CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Stresnya Masuk Bandaraya Melaka.

9-6-2014 02:47 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 16718| Komen: 159


BANDARAYA MELAKA - Sesuatu yang menyeronokkan apabila membawa keluarga bersiar-siar di Bandaraya Melaka setiap kali cuti hujung minggu.

Di samping boleh mengunjungi pelbagai tempat menarik, ia juga sebagai salah satu cara menghabiskan masa bersama keluarga dengan kegiatan berfaedah.

Namun, keseronokan itu pasti bertukar sesuatu yang membosankan apabila percutian tidak seperti diharapkan.

Bayangkan, anda terpaksa menghabiskan masa berjam-jam dalam kereta akibat kesesakan lalu-lintas di tengah bandaraya, selain masalah parkir.

Akhirnya, percutian anda menjadi sia-sia, sekali gus menyebabkan usaha kerajaan negeri mahu menaikkan jumlah pelancong, terjejas.


Masalah itu bukan isu baru. Bahkan, orang luar juga seolah-olah sudah tahu masalah kesesakan di kota pelancongan itu.

Tidak hairanlah apabila ada yang berkata "Malaslah hendak pergi ke Melaka. Bila cuti, mesti jem teruk" sekali gus menunjukkan sesuatu perlu dilakukan segera.


Tidak seperti dulu

Tinjauan Sinar Harian di sekitar Bandaraya Melaka semalam, turut mendapati jalan-jalan utama penuh kenderaan bermula sejak Jumaat lagi.

Keadaan lebih meruncing pada Sabtu dan Ahad sehinggakan ada pengunjung terpaksa mengambil masa beberapa jam ke destinasi pilihan.

Seorang pengunjung, Kamardi Samsur, 35, Melaka sememangnya menjadi pilihannya untuk bercuti bersama isteri dan anak-anak.

Bagaimanapun, katanya, dibandingkan dua tahun lalu, keadaannya sudah jauh berubah apabila dibebani masalah kesesakan lalu-lintas

“Pembangunan di Melaka amat membanggakan tetapi kesannya kami berdepan kesesakan lalu-lintas kerana terlalu ramai datang ke sini.

“Kalau dulu hendak ke satu destinasi hanya mengambil masa beberapa minit saja, tapi sekarang dua, tiga jam pun belum tentu, masih di dalam kereta,” katanya yang menginap di sebuah hotel di Bukit Cina.

Kamardi berkata, perjalanan dari hotel ke Bandar Hilir juga mengambil masa lama kerana kesesakan.

“Malam kelmarin (Jumaat) pun sama, kami tersekat hampir satu jam ketika ke Bandar Hilir. Mungkin sekarang musim cuti sekolah, pengunjung lebih ramai dari biasa,” katanya yang datang dari Selangor.

Bagi Miskiah Ngadeni, 43, pula, sepanjang dua hari berada di Melaka, dia terkejut keadaan lalu-lintas sangat sesak dan hampir menyamai di bandaraya Kuala Lumpur.

“Ingatkan apabila pulang ke Melaka dapatlah elak dari jam. Tapi, terpaksa melalui perkara sama," katanya.

Menurut pengunjung dari Perak ini, dia selalu ke Melaka tetapi mereka tidak pernah terlepas daripada kesesakan lalu-lintas di negeri ini.

Seorang lagi pengunjung, Abdul Rauf Buyong, 48, berkata,  dia terpaksa keluar lebih awal untuk mengelakkan kesesakan lalu-lintas.

"Saya keluar seawal jam 9 pagi untuk ke Bandar Hilir untuk mengelakkan kesesakan," katanya.

Sebagai orang luar, katanya, dia berharap kerajaan negeri dan pihak berkaitan cuba mengatasi masalah ini.

“Memang sukar nak elakkan kesesakan lalu-lintas, tetapi mungkin pihak berkenaan boleh cari jalan mengurangkannya khususnya di waktu hujung minggu dan cuti-cuti am.

“Bahkan pihak berkuasa seperti polis boleh bertugas mengawal lalu-lintas di kawasan yang telah dikenal pasti.

“Mungkin dengan cara ini dapat memudahkan pengunjung untuk ke destinasi pilihan dan mengurangkan kesesakan di sini,” katanya yang memberitahu waktu malam di Melaka dilihat lebih sesak berbanding siang.


Pihak berkuasa perlu main berperanan

Pendapat sama turut dirasai seorang pemandu teksi dikenali sebagai Ismail, 46, yang mengharapkan pihak berkuasa supaya lebih tegas terhadap pengguna jalan raya.

“Musim cuti memang menjadi masalah besar di Melaka kerana jalan raya penuh dengan kenderaan.

“Ia menjadi lebih teruk apabila ada pengguna jalan raya berani meletakkan kenderaan di bahu jalan. Ini juga antara penyebab kepada kesesakan lalu-lintas di sini,” katanya.

Dia yang sudah 10 tahun menjadi pemandu teksi di Melaka turut mengakui berdepan kesesakan lalu-lintas.

