TANAH MERAH - Polis menahan tujuh lelaki dan merampas pelbagai jenis dadah dalam Ops Cantas Khas ‘Total Enforcement’, Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah, dekat sini, kelmarin. Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Abdul Aziz Mahmud berkata, tujuh lelaki berusia 22 hingga 37 tahun itu ditahan dalam tiga tangkapan di lokasi berasingan sekitar daerah ini. Menurutnya, hasil penahanan tujuh lelaki terbabit, polis merampas sebanyak 313 pil dipercayai dadah jenis yaba, 54 pil eramin 5, 34 pil ubat batuk, 10 pil methamphetamine dan 1.25 gram syabu. “Tangkapan dibuat hasil Ops Bersepadu Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik dan Jabatan Siasatan Jenayah, IPD Tanah Merah. Kes disiasat mengikut Seksyen 39A(1), Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya, semalam. Menurut Abdul Aziz, tangkapan pertama dibuat berhampiran sebuah stesen minyak di Jalan Pasir Mas-Tanah Merah apabila polis menahan seorang lelaki berusia 32 tahun serta merampas 60 pil yaba dan 50 pil eramin 5. Katanya, tangkapan kedua pula melibatkan penahanan tiga lelaki berusia 20, 22 dan 30 tahun di Taman Barakah, dekat sini, serta rampasan 253 pil yaba, 1.25 gram syabu, empat pil eramin 5 dan 34 pil ubat batuk. “Ujian awal saringan air kencing mendapati suspek positif methamphetamine. Suspek berusia 20 tahun turut disiasat mengikut Peraturan 25(1)(N) Pendaftaran Negara 1959 kerana gagal mengemukakan kad pengenalan,” katanya. Tambahnya, tangkapan turut dibuat pegawai Balai Polis Gual Ipoh apabila menahan tiga lelaki berusia 22, 34 dan 37 tahun di hadapan sebuah stesen minyak di Kuala Paku, dekat Gual Ipoh. “Sebanyak 10 pil dipercayai dadah jenis methamphetamine dirampas. Ujian awal saringan air kencing juga mendapati suspek positif dadah jenis tersebut,” katanya. Abdul Aziz memberitahu, pihaknya turut memeriksa sebanyak 47 kenderaan membabitkan 25 kereta, 14 motosikal dan lapan lori dalam sekatan jalan raya di hadapan Pondok Polis Alor Pasir dalam operasi sama. “Sebanyak lapan saman dikeluarkan kepada pesalah trafik. Seramai 52 individu iaitu 40 lelaki dan 12 perempuan diperiksa dalam operasi berkenaan. “Bagi pemantauan di bank, kedai emas dan pajak gadai sekitar bandar, sebanyak 151 pemantauan dibuat iaitu 47 kali oleh unit kereta peronda, cawangan pencegahan jenayah (23), bit (31), detektif (20) dan rakan cegah jenayah (30),” katanya.
|
3
Bagus |
5
Marah |
19
Terkejut |
15
Sedih |
9
Lawak |
2
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT