CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jalan Tar, Masjid India Terus Sesak Sepanjang Ramadan

30-6-2014 12:40 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 13798| Komen: 118

KUALA LUMPUR 29 Jun - Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) dan sekitar Masjid India sinonim sebagai kawasan membeli-belah di ibu negara, lebih-lebih lagi ketika umat Islam menyambut Ramadan yang bermula hari ini dan seterusnya Aidilfitri sebulan lagi.

Pengunjung dilihat sanggup meredah kesesakan lalu lintas di ibu negara terutama pada hujung minggu untuk ke Jalan TAR bagi mendapatkan apa yang diidamkan diri sendiri dan anggota keluarga.

Seorang kerani di sebuah syarikat swasta, Nur Nazihah Mazlan, 28, berkata beliau lebih gemar membuat persiapan awal sebelum Ramadan bermula kerana tidak sanggup bersesak dengan lautan manusia menjelang 1 Syawal.


"Saya suka berkunjung ke sini kerana terdapat baju dengan fesyen terkini. Juga ada banyak pilihan barangan dan saya boleh dapatkan apa yang diperlukan di satu tempat sahaja," katanya ketika ditemui Bernama.

Antara produk 'wajib beli' yang mudah didapati di sekitar Jalan TAR-Masjid India ialah kurma untuk berbuka puasa yang menyaksikan penjual mampu mengaut pendapatan lumayan.

Peniaga kurma, Normala Abdullah, 40, berkata nilai jualan yang diraihnya boleh mencecah sehingga RM3,000 sehari.

"Pelbagai jenis kurma dijual termasuk jenis Safawi dan Mariami yang mendapat sambutan ramai. Tetapi saya terpaksa kurangkan kuantiti kurma yang dijual di gerai saya kerana ruang berniaga yang agak terhad," jelasnya.

Roslina Yusuf, 40, peniaga kain pelikat dan kain batik selama hampir 18 tahun di sekitar Jalan TAR, berkata beliau teruja dengan sambutan menggalakkan daripada pembeli. 



Bagus
6

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote myvios 30-6-2014 02:10 AM
aku sanggup bayar lebih dari bersesak2 kat situ...
Quote shernazz 30-6-2014 02:37 AM
Dolu time lone ranger boleh la aku meredah sesorang..skang..kemsalam lA
Quote drivethru 30-6-2014 02:45 AM
dulu pegi mlm raya best. lps pukul 12mlm, barang dh start lelong. sekarang ni jgn harap dorang nk lelong dh. mmg x berbaloi pegi mlm last. org lg ramai ade la.
Quote Acong_II 30-6-2014 02:57 AM
pi lepas raya pertama?
Quote prettymanja 30-6-2014 03:13 AM
Koser nk bersesak2 camtu..
mcm2 bau menusuk idong..
Lemas di Lautan Manusia..
Its a No.. no.. no
Quote ~anya~ 30-6-2014 03:20 AM
Mujur settle suda pembelian baju raya di area tersebut awal2 sblom posa... sempat hantar tailor untuk alteration lagi...
Quote GhostWalking 30-6-2014 05:17 AM
shernazz posted on 29-6-2014 06:37 PM
Dolu time lone ranger boleh la aku meredah sesorang..skang..kemsalam lA

Kawan iols bawak anak pun terus kansel sbb anaknya dah menangis2 rimas
Quote shernazz 30-6-2014 05:21 AM
GhostWalking posted on 30-6-2014 05:17 AM
Kawan iols bawak anak pun terus kansel sbb anaknya dah menangis2 rimas

Leceh bawak budak..tu po ramai gigih bawak stroller..nyusahkan.
Sendiri nak sopink..anak tpakse bpanas n bsesak bagai..cis!
Quote aechae 30-6-2014 05:29 AM
Sogo pn sesak jugak...3 serangkai ni...
Quote noor2 30-6-2014 05:39 AM
syurga peniaga....memang laris teramat berniaga apa pun kat sini ya? walau i hanya pernah jejak 2 kali seumur hidup kat sini..

satu lagi yang i nampak kompleks PKNS...mid valley...walau kat midvalley kedai kasut pun sewanya rm48k sebulan..tp depa memang untung gila2..ni menurut org yang berniaga kat sana.

Quote Suchi 30-6-2014 05:54 AM
minggu pertama ramadhan jual kurma dulu,konpem laku org mmg duk cari
minggu kedua jual air/mknn
minggu ketiga jual baju/kuih raya
minggu keempat dah boleh tutup kedai, bersiap2 utk sambut rayaaa sambil kira untung yg beriban
Quote Suchi 30-6-2014 05:57 AM
~anya~ posted on 30-6-2014 03:20 AM
Mujur settle suda pembelian baju raya di area tersebut awal2 sblom posa... sempat hantar tailor untu ...

saya xleh beli baju awal2 nnt mula lah ternmpk design yg lebih lawo mula lah teringin hihi..
kalo tempah plak, selalu tak brp kena saiz sama ada terlebih longgar atau ngam2.
tp kalo beli last minute pun x elok, ssh nk cari saiz n kaler.
tp kelebihannya leh dpt murah tu jelah.
Quote alinone78 30-6-2014 06:00 AM
Aku x pernah p
Alhamdulillah depa tak pernah ajak aku p
Quote alinone78 30-6-2014 06:01 AM
Suchi posted on 30-6-2014 05:54 AM
minggu pertama ramadhan jual kurma dulu,konpem laku org mmg duk cari
minggu kedua jual air/mknn
mi ...

2 hari akhir ramadhan tu jual makanan juga
Sah2 laku
Sebab ramai dah kira keuntungan n tutup kedai
Quote amiraira 30-6-2014 06:07 AM
~anya~ posted on 30-6-2014 03:20 AM
Mujur settle suda pembelian baju raya di area tersebut awal2 sblom posa... sempat hantar tailor untu ...

Baik punya Anya planning
Quote amiraira 30-6-2014 06:10 AM
alinone78 posted on 30-6-2014 06:00 AM
Aku x pernah p
Alhamdulillah depa tak pernah ajak aku p

X perlu org ajak....elok la x gi
Quote rospinki 30-6-2014 06:43 AM
Nmpk sgt org kita ni suka bebelanja sakan..kt mana2 soping mall dan2 renovate b4 posa hritu nk target raya ni masyarakat melayu yg sinonim belanja sampai togel..aku? Mmng tk minat..beli ala kadar jah. Tu pon last minit tiap taun.
Quote senahsanasini 30-6-2014 06:44 AM
Xsuke shopping bln pose, haus dan lapar menakluk dri..
Pastu klu g time cuti2 wanita bkn dpt mkn dgn aman...
Quote ~anya~ 30-6-2014 06:48 AM
Suchi posted on 30-6-2014 05:57 AM
saya xleh beli baju awal2 nnt mula lah ternmpk design yg lebih lawo mula lah teringin hihi..
kalo ...

Anya kena beli awal suchi... sebab nak beli baju melayu anak sekali... nak kena matchy2... hehehe. ..

Lihat semua komen(118)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 06:47 AM GMT+8 , Processed in 0.080045 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top