CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Berjaya Rakam Visual ‘Toyol’

7-7-2014 09:44 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 16971| Komen: 94

Gambar hiasan


PETALING JAYA -  Tiga kali premis dipecah masuk membuatkan seorang pemilik kedai runcit di Kampung Sungai Kayu Ara memasang kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengesan suspek.
       
Huzaifah Mohd Yatim, 25, terkejut selepas CCTV itu berjaya merakam visual seorang kanak-kanak sedang menggeledah barangan  dan mencuri wang yang disimpan dalam kedai jam 2.50 pagi 20 Jun lalu.  
       
 “Kanak-kanak itu mengaku  masuk ke dalam kedai melalui lubang kecil celah dinding papan kedai yang reput,” katanya.
       
Menurutnya, perangkap itu sengaja dibuat bagi mengesan pencuri yang menjadi buah mulut penduduk kampung itu selama ini.
         
“Saya kerugian besar selepas kedai dipecah masuk. Malah selepas ditangkap budak itu masih cuba pecah masuk kedai saya,” katanya.
       
Seorang lagi mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Man berkata, dia kerugian RM4,000 selepas rumahnya dimasuki akhir bulan lalu.
       
“Dompet yang mengandungi wang saya letak di dalam poket seluar yang digantung di dalam bilik lesap dan kejadian itu disedari ketika saya bangun waktu pagi.
       
“Anehnya tiada kesan rumah dipecah masuk, tapi ada saksi yang nampak kelibat kanak-kanak merayau di sekitar rumah saya pada waktu malam,” katanya.
       
Menurutnya, laporan mengenai kejadian itu dibuat di Balai Polis Damansara.

6

Bagus
8

Marah
6

Terkejut
3

Sedih
12

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (42 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote myvios 7-7-2014 07:54 AM
Quote myvios 7-7-2014 07:55 AM
'Raja Toyol' terlibat 23 kes kecurian

PETALING JAYA - Dia bukan anggota geng kongsi gelap, bukan penyamun, jauh sekali  perompak. Kalau dilihat dari luaran dia hanyalah seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun.

Namun, siapa sangka dalam usia semuda itu dia mendapat gelaran Raja Toyol selepas terbabit dalam tidak kurang daripada 23 kes kecurian membabitkan kes pecah rumah, kecurian tabung masjid  dan kedai runcit  di kawasan Kampung Sungai Ara, Damansara, di sini, sejak setahun lalu.

Meskipun sudah acap kali ditangkap penduduk kampung kerana mencuri, bahkan pernah dibelasah kerana perbuatannya itu, budak lelaki yang sudah tidak bersekolah ini tidak serik,  malah bertambah aktif seolah-olah mencuri menjadi kerjaya sepenuh masanya.

Difahamkan kanak-kanak  ini hanya  memerlukan tempoh yang singkat untuk melarikan wang yang disimpan di dalam rumah tanpa disedari oleh pemiliknya. Sudah beribu ringgit masuk ke sakunya.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKKK) Kampung Sungai Kayu Ara, Ramli Daud berkata, kanak-kanak  itu  pernah diserahkan kepada polis tetapi dibebaskan semula kerana dia di bawah umur.

“Dia bergerak seorang diri di dalam kampung dan sasaran utamanya adalah wang.

“Baru-baru ini dia pernah ditangkap  dan apabila ditanya ke mana wang curi itu dibelanjakan, dia dengan selamba memberitahu wang itu digunakan untuk berhibur di pusat siber. Saya  yakin dia berkawan dengan budak yang lebih besar dan di situlah wang itu dibelanjakan,” katanya.

Menurut Ramli, kanak-kanak ini melakukan kerja tidak kira siang ataupun malam. Jika ada peluang dia akan masuk ke dalam rumah sesiapa sahaja tanpa disedari.

“Dia akan sasarkan wang yang disimpan di dalam rumah, tidak kira di dalam poket seluar, almari mahupun laci.

“Peliknya dia boleh tahu di mana wang itu disimpan dan dengan  tubuhnya yang kecil dia boleh masuk ikut  lubang kecil selain tahu membuka gril pintu rumah,” katanya.

Jelas Ramli lagi, masalah itu sukar diselesaikan kerana keluarga kanak-kanak ini langsung   tidak mengambil berat  terhadapnya.

“Dia anak ketujuh daripada lapan adik-beradik dan tinggal  bersama ayahnya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan. Keluarganya  sudah lali dengan cerita kanak-kanak itu ditangkap.

“Ramai yang nasihat ayahnya supaya tidak membiarkan anaknya terus begitu, tetapi tidak diendahkan,” katanya.

Quote myvios 7-7-2014 07:55 AM
bulan posa pon ade toyol...
Quote xtahumenahu 7-7-2014 07:58 AM
x nampak laaa...watermark sinar tu besar sgt
Quote noor2 7-7-2014 07:58 AM
myvios posted on 7-7-2014 07:55 AM
'Raja Toyol' terlibat 23 kes kecurian

PETALING JAYA - Dia bukan anggota geng kongsi gelap, bukan  ...

ya allah.....

ni bapak dia suruh ke apa?

kena ajar buruk baik kat adik ni...


haaa..hat ni janganla bantai pulak...budak ni bukan tahu beza buruk dan baik...entah2 org dewasa duk suruh...

Quote nebulagazer 7-7-2014 08:08 AM
Br 10thn...adoiiii
Quote drivethru 7-7-2014 08:10 AM
demi sesuap nasi ke?
Quote zorrro_03 7-7-2014 08:12 AM
kalau tak kena cara, jadi setan besar laa budak ni nnt...  
Quote gaara_X 7-7-2014 08:14 AM
ermmmmm....pendidikan masa kecil membentuk generasi masa hadapan...
Quote GhostWalking 7-7-2014 08:14 AM
Keciknya toyol nihhhh
Quote cmf_conan 7-7-2014 08:23 AM
noor2 posted on 7-7-2014 07:58 AM
ya allah.....

ni bapak dia suruh ke apa?

Budak2 skarang bkn mcm budak2 dulu.. xdek maknanya xtau baik buruk kalo dah berkali2 buat walau dah kene tangkap.. kat obersi nun ramai je budak2 jd ketua samseng..
Quote aechae 7-7-2014 08:25 AM
zorrro_03 posted on 7-7-2014 08:12 AM
kalau tak kena cara, jadi setan besar laa budak ni nnt...

hbs skang, setan kecik??

Quote Simunggu 7-7-2014 08:29 AM
ada bakat tersendiri budak ini....kalau di latih bagus ni...ada gunanya nanti....
Quote shamsadis 7-7-2014 08:41 AM
duit ni mesti nak buat main internet nie
Quote cmf_kunyit 7-7-2014 08:43 AM
tunjuk la muka toyol ni...apa nak kabur-2 ...
Quote sueism 7-7-2014 08:48 AM
shamsadis posted on 7-7-2014 08:41 AM
duit ni mesti nak buat main internet nie

kelakar sungguh

Quote aurora273 7-7-2014 08:55 AM
kalau mak bapak yg suruh, tangkap je mak paknye tu... kalau mmg habit budak nih, masukkan pemulihan akhlak...
Quote budakmanentah 7-7-2014 08:58 AM
menggila btol bdk ni...dah beribu2 ringgit dia curi...duit tu buat prabih kat cc
Quote kentel 7-7-2014 09:17 AM
henry gurney !!! henry gurney !!! henry gurney !!! henry gurney !!! henry gurney !!!

Lihat semua komen(94)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 01:38 AM GMT+8 , Processed in 0.040786 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top