Tertuduh dikawal polis keluar dari mahkamah selepas dituduh, semalam. KOTA BHARU - Seorang remaja berusia 15 tahun mengaku tidak salah di mahkamah majistret, di sini, semalam, atas tuduhan merogol seorang remaja berusia 14 tahun, Mei lalu. Tertuduh juvana yang beralamat di Kampung Padang Salim, Peringat, Melor itu didakwa merogol mangsa di sebuah wakaf di tepi sawah kampung berkenaan, antara jam 9 malam, 29 Mei dan 1.15 pagi, keesokannya. Dia dihadapkan ke mahkamah mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan kerana merogol. Hukuman terhadap remaja tersebut tertakluk di bawah Akta Kanak-kanak 2001. Tuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret, Nik Habri Muhamad di dalam kamar. Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Noor Dayana Mohamad. Terdahulu, Noor Dayana menawarkan jaminan RM5,000 sebelum Nik Habri membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin. Kes ditetapkan untuk sebutan semula 22 Julai depan. Tertuduh ditahan polis 1 Jun lalu.
|
20
Bagus |
10
Marah |
11
Terkejut |
19
Sedih |
13
Lawak |
8
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
chinta89 posted on 18-6-2014 11:40 AM
kes rogol atau suka sama suka?
tp sb bawah umur jd claim rogol even suka sama suka??
zirara posted on 18-6-2014 12:05 PM
aah, x silap iolss kalw bawah umur, even suka sama suka pun dikira rogol jugak
chinta89 posted on 18-6-2014 12:09 PM
hmm... budak2 sgt. baru baligh agaknya.. ye la umur 14-15 tu ape la ada..
zirara posted on 18-6-2014 12:30 PM
itu lah, budak2 sekarang banyak sangat cabaran hidup..
kadang2 kesian jugak tengok,budak2 lagi da ...
Sweetnye posted on 18-6-2014 11:05 AM
Cover la bebird tu sikit
ADVERTISEMENT