CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Air Dicatu Selama 4 Bulan

7-7-2014 09:33 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9579| Komen: 61

Rakyat Mersing Menderita Akibat Catuan Air Melebehi 4 Bulan



Ketika ada penduduk Selangor merungut kerana ketiadaan air sambal menyalahkan kepimpinan kerajaan negeri baru-baru ini, rupa-rupanya seluruh penduduk Mersing kesal kerana nasib serupa yang menyusahkan kehidupan mereka telah berlarutan sejak empat bulan lalu namun tiada pihak yang ambil peduli.

"Air dicatu selang sehari sejak empat bulan lalu di seluruh daerah Mersing. Rakyat telah membuat aduan dengan pelbagai pihak tetapi masing-masing hanya memberi jawapan sedang diusahakan.

"Sampai bila masalah ketiadaan air akan berlarutan di tempat kami? Janganlah nampak penderitaan rakyat di Selagor sahaja sehinggakan segala penderitaan yang kami tanggung selama empat bulan ini langsung tiada penyelesaian,” kata seorang suri rumah, Aishah Saidin dari kampung Air Merah.

Sambil menyifatkan masalah yang ditanggung rakyat Mersing sebagai satu seksaan, Aishah turut melahirkan rasa kesal kerana semua perumahan yang diduduki kakitangan kerajaan tidak terganggu dengan masalah ketiadaan air.

"Mereka tidak akan tahu kesusahan yang kami tanggung kerana kediaman mereka semuanya tiada masalah air. Ini bukan cerita rekaan tetapi satu kenyataan kerana ada juga saudara mara kami yang tinggal di kuarters kerajaan.

"Mereka dengan bangganya bercerita masalah air tidak pernah dilalui tetapi tahu betapa kami yang tinggal di rumah sendiri telah sekian lama menjadi mangsa ketiadaan air. Apakah ini wajar berlaku?" soal Aishah.

Lebih teruk lagi kata ibu kepada lima anak ini, khabar terbaharu yang sampai adalah catuan air akan dilakukan pada Hari Raya Aidilfitri nanti sebagai satu langkah penyelesaian sementara keadaan kembali pulih.

"Sepatutnya, masalah ini telah lama diberi perhatian. Cadangan mencatu air pada Hari Raya hanya akan memburukkan keadaan di samping menyusahkan rakyat Mersing.

"Masalah air di Selangor terus menutup membutakan mata pihak berwajib di Mersing. Masyarakat hanya nampak negeri pembangkang tidak bijak menangani masalah rakyat sedangkan kami di bawah negeri pentadbiran kerajaan sebenarnya lebih teruk keadaannya," kata Aishah. 

5

Bagus
11

Marah
6

Terkejut
5

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (28 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 6-7-2014 04:21 AM
air sambal? entahlah akak tak suka kuah sambal belacan cair sangat, suka yang sedang-sedang gituh, lagipun kalau banyak air, menangis lah masa tumis tu
Quote dellashrill 6-7-2014 04:27 AM
Kesiannya.. Ingat selangor nak catu air 4 bulan..
Quote freebird 6-7-2014 04:29 AM
Caprut2 di provinsi Johor Darul Indon dah biasa dengan ketiadan air Ni. Sejak tahun 80an lagi.
Quote slippergombak 6-7-2014 04:33 AM
melaka lagi special bukak paip terus keluar air kopi.. tapi sebab negeri UMNO BN kan... terima laa hadap puas2 sapa nak bela, tanggung laa sendiri, sapa suh pangkah UMNO BN.. tgk negeri selangor.. belum kena catu lagi, baru cadangan jika berlaku.. seluruh negara dah kecoh bagai nak rak macma selangor dah jadi padang pasir air jadi kering kontang...

betapa bersyukur rakyat selangor terus terbela dibawah kerajaan pakatan rakyat selangor...


Quote GhostWalking 6-7-2014 04:37 AM
Pedih kalau mandi dengan air sambal :lol
Quote mixed 6-7-2014 05:31 AM
Smlm kt tv9 kt kg sok pahang lbh 10th xda air
Aku tgk depa pakai tong air ltk kt luar rmh
JBA dtg bw air 2-3hari seminggu kadang2 seminggu br dtg??
Camna nk minum mandi solat suma tu. Pakcik tu cite anak2 & saudara mara
X mau blk kg sb xda air susah depa nk mandi.  kesian tu hiss

Quote cucumberkl 6-7-2014 06:12 AM
Cite ni xbest sgt pasal jd kt negri umNGOk.... Cube jd kt selangor  baru bes melahar
Quote atira 6-7-2014 06:18 AM
Dah tau lama dah... tapi malas nak layan lobai air
Quote blastoff 6-7-2014 06:32 AM
atira posted on 6-7-2014 06:18 AM
Dah tau lama dah... tapi malas nak layan lobai air

Kena catu dengan kena racun toksik lombong adalah dua perkara berbeza.... rasanya kalau di beri pilihan antara amek racun dengan puasa sekejap, sapa-sapa pun akan pilih puasa . Tak dak air bukan 24/7, selang sari je . Janji jangan toksik lombong yang di beri dah la.

Lagi satu , kerajaan pusat perlu fikirkan long term solution untuk hadapi kemarau dengan berkesan bagi semua negeri, jangan dah di timpa baru terkebil2 nak solve. Kena bersedia lama terlebih dulu la.

Last edited by blastoff on 6-7-2014 07:28 AM

Quote blastoff 6-7-2014 06:36 AM
Disebabkan mentaliti PR yang sempit dan dungu lah maka macai PR memanjang rasa lebih baik melantak racun dari di catu air.....
Quote AbukRokok 6-7-2014 08:34 AM
MB paling terox
Quote Al-Patih 6-7-2014 08:40 AM
tak apoh ...meke akan banggo .....

Sultan: Johor landscape will change with more foreign investments
http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=814621
Quote gigiarnab 6-7-2014 08:48 AM
laaa awaitnyaa
Quote Acong_II 6-7-2014 09:42 AM
slippergombak posted on 6-7-2014 04:33 AM
melaka lagi special bukak paip terus keluar air kopi.. tapi sebab negeri UMNO BN kan... terima laa h ...

lepas neelofa mandi, dia akan jadik @MissNigga   
Quote noor2 6-7-2014 09:52 AM
Acong_II posted on 6-7-2014 09:42 AM
lepas neelofa mandi, dia akan jadik @MissNigga

.............
Quote ejans 6-7-2014 11:17 AM
Biar dicatu janji jgn air lombong logam berat lollol
Quote clarizsa 6-7-2014 11:26 AM
nasiblaaaaa.... kesian....
Quote batmana 6-7-2014 12:59 PM
Acong_II posted on 6-7-2014 09:42 AM
lepas neelofa mandi, dia akan jadik @MissNigga

kalu missnigga mandi, dia terus ghaib ka?..
Quote kakikuDibibirmu 6-7-2014 01:06 PM
@MissNigga ada urang kutok kau

Lihat semua komen(61)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 09:54 PM GMT+8 , Processed in 0.234660 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top