CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hukuman Liat Zakat

23-6-2014 11:05 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5428| Komen: 26


Kuala Lumpur: Undang-undang terhadap kesalahan bagi individu yang tidak membayar zakat akan dikuatkuasakan Pusat Pungutan Zakat, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) sekiranya usaha dakwah melunaskan tanggungjawab berkenaan tidak memberi kesan.

Pengerusi PPZ-MAIWP Datuk Che Mat Che Ali berkata, mereka yang gagal berbuat demikian bakal berdepan tindakan penjara selama enam bulan mengikut Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997.

“PPZ-MAIWP akan bekerjasama dengan agensi berkaitan bagi mengesan mereka yang wajib melunaskan tanggungjawab berzakat tetapi gagal berbuat demikian.

“Mekanisme sudah ada hanya tunggu pelaksanaannya saja, namun kita tidak mahu terburu-buru dan akan memberi sedikit masa dan ruang kepada masyarakat supaya sedar mengenai tanggungjawab itu.

Pada masa sama kita akan menggerakkan kempen serta dakwah berzakat,” katanya.

Che Mat ditemui pada sidang media selepas perasmian Program Mini Karnival Imarah Masjid di Masjid Saidina Uthman Ibnu Affan, Bandar Tun Razak di sini semalam.

Menurut beliau sehingga kini berdasarkan rekod PPZ-MAIWP jumlah pembayar zakat pada tahun ini bertambah sehingga 27 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu.

“Peningkatan itu cukup memberangsangkan.

Kita berharap jumlah pembayar semakin bertambah sehingga akhir tahun ini kerana terdapat 18,000 golongan asnaf di wilayah persekutuan yang menunggu bantuan,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai karnival mini berkenaan, Che Mat berkata, program itu bertujuan melakukan hebahan penubuhan Skuad Mesra Pembayar PPZ-MAIWP di bawah Mesra @ Masjid selain menyampaikan info dan memberi kesedaran kepada masyarakat berkenaan kewajipan agensi.

14

Bagus
18

Marah
14

Terkejut
8

Sedih
7

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (71 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote TuntungReturn 23-6-2014 09:07 AM
mana bleh cm tu..nk salur zakat sendiri tnpa melalui pjbt zakat pun bleh.
Quote otai_g 23-6-2014 09:15 AM
member kpd member aku keje kat pusat zakat.

dgr khabarnya bisnes x penah miss n berbulan2... rezeki dia....
Quote -electrifying- 23-6-2014 10:26 AM
mcm mana pula hukuman untuk liat nk memberi wang zakat itu untuk yg memerlukan?

adakah dipijak beramai2?
Quote the_killer 23-6-2014 10:29 AM
-electrifying- posted on 23-6-2014 10:26 AM
mcm mana pula hukuman untuk liat nk memberi wang zakat itu untuk yg memerlukan?

adakah dipijak be ...

itu takpe....siap dapat bonus lg
Quote jojo67 23-6-2014 10:33 AM
-electrifying- posted on 23-6-2014 10:26 AM
mcm mana pula hukuman untuk liat nk memberi wang zakat itu untuk yg memerlukan?

adakah dipijak be ...

kannn....nak like ja kata2 hang ni.....naik menyampah ngan pusat zakat ni, nak kutip bukan main lagi nak keluarkan utk diberi pd yg sepatutnya banyak pulak alasan depa
Quote -electrifying- 23-6-2014 10:35 AM
the_killer posted on 23-6-2014 10:29 AM
itu takpe....siap dapat bonus lg

sabar jela... bdentum guruh bgtahu kutipan zakat berjuta la berbilion la...
tp masih lagi kite dengar muallaf, org miskin, oku, ibu tunggal ISLAM yg mengadu betapa susahnya ingin mendapat wang zakat... isi borang dh 1 hal...prosedur lain lgi... aiyooo
tp bab xnk byr, wahhhhhh kemain lgi... malu aku dengan agama lain...
Quote merpati01 23-6-2014 10:38 AM
tak wajib pun byr pd pusat pungutan zakat, yg wajib byr zakat jer....
Quote jengkoil 23-6-2014 10:40 AM
kalo hukuman tu dari mahkamah syariah... kem salam je laaa... ramai je ingkar perintah mahkamah..
nafkah anak pun tak setel2...

