CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Masjid Merah Jambu Dibuka

30-6-2014 01:20 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7059| Komen: 22


Bandaraya Cotabato: Penduduk Maguindanao menyaksikan pelancaran Masjid Merah Jambu sempena Ramadan ini di bandar Datu Saudi Ampatuan, yang dibina Datuk Bandar, Samsodin Dimaukom.

Beliau berkata, ia dibuka untuk kegunaan orang ramai bermula semalam.      

Sementara itu, ulama berkumpul di kawasan ditentukan di Bandaraya Cotabato dan bandar sekitar Maguindanao bermula jatuh matahari semalam, untuk melihat anak bulan menentukan permulaan Ramadan.      
      
Pada bulan Ramadan, umat Islam berpuasa bermula terbit fajar hingga terbenam matahari, bagi menunaikan rukun Islam ketiga.

“Jika anak bulan tidak kelihatan disebabkan pelbagai punca seperti kadar penglihatan teruk atau cuaca buruk, puasa akan bermula esok,” kata jurucakap Darul Iftah di Mindanao Tengah, Jaafar Ali.

Jaafar berkata, mereka akan membuat pengumuman akhir mengenai permulaan Ramadan pagi ini di stesen radio tempatan.
      
Pejabat Wilayah Autonomi Muslim Mindanaao (ARMM), Gabenor Mujiv Hataman dan jabatan perdagangan dan industri akan mengendalikan pasar makanan Ramadan, yang membolehkan peniaga menjual makanan berbuka puasa pada harga murah.

Setiausaha Eksekutif ARMM, Laisa Alamia, berkata jualan di perkarangan kerajaan  tempatan seluas 32 hektar akan dibuka Isnin ini.
Alamia berkata, pentadbiran Hataman mahukan suasana Ramadan berjalan lancar dan aman.

Jurucakap Unit Infantri Ke-6 Tentera, Kolonel Dickson  Hermoso, memberitahu wartawan Gabenor Esmael Mangudadatu meminta unitnya mengecualikan anggota tentera beragama Islam daripada menjalani tugasan fizikal sepanjang Ramadan.                                              

2

Bagus
2

Marah

Terkejut
3

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LUNCH 28-6-2014 08:39 AM
Kat mana lah banda kota batu ni? Adakah di Africa ataupun di pilipinun?
Quote kerek_lager 28-6-2014 08:44 AM
mejid kaler samor

pilipin eh?
Quote ellZack 28-6-2014 08:49 AM
Philippine.
Quote Dark_Vampire 28-6-2014 09:03 AM
gegurl gitu warna pink....
Quote idadzira 28-6-2014 09:24 AM
pening aku baca nama tempat tu
Quote kodokke 28-6-2014 09:33 AM
Comelnye
Quote rosasa 28-6-2014 09:34 AM
Bandaraya Cotabato: Penduduk Maguindanao menyaksikan pelancaran Masjid Merah Jambu sempena Ramadan ini di bandar Datu Saudi Ampatuan, yang dibina Datuk Bandar, Samsodin Dimaukom.



nak baca satu ayat ni je, malas nak baca 1 artikel terus
Quote famri7 28-6-2014 09:37 AM
tempat acik2 pprt pegi berselfie lepas teraweh...

alhamdullilah..selesah terawih malam nih...wink wink
Rozana Majidee,
Rengit
Quote ice_sky92 28-6-2014 09:43 AM
Comel je masjid...
Quote lucky_peace 28-6-2014 10:09 AM
berpinar bijik mata tengoknye...
Quote kakikuDibibirmu 28-6-2014 10:16 AM
comelnya                  
Quote pittjie 28-6-2014 10:25 AM
pink nya mencolok mata ku la. kalau dusty pink kan lawo sekek.
Quote clarizsa 28-6-2014 10:25 AM
i love pink,but sorry yg ni x cantik....
Quote Decaffeinated 28-6-2014 10:29 AM
LGBT friendly kah masjid itu?...

Quote PostBanhammer 28-6-2014 04:17 PM
Decaffeinated posted on 28-6-2014 10:29 AM
LGBT friendly kah masjid itu?...

Aku baru nak mempersoalkan benda yang sama...
Quote kakikuDibibirmu 28-6-2014 04:27 PM
pink foundation
Quote azrain98 28-6-2014 05:03 PM
masjid pinky
Quote cmf_premierleag 28-6-2014 11:32 PM
Puteri umno mesti bangga sbb ada masjid kaler pinkish
Quote airfilterkotor 28-6-2014 11:48 PM
Taste takleh blah. Ni namanya perusak architecture language.

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 04:06 AM GMT+8 , Processed in 0.126000 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top