Justeru, beliau mengingatkan orang Islam supaya mengelak dari berbuka puasa di tempat sedemikian terutama yang diragui status halal. Puasa tak batal “Puasa mereka tidak batal tapi dia berdosa sebab reda dengan keadaan macam itu. Hukumnya sama juga dengan mereka yang minum, menghidang atau menjual arak,” katanya kepada BH. Beliau mengulas tindakan umat Islam berbuka puasa di restoran menawarkan bufet Ramadan yang turut menjual minuman keras. Kelmarin, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengadakan serbuan di sebuah restoran di Jalan Yap Kwan Seng, di sini dan mendapati restoran yang mempromosi bufet Ramadan turut menjual minuman keras. Difahamkan restoran itu menjadi tumpuan umat Islam berbuka puasa kerana harga bufet adalah berpatutan iaitu RM75++ bagi dewasa dan kanak-kanak usia tiga hingga 13 tahun RM35++. Sementara itu, Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata pengurusan hotel atau restoran perlu beretika dengan mematuhi syarat halal JAKIM sebelum menawarkan promosi bufet Ramadan. Umat Islam juga, katanya perlu memilih restoran yang mematuhi syarak sekiranya mereka ingin berbuka puasa di luar. “Mencari yang halal itu suatu yang wajib, setiap orang kena pastikan mereka mendapat sumber yang halal dimakan. Oleh itu, kita minta umat Islam sensitif terhadap hukum itu kerana tuntutan halal itu wajib, kalau kita langgar hukumnya berdosa,” katanya. Patuhi arahan Beliau juga meminta umat Islam mematuhi arahan pihak berkuasa agama Islam negeri yang mengarahkan peniaga Islam menjual makanan selepas jam 3 petang. “Apabila ada sesuatu peraturan dari pihak pemerintah, maka hukum itu wajib dipatuhi, kecuali kalau diminta buat benda maksiat,” katanya mengulas tindakan kerajaan negeri Kedah yang akan menarik lesen perniagaan premis makanan yang menjual makanan sebelum jam 3 petang pada Ramadan ini.
|
6
Bagus |
6
Marah |
7
Terkejut |
9
Sedih |
14
Lawak |
16
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
nagapompuan posted on 9-7-2014 08:31 AM
Di sini haram, di sana haram, dimana mana pun semua haramm...*mode bernyanyi*
LUNCH posted on 9-7-2014 08:13 AM
Ini berdosa bagi orang malayooo Islam di Malaysia sahaja kan? Bagi orang Islam di barat tak berdosa ...
“Puasa mereka tidak batal tapi dia berdosa sebab reda dengan keadaan macam itu. Hukumnya sama juga dengan mereka yang minum, menghidang atau menjual arak,” katanya kepada BH.
rosevelvet posted on 9-7-2014 08:38 AM
ye kot.. kalau kat obesi yg negara non muslim, biasanya kedai turki jual kebab n nasi kebab dgn ar ...
teky posted on 9-7-2014 09:36 AM
da tu mesia ni pembekal arak dan babi terbesar di asia.. dah tu kita beli makanan keluaran mesia pon ...
ADVERTISEMENT