Kuala Lumpur: Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata Malaysia boleh menjadi huru-hara jika kerajaan meneruskan cadangan untuk menghapuskan Akta Hasutan 1948.
Katanya, ini kerana undang-undang baharu yang dicadang untuk menggantikan akta berkenaan tidak mampu untuk menghalang pelbagai hasutan yang akan berlaku. “Rakyat akan menerima pelbagaiberbagai-bagai hasutan, termasuk hasutan untuk meminda Perlembagaan Malaysia. Tidaklah mustahil mereka akan menghasut supaya institusi Raja juga dihapuskan,” katanya dalam entri terbaharu blog beliau. Kemungkinan huru-hara akan berlaku dalam negara, kesan daripada sikap liberal yang kita agungkan sekarang” Mahathir Mohamad, Bekas Perdana Menteri Peningkatan jenayah Dr Mahathir turut menyifatkan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Akta Buang Negeri menyebabkan peningkatan pelbagai jenis jenayah di negara ini. “Bagaimanapun, hasutan walaupun ada dilakukan (sekarang) tetapi tidak melampaui batas,” katanya. Dr Mahathir berkata, tanpa akta seumpamanya, pelampau dalam kalangan rakyat bebas mengkritik Raja dan sistem beraja secara terbuka, serta akhirnya membuat desakan supaya institusi Raja dihapuskan.
“Tidak ada undang-undang yang boleh menahan mereka setelah ISA dan Akta Hasutan dimansuh,” katanya sambil menambah bahawa di Malaysia tidak ada undang-undang yang boleh menghalang sebarang cemuhan dilakukan terhadap Raja dan institusi Raja seperti mana undang-undang Lese Mejeste yang wujud di Thailand. Hasutan dibenarkan Beliau berkata, walaupun ramai mungkin akan marah terhadap hasutan untuk menghapuskan sistem beraja, tetapi kerana hasutan dibenar, mereka yang berminat untuk mendirikan Republik Malaysia berhak dan bebas untuk meneruskan kempen mereka. “Kemungkinan huru-hara akan berlaku dalam negara. Inilah kesan daripada sikap liberal yang kita agungkan sekarang,” katanya. Kerajaan pada 30 Mei lalu mengumumkan cadangan memperkenalkan akta baharu bagi menggantikan Akta Hasutan dan mengesahkan menerima tiga draf rang undang-undang baharu berhubung keharmonian nasional. Ini susulan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 2012 untuk menghapuskan akta kontroversi itu antaranya untuk meningkatkan kebebasan bersuara di kalangan rakyat. Tiga rang undang-undang itu ialah Rang Undang-undang Harmoni Nasional, Rang Undang-undang Perpaduan Nasional dan Rang Undang-undang Suruhanjaya Perpaduan dan Integrasi Nasional. |
~anya~ posted on 1-7-2014 09:09 AM
Harap huru hara kohnon...cakap bukan main bedegar2 disini....
Pastu bila jadi huru hara... semunyik ...
~anya~ posted on 1-7-2014 09:09 AM
Harap huru hara kohnon...cakap bukan main bedegar2 disini....
Pastu bila jadi huru hara... semunyik ...
gede-bab posted on 1-7-2014 09:16 AM
betul anya...bila dah huru hara kelak depa dulu yang lari lintang pukang....
jengkoil posted on 1-7-2014 09:19 AM
Reply post dia laaa kaka...
mungkin dia berada dibumi oceania yg hanya berpuasa 9 jam (working ho ...
cmf_almondpecan posted on 1-7-2014 08:18 AM
Saya rasa tak perlu nak tunggu mansuh akta2 ni baru orang berani kritik raja. Contohnya, zaman Tun M ...
slippergombak posted on 1-7-2014 12:44 PM
Malaysia jadi huru hara kan mmg ini idaman umno bn dari dulu supaya bila jadi huru hara dan berperan ...
ADVERTISEMENT