CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Xing Xing, Liang Liang Nama Tempatan Panda Gergasi

26-6-2014 03:33 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7414| Komen: 38


Panda betina, Liang-Liang, makan ketika lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Kompleks Panda Zoo Negara, di Kuala Lumpur hari ini. - Foto Bernama


Panda jantan, Xing-Xing, bermain ketika lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Kompleks Panda Zoo Negara, di Kuala Lumpur hari ini. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan Xing Xing, yang bermaksud makmur, dan Liang Liang yang bermakna cantik, sebagai nama tempatan bagi panda gergasi jantan Fu Wa dan betina Feng Yi yang dipinjamkan oleh China.

Perdana Menteri berkata nama-nama itu dipilih berdasarkan 'Pertandingan Menamakan Pasangan Giant Panda' anjuran Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar pada 2012.

"Kita tahu pasangan panda gergasi ini ada nama China tapi kita cadang  memberi nama Malaysia terutama bila mereka akan berada di sini untuk tempoh 10 tahun akan datang," katanya ketika berucap merasmikan Pusat Konservasi Panda Gergasi dan sambutan ulang tahun ke-50 Zoo Negara di Hulu Klang dekat sini, hari ini.

"Saya harap pasangan panda ini tidak keliru sebab mereka sekarang ada dua nama iaitu nama China dan nama Malaysia," seloroh Najib.

Menurutnya pasangan panda itu perlu diberi dengan nama yang lebih menggambarkan identiti tempatan bagi menarik minat orang ramai menyaksikan haiwan itu dan mengunjungi Zoo Negara.

Pasangan panda gergasi yang menjadi simbol hubungan diplomatik 40 tahun antara Malaysia dan China itu tiba di negara ini pada 21 Mei lalu dan akan berada di sini untuk sedekad menerusi Program Penjanjian Kerjasama Konservasi Antarabangsa Panda Gergasi.

Melalui program perjanjian yang ditandatangani pada 2012 itu, Malaysia  berpeluang menjalankan penyelidikan konservasi panda gergasi selain dapat membangun dan melatih kepakaran tempatan.

Kedua-dua haiwan yang masing-masing berusia tujuh tahun itu dikuarantinkan kira-kira sebulan di tempat khas yang siap dibina di Zoo Negara.

Najib menarik perhatian bahawa projek konservasi panda itu merupakan kerjasama dua hala antara Malaysia dan China, dan ia merupakan penghormatan buat Malaysia selain mencerminkan hubungan erat kedua-dua negara.

"Saya difahamkan sehingga kini China telah menghantar hanya 23 ekor panda ke 14 buah negara sahaja. Justeru sudah pasti penghantaran ini menjadi simbol dan lambang persahabatan yang kukuh bagi kedua-dua negara sejak zaman dahulu lagi," katanya.

Pasangan panda gergasi yang menjadi simbol hubungan diplomatik 40 tahun antara Malaysia dan China  tiba di negara ini pada 21 Mei lepas dan akan berada di sini untuk sedekad menerusi Program Penjanjian Kerjasama Konservasi Antarabangsa Panda Gergasi.

Melalui program perjanjian yang ditandatangani pada 2012, Malaysia  berpeluang menjalankan penyelidikan konservasi panda gergasi selain dapat membangun dan melatih kepakaran tempatan.

Kedua-dua haiwan itu yang berusia tujuh tahun, dikuarantinkan kira-kira sebulan di tempat khas yang siap dibina di Zoo Negara.

Najib menarik perhatian bahawa projek konservasi panda itu merupakan kerjasama dua hala antara Malaysia dan China selain ia merupakan penghormatan buat Malaysia dan mencerminkan hubungan erat kedua-dua negara.

"Saya difahamkan sehingga kini China menghantar hanya 23 ekor panda ke 14 negara sahaja. Justeru itu, sudah pasti penghantaran ini menjadi simbol dan lambang persahabatan yang kukuh bagi kedua-dua negara sejak zaman dahulu lagi," katanya.

Mengenai pembinaan pusat konservasi panda gergasi itu yang menelan belanja RM25 juta, Najib berkata ia adalah wajar memandangkan jumlah perdagangan antara Malaysia dan China yang berjumlah US$200 juta pada 1974, telah meningkat kepada lebih US$106 bilion tahun lepas.

Beliau berkata pembinaan pusat itu juga berupaya menarik lebih ramai pengunjung ke negara ini terutama ke lokasi tarikan pelancong seperti Zoo Negara.

"Bukan semua perbelanjaan RM25 juta itu dikeluarkan oleh kerajaan tetapi sebaliknya hanya RM10 juta dikeluarkan kerajaan manakala RM15 juta lagi dibiayai oleh Yayasan 1Malaysia Development Bhd," jelas Perdana Menteri.

