CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tanam Anggur Pun Kena Belasah!

14-7-2014 09:54 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8445| Komen: 26

KEMAMAN - Perbuatan seorang penganggur yang dipercayai cuba memecah masuk sebuah rumah membawa padah apabila dia akhirnya ditangkap penduduk kampung sebelum diikat pada tiang elektrik dalam kejadian di Kampung Bakau Tinggi, Chukai, di sini, pagi kelmarin.

Suspek yang berusia 34 tahun dicekup kira-kira jam 7.30 pagi setelah gerak-gerinya yang mencurigakan itu disedari orang kampung yang secara kebetulan melalui kawasan rumah mangsa.

Salah seorang penduduk kampung yang enggan dikenali berkata, kehadiran lelaki itu dihidu apabila penduduk melihat selut kesan tapak kaki pada pagar rumah mangsa kerana suspek disyaki memanjat pagar berkenaan.




“Lepas lihat keadaan itu, penduduk kampung cuba tahan lelaki terbabit tetapi dia cuba melarikan diri menyebabkan berlaku pergelutan,” katanya.

Pergelutan tersebut menyebabkan suspek yang berasal dari Kampung Semayor, Kemasik itu mengalami kecederaan di kepala dan badan.

Sementara menunggu ketibaan polis, suspek terpaksa diikat pada tiang elektrik bagi mengelakkannya melarikan diri.

Lelaki terbabit kemudiannya dibawa polis ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman untuk siasatan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Che Suza Che Hitam berkata, hasil pemeriksaan mendapati suspek dikehendaki polis bersabit kes curi di Kuantan, Pahang.

Katanya, kes curi itu berlaku pada tahun ini, justeru suspek kemudiannya diserahkan kepada IPD Kuantan untuk tindakan lanjut.

1

Bagus

Marah
1

Terkejut
5

Sedih
11

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (30 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote batmana 11-7-2014 03:42 PM
apelah, dia tk nganggur,
dia mempunyai kerjaya,

kerjaya pencuri la tu..
tapi kantul...

takziah.....
Quote zacrin 11-7-2014 03:42 PM
bulan pose pun ada gak yang nak jadi setan
Quote epis 11-7-2014 03:50 PM
badan sihat walafiat, pegi la keje berfaedah, huhu...
Quote fifie_olin 11-7-2014 03:52 PM
nsb baik tiang letrik...kalo letrik...konpem rentung disitu
Quote BotakChinPeng 11-7-2014 03:57 PM
buat malu kampung Semayor je
Quote asher 11-7-2014 04:11 PM
ni nk cari duit raya la nie..
Quote znuyul 11-7-2014 04:12 PM
haha..tajuk menarik perhatian..
Quote mak_wa95 11-7-2014 04:27 PM
makin menjadi2 kes curi ni...
Quote penari 11-7-2014 04:33 PM
kesiang die...ikak macang nok smelih ayang
Quote gaara_X 11-7-2014 04:50 PM
tajuk kena edit sket tue....
Quote perang_candu 11-7-2014 04:51 PM
lega orang kelantan, bukan tempat diaorang.
Quote gnote_2 11-7-2014 06:16 PM
penari posted on 11-7-2014 08:33 AM
kesiang die...ikak macang nok smelih ayang

org mcm ne pn ko nak kesian.. ce kalo rumah ko yg kena pecah masuk..


Quote lima_kupang 11-7-2014 07:09 PM
mak aihhh... kantoi kat kemaman... tp pnh ada kes kat kuantan...
besar kau punya wilayah...
Quote sharlenetexas 11-7-2014 07:59 PM
Kalu kt kl leh jd gelandangan.
Quote BumpIQ 12-7-2014 04:14 AM
tanam anggur mmg la kene belasah.. skrng ni org tanam kurma...
Quote net_level 12-7-2014 04:35 AM
tengok body boleh jadi model tu
Quote Cik_Andak 12-7-2014 06:50 AM
Badan sihat walafiat, xkan le xboleh buat kerja...
Quote Decaffeinated 12-7-2014 07:40 AM
znuyul posted on 11-7-2014 04:12 PM
haha..tajuk menarik perhatian..

kalau pun nak buat tajuk catchy x perlu lah sampai change the story.

tak ada masalah tanam anggur tu sbb kita tau dah 'slang' tu tapi kan dalam berita tu kata kena tangkap sbb cubaan mencuri... ayooo...



Quote Decaffeinated 12-7-2014 07:47 AM
gaara_X posted on 11-7-2014 04:50 PM
tajuk kena edit sket tue....

jgn haraplah...

aku rasa tajuk tu sengaja spin.

maybe perlu tambah rules tajuk tak boleh ubah cerita dlm article (isn't this obvious?)...





Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 11:19 PM GMT+8 , Processed in 0.161589 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top