Gambar hiasan BEIJING - CHINA. China melarang kakitangan awam, guru dan pelajar di wilayah Xinjiang berpuasa, menurut laman web kerajaan, semalam.
Beberapa jabatan kerajaan turut memuat naik notis terbabit sejak bermulanya Ramadan akhir minggu lalu. Stesen radio Bozhou dan University TV menyatakan mereka akan menguatkuasakan larangan tersebut dalam kalangan anggota parti, guru dan golongan remaja di wilayah bergolak tersebut. Dalam satu kenyataan, jurucakap Kongres Dunia Uighur, Dilxat Raxit menyelar tindakan itu sebagai menyekat kebebasan beragama. "Larangan menyekat orang Islam melaksanakan Rukun Islam itu hanya akan mencetuskan lebih banyak konflik di Xinjiang. "Kami menggesa kerajaan menghentikan penindasan seumpama ini terutamanya ketika Ramadan," tegasnya. Memetik laporan AFP, sejak beberapa tahun lalu, kerajaan pimpinan Parti Komunis mengenakan larangan berpuasa di Xinjiang yang didiami etnik minoriti Uighur.
|
tobby posted on 2-7-2014 10:06 PM
cina mana boleh sebut ZZZ . depa sebut JJJ so jinjang la bunyinya
Decaffeinated posted on 2-7-2014 10:25 PM
Melayu pun kalau tak kerana ereb sampai sekarang tak boleh sebut F & Z. Semua perkataan 'melayu' y ...
azrain98 posted on 2-7-2014 09:54 PM
X ni mcm Z ...so sebut 'Zinjiang"
ADVERTISEMENT