CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

SUMPAH LAKNAT SAIFUL BUKHARI DEPAN KAABAH

3-5-2013 10:00 AM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 13405| Komen: 26

Ketika tinggal hanya beberapa hari lagi menjelang hari mengundi Ahad ini, pengadu dalam kes Liwat II, Saiful Bukhari Azlan mendedahkan video sumpah laknat keduanya yang dibuatnya di Mekah berhubung dakwaannya yang dia diliwat oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bekas pembantu Anwar itu, yang membuat sumpah laknat pertamanya di sebuah masjid di Kuala Lumpur pada tahun 2008, berkata dia membuat sumpah laknat kedua itu semasa mengerjakan Umrah di Mekah pada 9 April 2012.

Dia berharap video tersebut akan “membersihkan” namanya dan keluarganya selepas bapanya Azlan Mohd Lazim semalam menarik balik permohonan maafnya kepada Anwar berhubung tuduhan liwat itu.


Azlan sebelum ini berkata tuduhan liwat itu adalah satu konspirasi politik, tetapi telah dinafikan oleh Saiful. Saiful berkata beliau berharap sumpah laknat kedua yang dibuatnya di Masjidil Haram di Mekah akan mengurangkan keraguan mengenai kesahihan dakwaannya itu.


Anwar telah dibebaskan daripada tuduhan meliwat Saiful di kondominium Desa Damansara antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008.
Dalam penghakiman bertulisnya, Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berkata, adalah tidak selamat untuk menerima bukti DNA dalam perbicaraan itu dan oleh itu mahkamah tidak boleh menyokong keterangan Saiful berhubung dakwaan kejadian itu. Mkini

SUMBER



Bagus
1

Marah
1

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mahatma_gundhu 2-5-2013 08:22 PM
antara keputusan mahkamah dgn bersumpah depan kaabah...orang lg percaya mahkamah
Quote coldfusionr 2-5-2013 08:28 PM
Susah jugak org dah terlalu taksub dgn sesebuah parti..buka la minda sikit..isu ini tiada kaitan dgn politik...
Quote harimau76 2-5-2013 08:29 PM
byknya benang sal ni...
Quote plainjane 2-5-2013 08:33 PM
tiada kaitan dgn politik?? tp wat sumpah lg dr 3 ari tarikh mengundi.. memg la lawak.. tak kirela anwar tu peliwat tegar ker haper,, yg penting aku nk kerajaan baru.
Quote kasmela 2-5-2013 08:37 PM
Mahkamah donia tak dpt nak buktikan tak apa lah, kita tunggu je lah mahkamah akhirat. he he he!
Quote Maideen. 2-5-2013 08:40 PM
Esok kat sana, menjawab lah El Joob.........
Quote Aliaskotonggo 2-5-2013 08:44 PM
tak kisahlah 3 hari mengundi ke 4 hari mengundi ke yang penting 'bakal PM' malaysia pakar liwat yang disayangi para pengikutnya yang taksuuuuub
Quote voiletiris 2-5-2013 08:46 PM
sumpah lagi..tiap kali PRU mesti ada yg Bersunpah.Kalau hari biasa sejuk je kes ni.Dtg je PRU panas balik.
Quote Aliaskotonggo 2-5-2013 08:46 PM
ini yang dikatakan mahkamah Mahkamah Persekutuan 2 September 2004 duluuuuuuu:

“…we find evidence to confirm that the appellants [Dato' Seri Anwar bin Ibrahim and Sukma Darmawan Sasmitaat Madja] were involved in homosexual activities and we are more inclined to believe that the alleged incident at Tivoli Villa did happen.”

tapi bebas sebab masalah teknikal kerana tak dapat tentukan tarikh peliwatan perlubangan....liwat tetap liwat...hidup Anwar!
Quote munchkin 2-5-2013 08:50 PM
Aku salah baca ke. Kan ke tulis sumpah tu dibuat tahun lepas (sumpah depan kaabah). Bila pulak dia buat sumpah baru beberapa hari sebelum 5 Mei ni?
Quote jonlabu 2-5-2013 08:51 PM
plainjane posted on 2-5-2013 08:33 PM
tiada kaitan dgn politik?? tp wat sumpah lg dr 3 ari tarikh mengundi.. memg la lawak.. tak kirela an ...

Tak kisahlah siapa pun yg pimpin krjn baru tu..kaki peliwat pun takpa..janji krjn baru..kuikui
Quote plainjane 2-5-2013 08:56 PM
jonlabu posted on 2-5-2013 08:51 PM
Tak kisahlah siapa pun yg pimpin krjn baru tu..kaki peliwat pun takpa..janji krjn baru..kuikui

kuikuikui.. yess, peliwat tetap menujun ke putrajaya.

Last edited by plainjane on 2-5-2013 08:57 PM

Quote mr_oscar 2-5-2013 08:58 PM
kalau sumpah2 ni wa tak caya...wa lagi pecaya blog milosuam


[youtube]nKZIPJ0PMTw[/youtube]
Quote itik_kuning 2-5-2013 09:01 PM
panasssssss
Quote sayawifenikmie 2-5-2013 09:06 PM

... khabarnya .... Rafizi pun satu spesis ngan anwar ...


gaya kegayahan tu ada ... tapi harap2 tidaklah ..... he is to smart to be a gayah ...  modga ianya hanya tuduhan iar dari X-Pengasas PKR (Sumber: Buletin TV3)
Quote voiletiris 2-5-2013 09:07 PM
plainjane posted on 2-5-2013 08:33 PM
tiada kaitan dgn politik?? tp wat sumpah lg dr 3 ari tarikh mengundi.. memg la lawak.. tak kirela an ...

setuju...aku tak kesah kalau dia peliwat ke pelawat ke.asal jgn dia perogol besiri
Quote highcastle 2-5-2013 09:10 PM
munchkin posted on 2-5-2013 08:50 PM
Aku salah baca ke. Kan ke tulis sumpah tu dibuat tahun lepas (sumpah depan kaabah). Bila pulak dia b ...

Bersumpah memang tahun lepas, tapi videonya dipampang kat umum masa nak dekat PRU. Mcm jugak masa Anwar bertanding PRK di Permatang Pauh dulu, Saiful angkat sumpah di masjid... Anggap ajelah ini secara kebetulan..................
Quote hasell 2-5-2013 09:12 PM
berapa banyak thread daaa pasal lubang sepol.
MOD, tolong merged lubang sepol ni jap
Quote gogo2 2-5-2013 09:13 PM
Perlakuan mcm syaitan.

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 12:04 PM GMT+8 , Processed in 0.042264 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top