Kempen “Reward MH370” itu dilancarkan menerusi laman web Indiegogo bagi menggalakkan sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai tragedi itu untuk tampil ke depan. Kempen ini mensasarkan dapat mengumpul sekurang-kurangnya RM16 juta menerusi Indiegogo untuk memperoleh maklumat itu. Penganjur kempen itu, Ethan Hunt yakin ada pihak yang mempunyai maklumat terperinci berkenaan kehilangan pesawat MH370. “Kami berharap ganjaran ini akan menarik perhatian pihak berkenaan untuk tampil ke depan dan mendedahkan perkara sebenar,” katanya. Sementara itu, Sarah Bajc, kekasih kepada penumpang warga Amerika Syarikat, Philip Wood berkata, beberapa ahli keluarga mangsa tragedi MH370 turut menyertai kempen itu. Pesawat MH370 dilaporkan hilang sejak 8 Mac lalu ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan membawa seramai 239 penumpang termasuk anak kapal. Beberapa minggu selepas itu, pesawat Boeing 777 berkenaan dipercayai mengakhiri perjalanan di Lautan Hindi namun sehingga kini operasi mencari dan menyelamat belum menemui sebarang serpihan pesawat.
|
jengkoil posted on 9-6-2014 12:54 AM
Penganjur kempen itu, Ethan Hunt yakin ada pihak yang mempunyai maklumat terperinci berkenaan kehila ...
ethan hunt? Mission impossible?
ADVERTISEMENT