CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lakaran Artis Stadium Piala Dunia 2022 Qatar

27-6-2014 10:51 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 10927| Komen: 43


DOHA - Qatar mendedahkan dua daripada 10 buah stadium baharu yang akan dibina sebagai persiapan menganjurkan Kejohanan Piala Dunia pada tahun 2022, lapor MailOnline kelmarin.


Stadium Al Bayt di Bandar Al Khor yang terletak kira-kira 48 kilometer di utara Doha itu dijangka siap dibina pada 2018, jauh lebih awal berbanding kejohanan itu yang akan berlangsung lapan tahun lagi di negara tersebut.

Kerja-kerja asas stadium yang mampu memuatkan 60,000 penonton itu telah bermula dengan reka bentuk seperti khemah tradisional berwarna hitam dan putih yang digunakan oleh orang nomad di Qatar.

Sementara itu, Stadium Al Wakrah yang boleh memuatkan 40,000 penonton dibina khas untuk diubah suai selepas Piala Dunia 2022 dengan kerusi di bahagian tingkat atas akan dikurangkan untuk dijadikan ruang perniagaan dan restoran. 

Setiausaha Agung Jawatankuasa Tertinggi untuk Persediaan dan Legasi, Hassan Al Thawadi berkata, menjelang akhir tahun ini, Qatar akan memulakan pembinaan sebanyak lima buah stadium sebagai membuktikan komitmen dalam menganjurkan Piala Dunia terbaik pada 2022.


Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) menetapkan peraturan penganjur bagi Kejohanan Piala Dunia perlu mempunyai sekurang-kurangnya lapan buah stadium dan satu daripadanya mampu memuatkan 80,000 penonton untuk perlawanan akhir. 

10

Bagus
13

Marah
15

Terkejut
18

Sedih
20

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (86 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chazey 27-6-2014 01:05 AM
Fuiyooo...gah!
Quote axl_bach 27-6-2014 01:14 AM
Doha mmg terbaik laaa......cantik siot bandaraya dia
Quote SiBOntot 27-6-2014 02:22 AM

Antara negara terkaya di dunia ... memang akan jadi kenyataan ... xde keraguan langsung.
Bukan angan2 jenin macam Indon ...
Quote hanakikan 27-6-2014 02:30 AM
Ok bole start saving tgk world cup live kat sana. Tiket xde la mahal gi sana. Hotel dgn makan je mahal.
Quote lucky_peace 27-6-2014 02:45 AM
tapi dengar ura-ura nak tukar venue kan? sebab ade kes ritu?
Quote 5229 27-6-2014 03:16 AM
macam makan space banyak design nih..
Quote kambeng_masam 27-6-2014 03:20 AM
axl_bach posted on 26-6-2014 08:14 PM
Doha mmg terbaik laaa......cantik siot bandaraya dia

Haaa? Doha city cantik ke?
Jauh lebih cantik Riyadh. Jauh lebih cantik Dubai etc. Doha bukan ada apa...
Quote axl_bach 27-6-2014 03:47 AM
kambeng_masam posted on 27-6-2014 03:20 AM
Haaa? Doha city cantik ke?  
Jauh lebih cantik Riyadh. Jauh lebih cantik Dubai etc. Doha bukan  ...

cantik laa....yg dekat teluk tu...aku suka setting corniche dia, siap ada tempat utk street workout......happening petang2 org2 arab dok jogging n senaman...yg keluarga plak lepak2 atas rumput











Quote axl_bach 27-6-2014 03:52 AM
kambeng_masam posted on 27-6-2014 03:20 AM
Haaa? Doha city cantik ke?  
Jauh lebih cantik Riyadh. Jauh lebih cantik Dubai etc. Doha bukan  ...

ikutkan Dubai pun xder laa cantik mana selain di sepanjang jalan Sheikh Zayed road tu jer.....

dah jadi typikal bandaraya2 kaya di dunia arab ada part yg deme wat mmg moden gila n surrounding area masih bandar arab yg lama.....

di Doha pun camtu, Riyadh pun camtu, Muskat pun camtu, Abu Dhabi pun camtu....

nak tgk bandaraya asal arab adalah di Amman, Cairo yg mana bangunan2 sumer kusam dan x bercat.......dan bandaraya ala cenggitu masih wujud di Dubai, Abu Dhabi, Riyadh, Jeddah, dan Doha di bahagian luar dari bandaraya mewah dan moden tu

Quote axl_bach 27-6-2014 03:55 AM
wah, even Amman pun dah ada perancangan nak tiru bandaraya2 arab kaya yg lain


Quote NHolmes 27-6-2014 05:25 AM
Cantik sangat. Harap tahap safety n security ok, tak mcm negara penganjur lain lah.
Quote nurul_akmar 27-6-2014 07:00 AM
bukan qatar ada isu bribe ke? dorg masih terpilih ke?
Quote biosfree 27-6-2014 07:22 AM
Peh....ummwh urban.mampu...

Aq makan tauge je......syukur alhamdulillah
Quote the_killer 27-6-2014 07:34 AM
sebenarnya malaysia boleh....ini lah konsep metropolitan tepi pantai......memang dasyat....Qatar ni dulu ketinggalan, depa pon ada jugak belajar sikit2 dari negara kita zaman madey dulu....

aku rasa konsep bandaraya tepi pantai ni leh dicontoh di penang dan sarawak
Quote honeybee80 27-6-2014 10:20 AM
worldcup 2018 wat kat negara mana ek??
Quote kambeng_masam 27-6-2014 10:39 AM
axl_bach posted on 26-6-2014 10:47 PM
cantik laa....yg dekat teluk tu...aku suka setting corniche dia, siap ada tempat utk street workou ...

Mmg betul part yang ini cantik...namanya West Bay. Kira Doha uptown la...tapi masih banyak lagi kawasan yg belum dibangunkan betul2 lagi. Tu tower yang tower kaler berlampu kuning tu kami panggil condom tower...hehe. Qatar mmg patut invest ke arah perlancongan dah skang ni instead of cuma harapkan sumber OnG.

Quote shamsadis 27-6-2014 10:45 AM
honeybee80 posted on 27-6-2014 10:20 AM
worldcup 2018 wat kat negara mana ek??

Indonesia.
Quote aurora273 27-6-2014 11:04 AM
ok boleh mula simpan duit...
Quote saladin780 27-6-2014 11:11 AM
axl_bach posted on 27-6-2014 03:55 AM
wah, even Amman pun dah ada perancangan nak tiru bandaraya2 arab kaya yg lain

seriously aku rasa bandar2 arab purba mcm aleppo, sanaa, aden lagi interesting dan memukau bagi aku
bandar2 alaf baru cam doha, dubai, abu dhabi etc ni..cam fake dan xde jiwa gitu

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 07:01 PM GMT+8 , Processed in 0.129604 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top