CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dilarang Memberi MC Sesuka Hati

16-6-2014 10:15 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4093| Komen: 13


Melaka: Semua pengamal perubatan di negara ini diminta supaya tidak memberikan cuti sakit (MC) kepada pesakit `Piala Dunia 2014'.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata, mengikut etika profesional kedoktoran cuti sakit hanya boleh diberikan pesakit yang layak.

"Semua pengamal perubatan sudah mendapat latihan mencukupi untuk mengenal pasti pesakit bagi membezakan antara mereka yang benar-benar sakit dan memerlukan cuti sakit atau mereka yang menghidap penyakit 'Piala Dunia'.

"Justeru pengamal perubatan diminta supaya jangan memberikan cuti sakit kepada pesakit yang menghidap penyakit 'Piala Dunia' sebaliknya ia diberikan kepada pesakit yang layak," katanya pada sidang media selepas merasmikan Sambutan Hari Denggi ASEAN Peringkat Kebangsaan 2014, di Bandar Hilir di sini, hari ini.

Beliau berkata, sebanyak 38,411 kes demam denggi dengan 75 kematian dicatatkan di negara ini dari Januari hingga 7 Jun lalu berbanding 10,910 kes demam denggi dengan 22 kematian dalam tempoh sama pada 2013.

15

Bagus
16

Marah
14

Terkejut
17

Sedih
13

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (88 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Eljie 17-6-2014 09:57 AM
susah nak cakap. sekarang ni banyak doktor sanggup jual mc sebab duit
Quote pinkzara 17-6-2014 10:01 AM
kenapa kokpink tak rasa pun kehangatan piala dunia ni?
Quote ifanonline 17-6-2014 10:01 AM
Eljie posted on 17-6-2014 09:57 AM
susah nak cakap. sekarang ni banyak doktor sanggup jual mc sebab duit

pedulik haper yg doc keje private clinic...bukan gomen bagi duit kat depa...pelanggan juga yg bagi

Quote Eljie 17-6-2014 10:04 AM
ifanonline posted on 17-6-2014 10:01 AM
pedulik haper yg doc keje private clinic...bukan gomen bagi duit kat depa...pelanggan juga yg bagi ...

itu la pasal so nak bg mc ke tidak mmg tak boleh kawal. ala..org nak ambik mc konfem2 la p private. nak p hosp kerajaan mmg takkan dpt punya la
Quote maxgamer82 17-6-2014 10:31 AM
mc gomen kena beli,lagi untung
Quote drivethru 17-6-2014 10:38 AM
klinik yg sng dpt mc mmg menjadi pilihan kaki mc. kalo klinik tu ssh nk bg mc, mmg pesakit nye org tua n kanak2 jer la. ape yg aku perasan, klinik doc melayu mmg sng nk dpt mc.
Quote afie_m 17-6-2014 10:39 AM
sokong2...tapi dr apa peduli..janji masyukkkkkkkkkkkkk...
bkn  xada dr yg buka klinik utg kejar keuntungan..bkn sbb btl2 nak menolong....
Quote vv2005 17-6-2014 10:47 AM
pinkzara posted on 17-6-2014 10:01 AM
kenapa kokpink tak rasa pun kehangatan piala dunia ni?

aku pun rasa apa ko rasa..MUNGKIN KAH kerana menunggu kehadiran ramadhan lagi hebat
Quote DayangKirana 17-6-2014 11:13 AM
klinik yang aku g senang dpt mc.. or may be sebab aku jarang sangat mintak mc..siap dia offer lagi,  "kalau nak mc,i bagi.. cakap jer, mau mc ka?"

baek doctor tuh..
Quote ninjago 17-6-2014 11:30 AM
bestnye time peknen dulu. doc asik offer mc jeee
Quote apam 17-6-2014 12:51 PM
bagi ajela mc, ape nak kira sangat
Quote gue 17-6-2014 01:10 PM
Salam

gue tak suka dgn doktor yg kedekut mc. For me setakat URTI memang kena bg atleast 2 days MC.Sbb for simple URTI, main treatment ialah good rest. kalau satu hari mana cukup, takkan nak asyik nak menapak ke klinik hari2 nak minta extend MC.

Di UK, kalau sakit cuma perlu isi borang sakit di ofis, tak perlu MC dari doktor, kecuali kalau perlukan cuti more than  a week, baru perlu doktor bg MC.

Quote batmana 17-6-2014 02:02 PM
klu dktor sndiri minta mc cmne?..

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:04 PM GMT+8 , Processed in 0.062365 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top