CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Niat Murtadkan Teman Wanita

11-7-2014 04:59 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 12404| Komen: 73

GEORGETOWN - Bercinta dengan wanita Islam membuatkan lelaki yang pernah bergelar seorang pendakwah agama cuba memurtadkan teman wanitanya itu pada awalnya.

Azley Stanley berkata, ketika itu usianya baru saja mencecah 23 tahun dan sudah berniat untuk mengahwini wanita berkenaan.

“Saya tinggal di perkampungan orang Melayu dan amat sukakan cara hidup mereka, sehinggakan saya sendiri bercadang untuk memilih isteri dari kalangan orang Melayu,” katanya.

Aktif menyebarkan agamanya sendiri menyebabkan Azley membenci Islam dan salah satu puncanya apabila melihat ramai umat Islam yang tidak melaksanakan tuntutan agama mereka sendiri.

Gambar hiasan


“Sampai saya terfikir, kenapa mereka tidak ke masjid dan ada antara kawan yang tidak bersembahyang dan sebagainya, sehingga saya melihat diri saya sebenarnya lebih baik kerana setiap minggu akan mengunjungi rumah ibadat, maksudnya saya lebih baik dan dari situsaya membenci Islam.

"Disebabkan itu jugalah setelah berkenalan dengan teman wanita menyebabkan saya berniat untuk memurtadkannya,” katanya.

Terlalu cinta teman wanita

Namun wanita yang dikenali dengan nama Nor Azizah itu lebih bijak dan berfikir panjang.

Dia yang kini sudah pun bergelar isteri kepada Azley mengakui mengetahui niat Azley untuk menariknya ke dalam agama lain ketika awal perkenalan.

“Disebabkan cinta kami bertahan, Azley pada awalnya sudah memberitahu kepada saya niatnya untuk mengahwini saya di rumah ibadatnya, tetapi saya kemudiannya dengan perlahan memberitahunya.

“Jika ingin berkahwin dengan cara itu, apa kata kahwin dulu dengan cara Islam, tapi sebelum berkahwin cara Islam kena belajar mengenai Islam, kalau tidak malu nanti kena tanya dengan tok kadi dan tak tahu jawab,” katanya.

Disebabkan terlalu mencintai Nor Azizah, Azley mengakui terpaksa juga ke Pusat Islam Universiti Sains Malaysia (USM) bertemu Ustaz Yusuf untuk belajar selok-belok Islam.

Dia mengakui datang bertemu dengan ustaz berkenaan dengan ego yang begitu tinggi kerana beranggapan dirinya lebih baik.

Islam tidak hina Isa

Azley berkata, dia sendiri bersoal jawab dengan ustaz berkenaan dan menganggap soalannya antara yang terbaik bagi melawan kata-kata ustaz berkenaan.

Namun sangkaannya meleset, segala jawapan yang diberikan menyentuh jiwanya perlahan-lahan.

“Antara yang diberitahu Ustaz Yusuf ialah Islam percaya dengan Nabi Isa, dan itu membuatkan saya terkedu, sedangkan ketika mendengar ceramah agama saya satu ketika dahulu, mereka menghina Nabi Muhammad.

“Tetapi Islam tidak pernah menghina Isa, malah menceritakan kehebatan Nabi Isa, saya begitu kagum, dan pada masa itulah saya terfikir, apa beza saya sekarang, sama sahaja.

“Pada saat itu juga saya terfikir jika saya putus dengan agama saya sekalipun dan masuk Islam, hubungan saya dengan Isa tidak akan putus, kemudiannya dengan kuasa ALLAH selepas tiga hari menghadiri kelas agama, saya mengucapkan dua kalimah syahadah di Masjid
USM,” katanya.


Tidak tanggal rantai

Ceritanya bukan berakhir di situ saja, Azley berkata, terdapat kenangan yang begitu menjadikannya emosional.

“Saat saya pergi mengucapkan dua kalimah syahadah di dalam masjid, pada masa itu saya masih tidak menanggalkan rantai lambang agama yang saya pakai, tetapi Ustaz Yusuf langsung tidak melarang dan hanya memerhatikan saya.

“Sehinggalah saya pulang ke rumah dan berfikir dan membuat keputusan sendiri tanpa dipaksa, akhirnya sehingga kini Islamlah pegangan saya,” katanya.

Walaupun ibu dan ayahnya menjauhi dirinya buat seketika, namun lama kelamaan mereka memahami kepercayaan baru yang dianutinya.

Azley bertuah apabila ayahnya sendiri membelikannya sejadah dan menyediakan ruang solat di rumahnya untuk memudahkan Azley bersolat.

