CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bufet Ramadan Mesti Halal Jakim

23-6-2014 11:28 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9008| Komen: 88

Description: Mana-Mana Pemis Yang Beroperasi Tanpa Sijil Perakuan Halal Akan Diambil Tindakan Tegas Dan Pihaknya Tidak Akan Berkompromi Dalam Isu

Gambar hiasan


YAN - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan meningkatkan pemantauan secara berkala sepanjang Ramadan nanti bagi memastikan premis makanan seperti restoran dan hotel menawarkan bufet Ramadan yang mempunyai perakuan sijil halal yang sah.
            
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, isu halal menjadi keutamaan Jakim kerana semasa Ramadan terdapat pelbagai jenis makanan akan dihidangkan kepada pengguna Islam untuk berbuka puasa.
            
Katanya mana-mana pemis yang beroperasi tanpa sijil perakuan halal akan diambil tindakan tegas dan pihaknya tidak akan berkompromi dalam isu itu.
            
"Kita akan lebih menghalusi soal makan, jadi Jakim telah susun aktiviti dengan aturkan pasukan-pasukan untuk pemantauan di seluruh Malaysia, terutama untuk penguatkuasaan bagi makanan.
            
"Dalam bulan Ramadan ini hotel-hotel, restoran-restoran dan kedai makan yang menjual makanan kepada orang ramai berbuka puasa memerlukan pemantauan yang rapi dan kita akan war-warkan nanti sebelum awal Ramadan dengan senarai rujukan termasuk dalam laman web portal," katanya ketika ditemui selepas merasmikan program Membara Karnival Sukan Parlimen Jerai di Dewan Serbaguna Guar Chempedak, di sini, hari ini.
            
Beliau yang juga Ahli Parlimen Jerai berkata untuk itu, Jakim akan bekerjasama dengan jabatan agama Islam negeri-negeri bagi menggerakkan pasukan masing-masing dalam menguatkuasakan peraturan berkenaan.
       
"Pemantauan berkala penting bagi memastikan pengguna tidak tertipu dengan helah pengusaha hotel dan restoran yang ingin mencari keuntungan dengan menawarkan bufet Ramadan tanpa perakuan sijil halal yang sah.
       
"Pemantauan juga bagi memastikan pemilik restoran atau hotel mengikut syarat dan peraturan yang ditetapkan dengan menggunakan bahan halal yang dipersetujui," katanya.
            
Jamil Khir berkata, pemantauan itu juga bagi memastikan sijil perakuan halal masih sah digunakan dan tidak tamat tempoh.
            
Beliau berkata pengguna perlu bijak memilih lokasi berbuka puasa terutama rangkaian hotel dan restoran yang menawarkan bufet Ramadan yang mendapat perakuan sijil halal sah daripada Jakim dan Jain.
            
Pengguna boleh menyemak terlebih dahulu premis makanan atau hotel yang memiliki persijilan halal atau tidak menerusi laman web Jakim iaitu http://www.halal.gov.my bagi mendapatkan kepastian sebelum membuat pilihan untuk berbuka puasa.

2

Bagus
7

Marah
6

Terkejut
3

Sedih
6

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (29 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prettymanja 21-6-2014 10:56 PM
Tenkiu TT for reminding weols. iols mmg suke terjah buffet ramadhan nie. Tiap hari tuka2 venue gitu..hehe
p/s.. motip tetibe cam malas nk macak bile tibe mulan pose nie.. haha Last edited by prettymanja on 21-6-2014 10:59 PM

Quote drivethru 21-6-2014 11:00 PM
berapa ratus la harga buffet ramadhan tahun ni. masak sendiri lg bagus. xyah pk halal haram. jakim pun bukan boleh percaya dah.
Quote Anak_Nogori 21-6-2014 11:03 PM
drivethru posted on 21-6-2014 11:00 PM
berapa ratus la harga buffet ramadhan tahun ni. masak sendiri lg bagus. xyah pk halal haram. jakim p ...

aaa'ah....goreng telor..rebus pucuk ubi..cecah budu...pun sodap..dijamin halal..
Quote LUNCH 21-6-2014 11:17 PM
Anak_Nogori posted on 21-6-2014 11:03 PM
aaa'ah....goreng telor..rebus pucuk ubi..cecah budu...pun sodap..dijamin halal..

