CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kanak-Kanak 5 Tahun Hafaz 29 Juzuk Al-Quran

3-7-2014 10:35 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 11191| Komen: 68

Jakarta:  Seorang juri program menghafaz al-Quran di Indonesia, Hafiz Indonesia, begitu sebak dan kagum dengan bakat seorang kanak-kanak berusia 5 tahun yang mampu menghafaz 29 juzuk al-Quran.

Juri itu Abi Amir Faisol Fath dilihat pergi kepada peserta yang dikenali sebagai Musa itu dan mencium tangan kanak-kanak berkenaan bagi mengambil keberkatan mukjizat Al-Quran yang dihafalnya.

Musa yang berasal dari Bangka  membuatkan penonton rancangan Hafiz Indonesia  menitiskan air mata apabila mampu menjawab soalan demi soalan yang diberikan juri serta penonton.

Program itu disiarkan di stesen televisyen RCTI malah turut dimuat naik ke YouTube manakala episod membabitkan Musa dimuat naik pada 29 Jun lalu.

Menurut Abi Amir, kanak-kanak itu membuatnya kagum kerana menganggap Allah sendiri memuliakannya biarpun umurnya masih muda apabila jiwanya diindahkan dengan al-Quran.

“Tiada perkataan yang boleh saya ucapkan... Subhanallah.

“Ayah bonda semua, inilah buktinya bahawa sekali pun anak kecil masih sangat lemah kemampuannya, namun kita tunduk dengan kemuliaannya kerana al-Quran maka kerana Allah memuliakannya,” katanya.

Menurutnya, wang kertas tetap bernilai biarpun dipijak kerana manusia telah menetapkan nilai untuk  wang kertas.

“Bagi Musa, Allah menetapkan nilai yang mulia ke atasnya kerana dia sudah pun menghafaz Al-Quran biarpun masih muda,” katanya. 

4

Bagus
19

Marah
6

Terkejut
12

Sedih
8

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (65 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote divakah 2-7-2014 11:19 AM
Subhanallah..
Quote anilza10 2-7-2014 11:19 AM
ni link video die...
http://www.youtube.com/watch?v=u8jlMJmrPCk&feature=youtube_gdata_player Last edited by anilza10 on 2-7-2014 11:20 AM

Quote anilza10 2-7-2014 11:25 AM
lepas tgk video ni mmg rs sebak sgt.. melihatkan usia die yang baru 5 tahun dah mampu hafaz 29 juzuk, mmg amat menakjubkan...
Quote menjad 2-7-2014 11:27 AM
mmg sgt hebat... bergenang air mata melihat nyer... sapa lah ibu bapa yg mendidik musa nie...
Quote nebulagazer 2-7-2014 11:30 AM
Kan udah di ckp kn bayi cm kain putih ..yg corak la mak pak dia..so semua budak.mampooo
Makpak.je under estimate kemampuan anak
Anak ni mdidik.parenta jgk
Tak caya sila beranak
Pastu nnti kalo.ko usaha nk ajar doa harian kat anak dgn ko ko pon reti same
Hehehehhe tepok dada tanya iman sndr...
Quote Simunggu 2-7-2014 11:31 AM
mcm mana mak bapa dia didik...sure tak tengok upin ipin, TV etc...pg sekolah kerajaan pun tidak barangkali...
Quote 5229 2-7-2014 11:34 AM
so,boleh jadik great doctor macam ibn sina tak?

ke nak jihad ngn ISIS?
Quote myakayina 2-7-2014 11:36 AM
video ni lah semlm aku tengok sampai menangis.. Subhanallah..  
[youtube]/gbe_-1QR6OE[/youtube]
Last edited by myakayina on 2-7-2014 11:56 AM

Quote fcl29 2-7-2014 11:41 AM
itu di indonesia... kalo di malaysia boleh tgk rancangan qari junior tv3... alhamdulillah ade juga budak2 kecil yg pandai mengaji...
mak bapak kene hantar anak2 ni gi sekolah agama ptg... insyaallah boleh budak2 ni hafaz surah2... aku dulu pon boleh hafaz... tp makin membesar makin lupa sbb x amalkan...
Quote anilza10 2-7-2014 11:45 AM
5229 posted on 2-7-2014 11:34 AM
so,boleh jadik great doctor macam ibn sina tak?

ke nak jihad ngn ISIS?

moga anak2 yg hebat ni akan jadi org yg hebat juga dlm bidang ilmu...

Quote anilza10 2-7-2014 11:45 AM
myakayina posted on 2-7-2014 11:36 AM
video ni lah semlm aku tengok sampai menangis.. Subhanallah..

me too... sebak kan... terasa besarnya kuasa Allah...

Quote anilza10 2-7-2014 11:47 AM
fcl29 posted on 2-7-2014 11:41 AM
itu di indonesia... kalo di malaysia boleh tgk rancangan qari junior tv3... alhamdulillah ade juga b ...

betul tu.. anak2 ni sgt mudah serap ape yg kita bagi.. moga mereka dpt serap byk ilmu2 yg positif...

Quote bottombikini 2-7-2014 11:47 AM
adik yg kat belakang tu korek idung ke?
Quote anilza10 2-7-2014 11:49 AM
bottombikini posted on 2-7-2014 11:47 AM
adik yg kat belakang tu korek idung ke?

hahahah... .. tak tau la plak... tp adik tu kalo tgk dlm video mmg sgt keletah... asyik  ngusik pengacara tu je...

Quote mommymonster82 2-7-2014 11:50 AM
Mula dah duk pi cium tgn amik berkat.. Gila betoi...

Kagum dgn dia xper.xde hal dok pi cium tgn amik berkat pulak...
Quote lonso 2-7-2014 11:51 AM
video dah tak boleh bukak...............
Quote myakayina 2-7-2014 11:57 AM
lonso posted on 2-7-2014 11:51 AM
video dah tak boleh bukak...............

aku dah tepek tu..

Quote lonso 2-7-2014 12:00 PM
myakayina posted on 2-7-2014 11:57 AM
aku dah tepek tu..

thanksss.............
Quote myakayina 2-7-2014 12:00 PM
anilza10 posted on 2-7-2014 11:45 AM
me too... sebak kan... terasa besarnya kuasa Allah...

iyer.. beriya iya aku menangis semlm.. sampai budak opis tanya ko ni dah knp? hafal 29 juz ko.. umur baru 5 tahun.. Allahuakbar..

Last edited by myakayina on 2-7-2014 01:08 PM

Lihat semua komen(68)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 05:10 PM GMT+8 , Processed in 0.288684 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top