Tetapi tiada yang lebih bertuah apabila kedua ibu-bapanya itu turut memeluk Islam pada 2011, namun ALLAH lebih menyayangi mereka dan kedua-duanya meninggal pada 2012 namun pada bulan yang berbeza.

Di akhir katanya, Azley mengakui dia memilih jalan yang paling benar dan bersyukur apabila melihat anaknya kini dilahirkan sebagai Islam.

“Cuma apa yang saya bimbangkan adalah adakah Islam mereka sekadar nama dan benar-benar kukuh, jadi itulah tanggungjawab saya dan isteri untuk mendidik anak memahami agama yang mereka anuti,” katanya.

6

Bagus
1

Marah
7

Terkejut
3

Sedih
3

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (21 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote piao 10-7-2014 04:00 PM


Azley bersama isteri yang bahagia hingga kini
Quote epis 10-7-2014 04:10 PM
alhamdulillah.... tak sangka mak ayah die pon kembali pada Islam~~
Quote encikWawad 10-7-2014 04:15 PM
syabbas mocik azizah berani dating ngan pendakwah agama lain
#teringat novel azizi hj abdullah - Sami Mekong
Quote nolya 10-7-2014 04:19 PM
Satu anugerah yg terbaik buat isteri Azley, menarik Azley mengenali dn mencintai Islam.  Semoga Allah memberkati Azley sekeluarga.
Quote SissySembah 10-7-2014 04:25 PM
Aktif menyebarkan agamanya sendiri menyebabkan Azley membenci Islam dan salah satu puncanya apabila melihat ramai umat Islam yang tidak melaksanakan tuntutan agama mereka sendiri.


Memang patut beliau benci dengan penganut saracen sunni ini sebab mereka tidak melaksanakan tuntutan agama.
Quote Modngengade 10-7-2014 04:26 PM
alhamdulillah
Quote rawahah 10-7-2014 04:26 PM
untungnya mak ayah dia lepas masuk islam meninggal dunia
Quote slippergombak 10-7-2014 04:30 PM
Respek bini diabetul2 salute tahap tertinggi berbanding pompuan2 melayu lain yg mudah lupa diri jati diri sebagai melayu dan islam...
Quote Bateesta 10-7-2014 04:33 PM
ya-ya o nama azley bagai

last2..tambi macha sbnrnya, hampeh
Quote pasemboq 10-7-2014 04:35 PM
Alhamdulillah.
Beliau tak mahu masuk Islam tapi Islam telah masuk ke dalam beliau.
Quote Cik_Andak 10-7-2014 04:35 PM
Alhamdulillah mak ayah dia pun Islam....
Quote slippergombak 10-7-2014 04:37 PM
Bateesta posted on 10-7-2014 04:33 PM
ya-ya o nama azley bagai

last2..tambi macha sbnrnya, hampeh

Insyalallah lepas nih bleh jadi pengerusi tabung haji....
Quote prettymanja 10-7-2014 04:37 PM
ingtkan kokesen, nama glamour cam retis gitu
Quote FanTasyCreaTioN 10-7-2014 04:41 PM
alhamdulillah ..
Quote Bateesta 10-7-2014 05:01 PM
slippergombak posted on 10-7-2014 04:37 PM
Insyalallah lepas nih bleh jadi pengerusi tabung haji....

tak cukup ke dgn tambi skrg ni yg jd pengerusi tabung haji ke

dah la masa mula2 aku nampak dulu aku ingat pengerusi lembaga tabung haji INDIA
Quote Bateesta 10-7-2014 05:02 PM
pasemboq posted on 10-7-2014 04:35 PM
Alhamdulillah.
Beliau tak mahu masuk Islam tapi Islam telah masuk ke dalam beliau.

sokongggg....

dia tak masuk islam......................................................................................................................................................................................................tp masuk melayu

tp rupa mu tetap ku tau... ko tambi
Quote sigila 10-7-2014 05:14 PM
Syukur alhamdulillah...
Quote mattzzx 10-7-2014 05:34 PM
Besarnya pahala yang Nor Azizah dapat......dapat mengislamkan orang bukan Islam yang nak mengkafirkan umat Islam.....
Quote slippergombak 10-7-2014 05:39 PM
Bateesta posted on 10-7-2014 05:01 PM
tak cukup ke dgn tambi skrg ni yg jd pengerusi tabung haji ke

dah la masa mula2 ak ...

Otomatik batu loncatan jadi melayu sejati laa... layak jadi pengerusi tabung haji.. walaupun masih amal cakap tamil, mak masih pakai sari...

Lihat semua komen(73)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 07:34 PM GMT+8 , Processed in 0.482116 second(s), 49 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top