Dalam pada itu, Najib berkata pusat konservasi panda gergasi itu akan mula dibuka kepada orang awam pada 28 Jun ini dan beberapa golongan berpeluang melihat pasangan panda itu secara percuma.

"Kanak-kanak, anak yatim dari rumah kebajikan, warga emas dan golongan orang kurang upaya akan diberi masuk secara percuma ke pusat itu selama 30 hari," katanya.

Perdana Menteri yang diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor kemudian melawat pusat konservasi itu dan menandatangi plak perasmian sebelum memberi makan kepada pasangan panda gergasi itu. 

13

Bagus
10

Marah
12

Terkejut
11

Sedih
15

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (69 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote taji2906 26-6-2014 08:57 AM
Xing Xing... Liang Liang.. maknanya Keching Keching (Bunyi Duit) dan Hilang Hilang...
hahaha.. paham2 la rakyat mesia...
Quote Badut.Sarkas 26-6-2014 08:59 AM
takde pun bunyi tempatan.. baik maintain je nama asal
Quote Mizlyn 26-6-2014 09:01 AM
taji2906 posted on 26-6-2014 08:57 AM
Xing Xing... Liang Liang.. maknanya Keching Keching (Bunyi Duit) dan Hilang Hilang...
hahaha.. paha ...

Like ur post
Quote airfilterkotor 26-6-2014 09:03 AM
Hang Li Po pun China kasik free jaa pada Melaka. Takde bayar apa-apa pun.
Ngengada betul laa Najib neh.
Quote leylapple 26-6-2014 09:05 AM
Xing Xing and Liang Liang??? sound like chinese to me...

mana nama ahjib dan ahmah?? tak jadik pakai ker?

ali dan minah ka???
Quote mattzzx 26-6-2014 09:14 AM
Nama tempatan? Apa beze dengan nama Fu Wa dan Feng Yu?? Sama sajeee..
Quote OmJualGas 26-6-2014 09:16 AM
patut bagi nama si oto dan si onton...
Quote PEPPERMAN 26-6-2014 09:28 AM
saya pun agak keliru dengan nama baru,
saya ingatkan mereka nak bagi nama yang lebih kemalaysiaan - comot, tompok, montel, bulat
Quote the_killer 26-6-2014 09:31 AM
nama tempatan? nama Xing-Xing dan Liang-Liang pon ada berlambak kat Negara China ...


kalo nama tempatan mcm Comot ka, Bulat ka, Montel ka...bla bla bla
Quote nolya 26-6-2014 09:36 AM
Perlu  sangat ke nak ada nama baru Cina ala M'sia selama bermastautin di M'sia ni?  
Sudahnya bunyi cina Cina juga. Tak de beza pun?  Mau ke panda tu respon dgn nama baru mereka?  Kalaulah panda tu boleh bercakap,  panda pun akan protes.  Sekarang umur panda 7 thn, so by the time balek ke Cina akan berumur 17thn.  Wah! remaja jantan dan remaja betina u!
Quote alieyrina 26-6-2014 09:58 AM
Gigih nak boh nama china gak..negara laen boh nama  pa utk panda depa  
Quote beautifulliar 26-6-2014 10:04 AM
Nape i tgok mcm same je jntan n betina..
Gane nk bezakan muka dorang..
Ingt kn nm atan ngan tuya..nmpk la jgk kedesaan sedikit sbyk..ujung2 nm china jgk dibagi..
Mesti kak mah yg buat kputusan bab nm dorg nh..
Quote cmf_rambutan 26-6-2014 11:10 AM
baik pakai nama asal... cam takde beza jah...
Quote penyo 26-6-2014 12:46 PM
siannya panda tak cukup tidur. gelap bawah mata
Quote slavehunter 26-6-2014 12:47 PM
Boleh tak aku nak wish satu hari nanti panda ni gigit najib dan rosmah..
Quote famri7 26-6-2014 12:51 PM
STONER posted on 26-6-2014 12:44 PM
Najib: Malaysia antara 14 negara yang ada panda
Published on 25 June 2014 19:56 1094 views

...

Gigih kakmah jolok bamboo ala deepthroat..
Quote spiderman80 26-6-2014 01:13 PM
Badak darat memberikan panda makanan. Comel sungguh depa.
Quote dani-rox 26-6-2014 01:22 PM
comelnya gambar ahkak bonding dgn panda...
mcm mana sebut xing xing tuh... cingcing ka...
Quote pelicano 26-6-2014 01:40 PM
taji2906 posted on 26-6-2014 08:57 AM
Xing Xing... Liang Liang.. maknanya Keching Keching (Bunyi Duit) dan Hilang Hilang...
hahaha.. paha ...

Nice one!!

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 06:45 AM GMT+8 , Processed in 0.055165 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top