yang penting niat..nak bayar kat mana2 asnaf yg layak...
jgn plak institusi dok kejar KPI, nak tambah investement....sampai tujuan asal instusi diwujudkan
dilupakan..
Quote Betara_Indera 23-6-2014 10:45 AM
selebet betol diorg ni... colection aje disibukkan..

bab keluar utk yg layak, hmmmm
Quote mziskandar 23-6-2014 10:46 AM
jadi tukang kutip zakat n memenjarakan org selama 6 bulan, x wajib. yg wajib adalah mengagihkan amanah zakat yg telah beratus million dikutip.
Quote ctaz 23-6-2014 10:48 AM
tak bayar zakat kena denda....
tak bagi agihan zakat ngan betul kena apa lak....

BIG B.S
Quote the_killer 23-6-2014 10:51 AM
ctaz posted on 23-6-2014 10:48 AM
tak bayar zakat kena denda....
tak bagi agihan zakat ngan betul kena apa lak....

di malaysia yang sibuk mengaku negara islam ni.....institusi yang diamanahkan menjaga wang zakat tetapi tidak melakukan amanah boleh lepas dan pada masa yang sama memberikan ancaman kepada orang tak bayar zakat...

elok bayar sendiri kepada golongan asnaf....
Quote M5 23-6-2014 10:51 AM
tak habis habis menipu ummah atas nama tuhan.
Quote ninjago 23-6-2014 10:54 AM
at the same time apa tindakan kt ppz kalau zakat x diagihkan dgn sebaiknya???
Quote -electrifying- 23-6-2014 11:29 AM
jojo67 posted on 23-6-2014 10:33 AM
kannn....nak like ja kata2 hang ni.....naik menyampah ngan pusat zakat ni, nak kutip bukan main la ...


biasala tu, nk wat cmne, byk sgt prosedur menyusahkan...
yg berjnji nk dtg rumah, tgk cmne lyk ke x, xdtg2 jgak... entah ape menda yg dia sibuk sgt... pdhl dh tugas dia... tu semua dipanggil ustaz...
munafik ka?

tgk mcm kristian, punya la nk menarik umat islam, yg susah dia bantu, bg itu ini... mmg dorg disponsor, tp kita ada zakat.. dorg?
improve kan la, dh tau ade masalah bersaing ng agama lain, cuba jaga umat islam sendiri, lebih2 lgi muallaf, ini lgi perlu dijaga...
ckp pnjang2 pon xguna...
Quote chaintea 23-6-2014 11:32 AM
Aku kelakar sungguh dgn kelaku depa ni..
Quote Muntz 23-6-2014 11:34 AM
Mgkin diorg nak kejar KPI kot?
Quote isseliparjepun 23-6-2014 12:17 PM
Aku sejak mendengar kes kes depa yang lebih kurang menjalankan tugas ni,aku jadik malas nk membayar zakat kt depa. Buat style abah aku ja,carik sendiri asnaf. Bukannya xde.
Quote IceCream_Soda 23-6-2014 01:50 PM
ada jer kwn2 aku yg tak bayar zakat pendapatan kat pusat zakat. instead diaorg kira sendiri dan bagi kat org2 miskin terus... sah2 lah xbleh claim income tax reduction sbb xder resit tp diaorg dh jalankan tanggungjawab membayar zakat. so camna Pusat Zakat nak kira tu? kira berdosa sbb xbayar melalui pusat zakat?

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 04:06 AM GMT+8 , Processed in 0.048555 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top