CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Denda Rm50 Juta, Penjara 10 Tahun Senyum Lagi

16-6-2014 11:07 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 12173| Komen: 77


Denda Rm50 Juta, Penjara 10 Tahun Senyum Lagi

KUANTAN 13 Jun - Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk serta isteri dihukum penjara 10 tahun dan enam tahun serta denda berjumlah RM50 juta oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah atas 189 pertuduhan pengubahan wang haram hampir RM170 juta dan mengambil deposit daripada orang awam secara haram.

Hakim Datuk Noradidah Ahmad menjatuhkan hukuman itu terhadap Datuk Dr. Jailani Jabar, 54, serta isterinya, Datin Dr. Latifah Taib, 53, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes tersebut.

Dia dan isterinya, masing-masing dihukum penjara empat dan dua tahun bagi setiap 189 pertuduhan pengubahan wang haram tersebut namun mahkamah memerintahkan hukuman berjalan serentak.

Jailani yang merupakan tertuduh pertama didenda RM29 juta atas 106 pertuduhan melibatkan nilai RM98.7 juta manakala Latifah pula didenda RM21 juta atas 83 pertuduhan membabitkan nilai RM71.3 juta.

Denda yang dikenakan ke atas kedua-dua tertuduh bagi setiap pertuduhan adalah antara RM600 hingga RM4 juta.

Kedua-dua tertuduh yang tinggal di Jalan Kubang Buaya di sini didakwa melakukan aktiviti pengubahan wang haram membabitkan sejumlah hampir RM170 juta antara bulan Februari 2006 dan Oktober 2007.

Mengikut pertuduhan, kes-kes melibatkan pembayaran deposit dan ansuran bulanan sembilan buah kereta termasuk jenama BMW, pembelian empat buah rumah, dua buah lot rumah kedai, satu lot kilang selain transaksi kemasukan wang menggunakan akaun syarikat ke akaun peribadi masing-masing.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLA) yang dibaca bersama Seksyen 87(1)(b) akta yang sama. Sabit kesalahan, mereka boleh dipenjarakan maksimum lima tahun atau denda RM5 juta atau kedua-duanya sekali.

Bagi kesalahan menerima deposit daripada orang ramai tanpa lesen, Jailani dihukum penjara enam tahun manakala isterinya dipenjarakan empat tahun.

Pasangan itu didakwa menerima deposit sebanyak RM222 juta dari orang awam tanpa lesen daripada Bank Negara Malaysia (BNM) di No. 474, Jalan Beserah, Kuantan, antara 1 Januari dan 17 Julai 2007.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 25(1) Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan 1989 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 103(1)(a) akta yang sama, yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda sehingga RM10 juta atau kedua-duanya sekali.

Jailani adalah Pengarah Urusan Jai Networks Systems Sdn. Bhd., yang berpejabat di Jalan Beserah di sini, manakala Latifah, Pengarah syarikat yang sama.

Hukuman penjara bagi kes pengubahan wang haram dan menerima deposit orang ramai tanpa lesen ini adalah berjalan secara berasingan.

Sepanjang perbicaraan, seramai 79 saksi pendakwaan dan lapan saksi pembelaan dipanggil memberi keterangan.

Pendakwaan dikendalikan oleh pegawai pendakwa dari BNM, Fahmi Abd. Moin dan Mohd. Shukri Ahmad Mansor serta dibantu oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Farez Rah


Bagus
1

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote alinone78 14-6-2014 07:39 PM
Cerianya dia
Quote zazazieglers 14-6-2014 07:42 PM
rm170j pun die buat, ini kan pula takat rm50j. hahah
Quote batmana 14-6-2014 07:43 PM
jai network tu, sempena nama dia ka? jailani
Quote tobby 14-6-2014 07:43 PM
harap betul2 kena penjara.  lepas tu kena balun pungkoq .
Quote zazazieglers 14-6-2014 07:44 PM
alinone78 posted on 14-6-2014 07:39 PM
Cerianya dia

tak sabar nak mendapat hidayah dalam penjara gamaknye. tu yang enyum. syukurlah die masuk penjara. haha
Quote kodokke 14-6-2014 07:45 PM
Pengasas sekim cepat kaya ka
Quote mizahanan 14-6-2014 07:46 PM
Dr jailani memohon msk penjara sbb tiada duit utk membyr denda. Sedikit biodata dr mempunyai 3 isteri dan 19 org anak.
sumber harian metro
Quote glump 14-6-2014 08:00 PM
Apa ada hal..kumpul 222 juta.. masuk penjara 3-4 thn..bila kuar nnt org dh lupa kes dia...x org tuntut duit tu..kan happy.kalau dok luar penjara sekarang, nk tidur pun x keh org dok cr.
Quote TuntungReturn 14-6-2014 08:21 PM

duit pengubahan wang haram akan dibekukan la..kalo die sorok duit kt mane2,,tanam bawah pokok ke..10 taun lgik kua..kaya balik
Quote edee_91 14-6-2014 08:27 PM
Kalau die bermasam muke pon die dapat ape?
Quote CiliPadiSedap 14-6-2014 08:27 PM
scammer Master press Noor Azlan Firdaus berasal daripada johor bahru akan turut sama di dakwa penipuan young dynamic club dan pelaburan forex.

jauhi noor azlan firdaus.

anak bini makan duit haram.

bersama hasbullah hamizan.
Quote mommymonster82 14-6-2014 08:29 PM
Tolak2 ada lg lebih puluh2 juta kt dia.. Tu yg senyum..
Quote budakshinchan 14-6-2014 08:37 PM
siannya anak anak dia.. mak ayah kena masok penjara.. umo dah tua.. malangnya.. kenapa la wat keje keje camni.. kan elok hidup aman damai
Quote alinone78 14-6-2014 08:37 PM
http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=366146

Mod ni thread yag sama lain bilik
Quote alinone78 14-6-2014 08:37 PM
CiliPadiSedap posted on 14-6-2014 08:27 PM
scammer Master press Noor Azlan Firdaus berasal daripada johor bahru akan turut sama di dakwa penipu ...

Akan ku tunggu...
Quote cadarblogsot 14-6-2014 08:38 PM
X faham biz apanya dia buat... bnyak nya masyok
Quote CiliPadiSedap 14-6-2014 08:44 PM
cadarblogsot posted on 14-6-2014 08:38 PM
X faham biz apanya dia buat... bnyak nya masyok

biz pelaburan.

konon2 berniaga sah.

tp kutip duit orang.

sampai masa modal tak pulang.

org mengamuk report bnm dan sc.

masa tu nangis darah air mata duit xdpt semula.



Quote alinone78 14-6-2014 08:44 PM
batmana posted on 14-6-2014 07:43 PM
jai network tu, sempena nama dia ka? jailani

Yup
Try google byk jg forum lain sembang pasal syarikat ni
Quote mizahanan 14-6-2014 08:44 PM
http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=366146

Lihat semua komen(77)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 03:23 AM GMT+8 , Processed in 0.114666 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top