Phnom Penh – Polis Kemboja yang bersenjatakan belantan bertempur dengan penunjuk perasaan semalam termasuk sami Buddha yang menuntut gaji tinggi bagi pekerja kilang pakaian dan pembebasan 23 orang yang ditahan ketika satu perhimpunan berdarah baru-baru ini. Kira-kira 200 pekerja tekstil, ahli kesatuan sekerja, penunjuk perasaan dan beberapa sami cuba berhimpun di sebuah taman di Phnom Penh dihalang oleh pasukan polis pencegah rusuhan, kata seorang pemberita AFP di tempat kejadian. Pertempuran berlaku apabila sebilangan penunjuk perasaan cuba merempuh barisan polis untuk memasuki Taman Demokrasi sekali gus memaksa pasukan keselamatan itu menggunakan belantan untuk menghalang mereka. Penunjuk perasaan membalas dengan melontar batu, botol air dan kayu ke arah polis. 10 cedera Sekurang-kurangnya 10 orang dari kedua-dua pihak cedera, kata aktivis Am Sam Ath, dari kumpulan hak asasi tempatan, Licadho. “Pertempuran berkenaan menunjukkan tiadanya toleransi dari pihak berkuasa (terhadap penunjuk perasaan),” katanya. Kerajaan berkata perhimpunan itu adalah haram dan menghalang mana-mana demonstrasi di ibu negara oleh pembangkang yang mendakwa Perdana Menteri, Hun Sen menipu dalam undian tahun lalu. Penganjur bantahan memberitahu pemberita mereka akan menekan usaha untuk membebaskan penunjuk perasaan dan pekerja kilang yang ditahan polis ketika bantahan baru-baru ini yang menyebabkan sekurang-kurangnya empat orang maut.
|
Artemesiaa posted on 7-7-2014 04:09 PM
Gaji rendah sangat kerja long hours lama2 boleh naik hangin jadinya
ADVERTISEMENT