CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dilema Peniaga Daging Di Musim Perayaan

10-6-2014 10:16 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6298| Komen: 18



KUALA TERENGGANU – Peniaga daging di Terengganu mula gusar sekiranya berlaku kenaikan harga lembu secara mendadak menjelang Ramadan tidak lama lagi, sekali gus akan menyebabkan harga daging melambung tinggi.

Seorang peniaga daging segar, Zainal Awang, 60, berkata, sekilogram daging kini dijual pada harga RM25 bermula sejak beberapa bulan lalu, berbeza berbanding sebelum itu ia dijual pada harga RM24 sekilogram.

Menurutnya, kenaikan itu ekoran harga lembu diperoleh daripada pembekal agak tinggi.

“Kita terpaksa menjual daging dengan harga tinggi kerana bekalan yang diambil daripada pembekal adalah tinggi. Modal peniaga juga tinggi menyebabkan mereka tidak berani menanggung risiko daging rosak jika mengambil bekalan berlebihan.

“Bekalan lembu hidup juga terpaksa diimport dari Australia disebabkan kenaikan mendadak harga lembu dari Thailand bermula sejak awal tahun ini,” katanya kepada Sinar Harian, mengulas perkembangan harga daging di pasaran kini.

Menurutnya, kenaikan harga daging memberi bebanan bukan sahaja kepada peniaga tetapi kepada pengguna kerana daging tempatan merupakan keperluan yang mendapat permintaan tinggi setiap kali menjelangnya perayaan.

Zainal berkata, peniaga juga menerima tempias kesan kenaikan harga daging termasuk dikatakan sengaja menaikkan harga daging sedangkan penetapan harga daging sebenarnya banyak bergantung kepada pembekal.

“Jika mereka yang membeli untuk kegunaan keluarga ia mungkin tiada masalah tetapi bagi peniaga kedai makan, mereka terasa beban. Sebab itu, kita bimbang kalau ada kenaikan lagi, harga tidak boleh dijual seperti mana sekarang (RM25),” katanya.

Difahamkan, peniaga pada masa ini terpaksa membeli seekor lembu hidup yang boleh mencecah harga RM4,000 hingga RM5,000 seekor, bergantung kepada berat haiwan berkenaan dan hanya mampu meraih keuntungan sedikit jika ia dijual pada harga RM25 sekilogram.

Memetik laporan sebelum ini, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani memberi jaminan tidak berlaku kenaikan harga daging lembu di pasaran, ekoran ramai pengguna khuatir pembekal bahan mentah itu menaikkan harga menjelang Aidilfitri penghujung Julai ini.

Malah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan memastikan tidak berlaku kenaikan harga daging lembu segar sehingga RM40 sekilogram pada Jun ini.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, daging lembu merupakan antara barangan yang termasuk dalam Skim Kawalan Harga mengikut musim perayaan.

Menurutnya, kerajaan mengawal harga bahan itu bagi mengelakkan pengguna mengalami kesukaran pada musim-musim perayaan.

18

Bagus
12

Marah
7

Terkejut
13

Sedih
18

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (86 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lkick2113 9-6-2014 05:23 PM
thread dah ada....repost!!
Quote gusikuberdarah 9-6-2014 05:31 PM
dh ada la benang ni
Quote jengkoil 9-6-2014 05:36 PM
Ada kacang pis kat sini
Quote pestol 9-6-2014 05:38 PM
gusikuberdarah posted on 9-6-2014 05:31 PM
dh ada la benang ni

dah edit sila cuba lagi
Quote jengkoil 9-6-2014 05:38 PM
Kacang kuda...
Quote pestol 9-6-2014 05:38 PM
jengkoil posted on 9-6-2014 05:36 PM
Ada kacang pis kat sini

dah edit sila cuba lagi
Quote pestol 9-6-2014 05:38 PM
jengkoil posted on 9-6-2014 05:38 PM
Kacang kuda...

dah edit sila cuba lagi
Quote jengkoil 9-6-2014 05:40 PM
pestol posted on 9-6-2014 05:38 PM
dah edit   sila cuba lagi

Abam pestol main tipu...tak aci...balik nanti nak kabo nga mak kita...
Quote jengkoil 9-6-2014 05:41 PM
Harga daging naik..makan la ikang..

itu pun nak kena menteri ajar.   
Quote gusikuberdarah 9-6-2014 05:45 PM
xpe2..ada ubi ada batas..
Quote dubuk 9-6-2014 08:02 PM
murtabak daging satuuu

Quote bangcak 9-6-2014 08:04 PM
kedai daging 1malaysia plisss!!
Quote mommymonster82 9-6-2014 08:17 PM
Apa susah buat jer rendang kentang..ganti daging... Menteri pasola
Quote NeoMatrix 9-6-2014 08:24 PM
Ni semua adalah salah pemborong
Quote AHMADVW 9-6-2014 08:28 PM
mkn kangkung,

kangkung murah



Quote chaintea 9-6-2014 08:36 PM
Alasan yg sama...
Repeat script
Quote bangcak 9-6-2014 08:39 PM
jom speku 'dna kekburiii' dlm daging
esok harga daging jatuh sekilo singgit
Quote Staratila 9-6-2014 08:47 PM
Kalau daging naik harga makan sayur je laa

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 08:18 PM GMT+8 , Processed in 0.050910 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top