“Jika dulu dari Bandar Hilir ke Melaka Sentral hanya mengambil masa 20 minit tetapi sekarang hampir satu jam setengah.

“Masalah ini tidak akan berkurangan jika tiada tindakan tegas pihak berkuasa. Walaupun pengguna kereta semakin bertambah tetapi perlu ada jalan untuk menyelesaikan perkara ini.

“Saya yakin pelbagai alternatif boleh diambil untuk memastikan kesesakan di sini lebih terurus,” katanya yang turut menambah parkir berlapis menyumbang kepada kesesakan lalu lintas.

Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Zali Mat Yasin berkata, setakat ini pihaknya sedang mengemas kini sistem lampu isyarat di bawah kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu.

“Lampu isyarat turut memainkan peranan apabila kesesakan lalu-lintas berlaku. Apabila lampu menyala terlalu lama, ia akan menyebabkan kereta lebih banyak berhenti dan menunggu masa panjang untuk bergerak kembali.

"Jadi kita cuba tukarkan kepada sistem automatik untuk mengawal kesesakan berlaku,” katanya semua lampu isyarat di bawah MPHTJ bermula dari Tol Ayer Keroh sehingga ke persimpangan Peringgit akan dikemas kini.


p/s- bercuti didalam kereta...


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote revolusi_30 9-6-2014 01:27 PM
Anda patut masukkan sekali Lampu isyarat yg Maha Banyak di melaka. ...
Quote lurve82 9-6-2014 01:29 PM
melaka best asam pedas...
Quote AbukRokok 9-6-2014 01:36 PM
revolusi_30 posted on 9-6-2014 01:27 PM
Anda patut masukkan sekali Lampu isyarat yg Maha Banyak di melaka. ...

ikon terbaru melaka selepas A Famosa.... Traffic Light!!!!!
Quote kentel 9-6-2014 01:36 PM
ni baru melaka...belom pulau penang kolop..masuk feringghi..musim cuti...pehhhh...
Quote mak_wa95 9-6-2014 01:39 PM
dah tu belum sempat beli tiket parking dah kena saman paking pula..
kat menara taming sari..
Quote exclusive_vvip 9-6-2014 01:39 PM
revolusi_30 posted on 9-6-2014 01:27 PM
Anda patut masukkan sekali Lampu isyarat yg Maha Banyak di melaka. ...

haha....asben i pun penah komplen psl lampu isyarat yg byk kat melaka ni...
Quote tebuanharimau 9-6-2014 01:39 PM
selalunya orang komen jem ni disebabkan demonstrasi ada demo ke kat sana
Quote Simunggu 9-6-2014 01:41 PM
Di KK, Sabah hari hari pagi, petang malam jem sana sini dari Isnin sampai Ahad...tak bising pun....musim sekolah ini banyak pula kereta dari Brunei/ Sarawak masuk KK....
Quote lasagnaklcc 9-6-2014 01:47 PM
Melaka darul traffic lights

Quote shernazz 9-6-2014 01:48 PM
Ahkak xsuka..serik dh dtg..baek ahkak pegi kampung kuantan..tgk kelip kelip


Masron kulop
Teluk intan
Quote jfq 9-6-2014 01:49 PM
patut nak visit tempat dekat2 tu sediakan shuttle aje
tu pun tak boleh fikir
tak payah la org nak drive around nak visit one place to another
Quote ida88 9-6-2014 01:49 PM
Mmg kawasan tu selalu sgt jem
Tayah la pegi kalau musim cuti
Berabis mase ja dlm kete
Quote pakwetizzaqyah 9-6-2014 01:49 PM
sbb tu la lelaki melaka KECIL2 belaka..stress rupanya...patut la cepat je meroyannya...terus jadi kedah wannabe...
Quote ninjago 9-6-2014 01:51 PM
mmg vevuluuuu je ngan kesesakan kat melaka skrg nie. gila overloaded, nak gi memana pun buat spoil mood je!
Quote degil81 9-6-2014 01:52 PM
memang taubat nak masuk bandar melaka klu time cuti ni... seksaaaa
Quote oni313 9-6-2014 01:53 PM
"Jadi kita cuba tukarkan kepada sistem automatik untuk mengawal kesesakan berlaku,” katanya semua lampu isyarat di bawah MPHTJ bermula dari Tol Ayer Keroh sehingga ke persimpangan Peringgit akan dikemas kini.



stat dari plaza tol ayer keroh, mmg stress, memanjang lampu isyarat,
Quote kodokke 9-6-2014 01:55 PM
Melaka kekurangan jalanraya sebenornye
Quote cmf_Ax 9-6-2014 01:58 PM
mmg la jem minggu ni ... kebanyakkan jln utama di mlk ditutup aritu sbb ade perarakan kereta berhias sempena festival sungai melaka ...

lenkali jd mat rempit mcm aku ... jajajajajajaja
Quote ailoveusomuch 9-6-2014 02:02 PM
partner pun xsuka g melaka. mmg kirim salam la nak g. jalan kecik, banyak traffic light. mmg hazabbbb

Lihat semua komen(159)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 02:16 PM GMT+8 , Processed in 0.055269 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top