CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Kenderaan Lihat artikel

Perodua Kurangkan Harga Viva Rm5,300

18-6-2014 11:06 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 14740| Komen: 110

Perodua kurangkan harga Viva RM5,300



Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua)

PERUSAHAAN Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) mengurangkan harga di atas jalan bagi semua varian model Viva keluaran syarikat itu sehingga RM5,300 bagi memberikan lebih nilai kepada pelanggannya.

Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, pengurangan harga itu dapat dilakukan kerana usaha penjimatan kos syarikat itu sejak 2011.

“Pengurangan harga ini juga bertepatan kerana ia menjadikan Perodua Viva kereta aras permulaan paling mampu milik di negara ini, selain selari dengan aspirasi kerajaan untuk menghasilkan lebih banyak kereta mampu milik untuk rakyat Malaysia.

“Pelanggan kami juga dapat pakej servis percuma selama tiga tahun yang kini ditawarkan kepada semua pelanggan baharu Perodua,” katanya dalam satu kenyataan.

Pengurangan harga itu bermula hari ini di semua 181 pusat jualan Perodua di seluruh negara.

Model Viva AM6BXD kini berharga RM22,000 (selepas pengurangan RM3,000) dan Viva AM1EZD RM36,800 (selepas pengurangan RM4,500) manakala model Viva AM8EXD, AM1BZD dan AM1GXD pula masing-masing berharga RM27,900, RM29,900 dan RM32,900 selepas harga jualannya dikurangkan sebanyak RM5,300.

Selain pengurangan harga itu, Perodua akan memberi bonus tunai RM800 kepada pembeli yang mendaftarkan kereta Viva antara 17 Jun dan 31 Ogos tahun ini.


Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote wirazam 17-6-2014 12:37 PM
keter makin murah..berita baik utk siswa siswi..

musti pasnih akan ada skim graduan etc etc..

modenas akan terpinggir
Quote kumbang7 17-6-2014 12:39 PM
rugi la sape yg baru je beli....
Quote amyainsamad 17-6-2014 12:58 PM
murahnya.....tp mcm tin je bodynya. melayang2...
Quote wirazam 17-6-2014 01:07 PM
amyainsamad posted on 17-6-2014 12:58 PM
murahnya.....tp mcm tin je bodynya. melayang2...

tak kisahlar tin body ke etc..yg penting ada juga rakyat jelata yg mampu berkereta utk berlindung dr panas dan hujan..

ko tak kesian ke tgk ada pasangan suami isteri naik motor dan ada anak diaorg didepan dan ditengah2 diaorg mcm kat bawah nih

https://encrypted-tbn2.gstatic.c ... ZH2zvb1olt1VHbRZHRS
Quote wirazam 17-6-2014 01:08 PM
Quote HOHA 17-6-2014 01:12 PM
kita nak kereta murah tapi bodi macam volvo.
Quote hyie 17-6-2014 01:15 PM
@HOHA ni @HUHA ke?
Quote chupachups 17-6-2014 01:16 PM
Bole pulang blk x viva lame??
Quote TuntungReturn 17-6-2014 01:20 PM
rakyat syg prevelol
Quote Lula2 17-6-2014 01:21 PM
ini berita baik...
badan mcm tin harga pun murah ok la tu..
Quote Dzulqarnain 17-6-2014 01:29 PM
X world klas xpe...


Graham Taburan
Conti 2-pintu sebonet
Quote kentel 17-6-2014 01:29 PM
TuntungReturn posted on 17-6-2014 01:20 PM
rakyat syg prevelol

rakyat dan @Acong sayangkan preve...
Quote TuntungReturn 17-6-2014 01:32 PM
nurul dan susan syg preve:lol
Quote xtahumenahu 17-6-2014 01:39 PM
nak trade in mesti harga jatuh merudum
Quote mat_krai 17-6-2014 01:41 PM
xtahumenahu posted on 17-6-2014 01:39 PM
nak trade in mesti harga jatuh merudum

pakai sampai hancur la tu gamaknya..
Quote xtahumenahu 17-6-2014 01:44 PM
mat_krai posted on 17-6-2014 01:41 PM
pakai sampai hancur la tu gamaknya..

adoyaiii...x berbaloi membayonyerrrr
Quote cmf_rambutan 17-6-2014 01:44 PM
clear stok.....axion dah nak kuar
Quote clarizsa 17-6-2014 01:47 PM
kecik sgt... x berbaloi... baik dorg bli saga blm ke, iswara ke, murah gak n lebih luas.. sesuai utk org miskin anak merenyut... lg selamat dr naik moto ramai2..
Quote kodokke 17-6-2014 01:47 PM
Turun harge kete make in yr 2013 ke

Lihat semua komen(110)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 07:44 AM GMT+8 , Processed in 0.048674 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top