saya kata begitu? Beza kereta sekarang dengan kereta dulu, hampir kesemua kereta yang dikeluarkan cerminnya sudah sedia ada gelap sebab itu tiada kertas 'tinted' yang terang dapat lulus pemeriksaan JPJ bagi bahagian hadapan kereta.
Selain itu Goh juga turut menyatakan JPJ dan juga pihak berkaitan seperti Pusat Pemeriksaan Berkomputer (Puspakom) atau Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (Sirim)‎ perlu menyelaraskan meter pemeriksaan cermin gelap kerana menurutnya pada masa kini ianya tidak seragam.

Katanya semasa di bengkel khas yang diadakan JPJ,  demostrasi dilakukan terhadap enam kereta bagi menguji ketelusan cahaya cermin namun keputusannya juga mengelirukan.‎
"Kita dapati meter pemeriksaan yang digunakan oleh pihak berkuasa tidak selaras keputusannya, kalau JPJ tunjuk keputusan lain, tiba-tiba Puspakom jadi keliru tentang perkara itu," katanya.

‎pertubuhan yang mempunyai lebih dari 5,000 peniaga kereta berdaftar di bawah mereka itu berkata mengemukakan beberapa cadangan kepada JPJ.

Goh berkata AAA menuntut agar ketelusan cahaya bagi cermin depan dapat dikurangkan kepada 60% dan cermin lain sebanyak 40%.
"Kita bukan menentang kerajaan tetapi sedaya upaya hendak berkerjasama mematuhi peraturan baru kerana itu kita memohon JPJ mendengar cadangan kami menurunkan sebanyak 10 % untuk cermin depan," katanya.

Beliau berkata sekiranya kerajaan tetap meneruskan peraturan itu maka ia akan memberi kerugian kepada peniaga kereta apabila stok kertas cermin gelap yang sudah dibeli tidak dapat digunakan.

"Ia menyebabkan kerugian kepada peniaga, kerana stock ada tidak boleh digunapakai selain itu kos bagi mendapatkan kertas tinted gelap yang ketelusan cahaya terang juga terlalu tinggi," katanya.

Manakala Lim yang mengulas mengenai bengkel yang diadakan ‎Selasa lalu merasa kecewa dengan layanan diberikan oleh JPJ.
"Kita rasakan bengkel itu mendatangkan apa-apa fungsi dan manfaat kerana mereka tidak mahu mendengar cadangan kami," katanya.
Dakwanya turut berlaku kekecohan ketika hari kedua bengkel itu diadakan bersama peniaga dan NGO ‎.

"Hari pertama bengkel mereka bersama badan penguatkuasa dan hari kedua pula sesi penerangan bersama kami. Sepatutnya mereka tidak membuat keputusan dan dengar dulu saranan kami.

"Namun kami hadir hanya untuk mendengar keputusan mereka dan pada mulanya langsung tidak dibenarkan mengemukakan cadangan sehinggalah ada pertelingkahan sedikit kemudian baru mereka benarkan ," katanya.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pakwetizzaqyah 8-6-2014 09:00 PM
bila nk buat rang undang2 untuk puak2 manhood kecik dan puak2 yg suka wechat bini orang eh???
Quote CiliPadiSedap 8-6-2014 09:05 PM
cmni lah berniaga. ada persatuan.

ni tidak minta kenaikan gaji 30% kena marah kesian akak tgk
Quote protonpersona 8-6-2014 09:06 PM
Ambik ko nak tinted sgt...:lo:
Quote ikan_kaghing 8-6-2014 09:10 PM
Goh berkata AAA menuntut agar ketelusan cahaya bagi cermin depan dapat dikurangkan kepada 60% dan cermin lain sebanyak 40%.


40% mana cukup

Privacy glass aku 20%, macam mana nak bawa balik nanti
Quote kucingTomey 8-6-2014 09:11 PM
yang mengadu tu cina...kau tgok nanti kompom gomen ikut....kalau melayu yang gi komplen..renti kan la......kah kah kah hidup melayu bana kau la
Quote joeyss 8-6-2014 09:14 PM
dulu-dulu peraturan berapa?
tapi selamba je jual gelap tak hingat.. tak kecoh pulak
Quote protonpersona 8-6-2014 09:18 PM
Nanti isapmudin jilat buntut persqtuan cina tinted kereta ni
Quote CiliPadiSedap 8-6-2014 09:39 PM
kucingTomey posted on 8-6-2014 09:11 PM
yang mengadu tu cina...kau tgok nanti kompom gomen ikut....kalau melayu yang gi komplen..renti kan l ...

