Kantoi merokok di bulan puasa ROMPIN – Seorang pekerja sebuah bengkel kenderaan di Tanjung Gemok, dekat sini, bertindak melarikan diri ketika diserbu penguat kuasa Pejabat Agama Islam Daerah (Paid) Rompin selepas perbuatan menghisap rokok sambil bekerja berjaya dikesan. Bagaimanapun, suspek berjaya melarikan diri ketika dikejar penguat kuasa dari Paid Muadzam Shah dan Pekan dalam Ops Ramadan itu. Kadi daerah Rompin, Adnan Mamat berkata, seorang penguat kuasa yang cuba menghalang suspek melarikan diri turut dikasari. “Beberapa penguat kuasa yang membuat intipan awal mengesan suspek yang tidak berpuasa menghisap rokok ketika sedang membaiki kenderaan dan seterusnya serbuan dibuat. “Suspek melarikan diri setelah menyedari kehadiran penguat kuasa dan lebih mengejutkan apabila suspek bertindak mengasari seorang penguatkuasa yang cuba menghalangnya serta berjaya meloloskan diri,” katanya. Dalam situasi berasingan di Bandar Kuala Rompin, sebuah kereta jenis Perodua jenis Myvi berwarna Ungu dikesan berada di belakang sebuah restoran dipercayai sedang membeli makanan namun bertindak memecut laju kenderaan selepas menyedari kehadiran penguat kuasa. ![]() Menurut Adnan, jika suspek berjaya ditangkap dan disabitkan kesalahan boleh didakwa mengikut Undang-undang Negeri Pahang Enakmen Jenayah Syariah 2013 atas kesalahan tidak menghormati Ramadan yang boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau keduanya. Dalam pada itu, beberapa restoran turut diberi amaran keras kerana dikesan mempamerkan makanan seawal jam 11 pagi. “Ini secara tidak langsung mendatangkan keraguan kerana beroperasi terlalu awal namun ketika serbuan dibuat tiada kelibat pembeli di restoran berkenaan. “Bagaimanapun, penguat kuasa bertindak mengarahkan peniaga menyimpan semula makanan dan menutup kedai selain memberi amaran keras,” katanya.
|
cammie1711 posted on 9-7-2014 01:14 PM
Husband aku salah sorg perokok tegar
aman-aman je puasa...
Yang penting jgn carik pasal, kalu tak ...
salimrock posted on 9-7-2014 01:25 PM
esok2 kalo 27-28 Ramadhan aku nak balik kg...aku nak musafir...kalo tak posa kena tangkap gak ke?
jengkoil posted on 9-7-2014 01:29 PM
Mungkin perkara yg sama berlaku kat kawan aku...
tapi dia pikir sebab kekurangan air..
tu yg han ...
cammie1711 posted on 9-7-2014 01:35 PM
takde makna kurang air..
tu pasal kurang oksigen kt otak sbb x dapat sedut sepam dua...
cer t ...
jengkoil posted on 9-7-2014 01:34 PM
Teringat pengalaman kawan aku time musafir...
time berenti kat kedai runcit kat pekan, buat buat ...
cammie1711 posted on 9-7-2014 01:14 PM
Husband aku salah sorg perokok tegar
aman-aman je puasa...
Yang penting jgn carik pasal, kalu tak ...
salimrock posted on 9-7-2014 01:39 PM
tp aku rasa jabatan agama bg kelonggaran time2 akhir ramadhan...lebih2 yg musafir..tp penah 1 masa ...
jengkoil posted on 9-7-2014 01:34 PM
Teringat pengalaman kawan aku time musafir...
time berenti kat kedai runcit kat pekan, buat buat ...
cammie1711 posted on 9-7-2014 01:35 PM
takde makna kurang air..
tu pasal kurang oksigen kt otak sbb x dapat sedut sepam dua...
cer t ...
salimrock posted on 9-7-2014 01:39 PM
tp aku rasa jabatan agama bg kelonggaran time2 akhir ramadhan...lebih2 yg musafir..tp penah 1 masa ...
FanTasyCreaTioN posted on 9-7-2014 01:53 PM
hhahaha punya la dendam tu
jengkoil posted on 9-7-2014 01:58 PM
Sampai skrg aku terbayang mcm mana kwn aku tu menganjing..
depan muka aku dia gigit buah pear tu. ...
FanTasyCreaTioN posted on 9-7-2014 02:03 PM
air liur dier tu ..
caya lah
air liur auto akan terpercik ..kalo yang nak d suap tu sod ...
ADVERTISEMENT