Jangan jumpa cicak dalam budu tu ya.
Quote R2D2 21-6-2014 11:21 PM
harga terbaru serendah RM150 per pax
kalau booking sekarang dpt la dlm RM100
Quote prettymanja 21-6-2014 11:30 PM
R2D2 posted on 21-6-2014 11:21 PM
harga terbaru serendah RM150 per pax
kalau booking sekarang dpt la dlm RM100

xpe la once a year khen.. bile lg nk mamam cdap2 berbagai cuisines di dlm & luar negara nie Uolss. Kdg2 tu teruja nk rase makanan yg jarang kite jmpe di hari2 biase except in Ramadhan saje khen.. huhu
Quote Anak_Nogori 21-6-2014 11:33 PM
LUNCH posted on 21-6-2014 11:17 PM
Jangan jumpa cicak dalam budu tu ya.

Wuiiiekkkkk..cicak pun masuk ke?..
Quote razhar 21-6-2014 11:34 PM
bulan utk jadi setan - membazir hampirrrtiiibbbaaaa....
Quote Anak_Nogori 21-6-2014 11:34 PM
R2D2 posted on 21-6-2014 11:21 PM
harga terbaru serendah RM150 per pax
kalau booking sekarang dpt la dlm RM100

ni salah gomen lah ni..kenapa tak pantau?..
Quote bangcak 21-6-2014 11:40 PM
sebok dgn panda mmg le takda masa nak pantau
Quote Leonarzi 21-6-2014 11:56 PM
pembaziran je semua ni....
bulan ramadhon kali ni moh kita sama sama amalkan sikap berjimat cermat...
Quote Juadah 22-6-2014 03:40 AM
Seminggu sekali syok juga berbuka posa kat luar nih.. Boleh rehat dari memasak. Lagipun i dgn suami je ada kat umah.
Quote intriQue 22-6-2014 12:48 PM
Dah bertahun2 tak layan buffet Ramadhan ni.  Lately rasa mcm tak berbaloi jer spend mahal2 utk buffet tapi makan seciput jer.  Tak larat kot nak mkn banyak sampai tersandar kat kerusi.  Nak kejar maghrib lagi.

Lebih aman berbuka di rumah jer.  Biarpun lauk ala kadar tapi lebih selesa.
Quote TuntungReturn 22-6-2014 12:52 PM
R2D2 posted on 21-6-2014 11:21 PM
harga terbaru serendah RM150 per pax
kalau booking sekarang dpt la dlm RM100

rm150??? hotel.mana??
Quote tomatome 22-6-2014 12:53 PM
buffet ramadhan aku suka makan dkt tropicana golf.. pehhh menu dia macam2 banyak gile best siut.. solat pun senang parking jauh ke dlm pun xda hal
Quote aechae 22-6-2014 12:54 PM
xda list ke dgn pakej hrga skali.... time ni la nk family gathering, skulmate gathering, coursemate gathering etc...

org kata membazir, tp bg aku this is the way to treat myself gtu..
Quote aechae 22-6-2014 12:57 PM
R2D2 posted on 21-6-2014 11:21 PM
harga terbaru serendah RM150 per pax
kalau booking sekarang dpt la dlm RM100

skang ada groupon bleh dpt murah lah bang...kna pndai n rajin la cri..
Quote kodokke 22-6-2014 12:59 PM
Yang jual kat pasar ramahdan tak ade sijil halal.
Quote R2D2 22-6-2014 01:02 PM
bufet ni kalau nk merasa semua menu
jgn makan nasi
sure semua menu dpt rasa

Lihat semua komen(88)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-5-2024 10:07 AM GMT+8 , Processed in 0.203074 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top