melayu takut cina..

perkasa duk tayang bontot
Quote cmf_rambutan 8-6-2014 09:46 PM
persatuan tinted pon dah berani sound.... maknanya seblom ni memang dia jual tak ikut spek... bila org panggil bincang mula tunjuk belang.... tengok berani tak jpj
Quote ~anya~ 8-6-2014 09:51 PM
Kawan kawan...... tumpang tanya..
berapa percent yang sepatutnya tinted? Anya baru tinted cermin keta..
Quote kucingTomey 8-6-2014 10:03 PM
~anya~ posted on 8-6-2014 09:51 PM
Kawan kawan...... tumpang tanya..
berapa percent yang sepatutnya tinted? Anya baru tinted cermin ke ...

camni..cermin depan kena telus cahaya tak urang 70 persen...belakang dan tepi tak kurang 50 persen....senang nak paham camni anya....kalau tinted sampai reflek ke cermin sisi aka side mirror...tu mmg kompom kena saman...tapi ade gak dari luar gelap tahap babun...tapi dari dalam terang macam kulit saya....ade tapi tu yang bukan jenis tinted pasang kedai...tu mmg bahan dalam layer cermin..tapi jenis tu mmg berat ..cermin berat...mahal satu hal...safety....selalu golongan kerabat pakai..takat kita rakyat marhein ni pakai tinted 4 cermin 40 ringgit tu pun dah ok dah
Quote 5229 8-6-2014 10:04 PM
~anya~ posted on 8-6-2014 09:51 PM
Kawan kawan...... tumpang tanya..
berapa percent yang sepatutnya tinted? Anya baru tinted cermin ke ...

depan 75% tepi 50% kot kak anya...ingat2 lupaa..
Quote RaulRaz 8-6-2014 10:06 PM
'kalau tinted sampai reflek ke cermin sisi aka side mirror...'  -reflek yg macam mana tu ek?x faham...
Quote ~anya~ 8-6-2014 10:14 PM
kucingTomey posted on 8-6-2014 10:03 PM
camni..cermin depan kena telus cahaya tak urang 70 persen...belakang dan tepi tak kurang 50 persen ...

Oh begitu ye... thank you kucing tomey..
Anya ingat anya ada sebut kat cina tuh... bagi tinted yang tak kena tangkap polis punya... tidak pula sebut percent2 ini...
Quote ~anya~ 8-6-2014 10:15 PM
5229 posted on 8-6-2014 10:04 PM
depan 75% tepi 50% kot kak anya...ingat2 lupaa..

70 and 50 percent dek lima... thanks yang...
Quote kucingTomey 8-6-2014 10:18 PM
~anya~ posted on 8-6-2014 10:14 PM
Oh begitu ye... thank you kucing tomey..
Anya ingat anya ada sebut kat cina tuh... bagi tinted ya ...

senang cerita camni anya...anya pakai kereta ape??contoh kalau viva...contoh taw anya....mana saya tahu kot2 anya pakai fortuner ke.....anya pi kedai hafkat...mintak cromax set avvy....cromax ni polis jpj tak leh wat ape..sebab mmg cermin tu kaler cromax koko...keh keh keh...cume cermin ni ada time dia agak panas sket kalau cuaca dekat mesia...kelebihan dia banyak ....paling penting dia sebar cahaya dari kereta depan/belakang..kita tak silau kalau tengok pandang

Quote sup@rm@n 8-6-2014 10:18 PM
Tu dia. Geng2 mca dah sound tepet. Apalagi, hunuskan keris kontotmu
Quote kucingTomey 8-6-2014 10:19 PM
RaulRaz posted on 8-6-2014 10:06 PM
'kalau tinted sampai reflek ke cermin sisi aka side mirror...'  -reflek yg macam mana tu ek?x faham. ...

pernah tinted cermin x raulzraz??kalau kita terlebih gelap...cube drive waktu malam ..nampak tak side mirror dari dalam kalau cermin tertutup..kalau tak nampak itu tanda refleks dari tinted .....kire tu tahap gelap babun la....mmg kompom kena saman

Quote RaulRaz 8-6-2014 10:23 PM
kucingTomey posted on 8-6-2014 10:19 PM
pernah tinted cermin x raulzraz??kalau kita terlebih gelap...cube drive waktu malam ..nampak tak s ...

nampak je cermin kat side mirror tu...risau pulak bila budak2 ni kata tinted kete aku gelap, walhal aku tak rasa gelap sangat pun..tu yang tanya td..thanks tau kucing yang comel...

Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 09:14 PM GMT+8 , Processed in 0.064633 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top