CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Misteri Pemakaian Topi Keledar Di Bulan Puasa

14-7-2014 10:19 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 13803| Komen: 64

SUNGAI PETANI - Ayat-ayat suci al-Quran yang digantung di dinding hanya dijadikan hiasan semata-mata sedangkan kemungkaran dan kemaksiatan terus sahaja dilakukan.

Beginilah keadaannya seperti kata pepatah ‘matlamat tidak menghalalkan cara’ merujuk kepada perniagaan nasi kandar yang dibuka lebih awal iaitu sebelum jam 3 petang pada bulan Ramadan sedangkan premis terbabit dipenuhi hiasan dinding khat dan ayat al-Quran.

Itu antara yang berlaku di kebanyakan kedai nasi kandar dan beberapa premis lain yang beroperasi lebih awal dari sepatutnya yang dijadikan ‘port’ kaki ponteng puasa.

Berdasarkan pemerhatian, orang ramai dilihat tidak segan silu untuk mendapatkan juadah yang dibeli secara tersembunyi hanya melalui satu pintu keluar masuk yang hanya dibuka untuk orang tertentu.

Ketika serbuan dilakukan ke atas beberapa premis di sini mendapati, kedai makan ditutup jika dilihat dari pandangan mata kasar, sebaliknya, perniagaan berjalan seperti biasa di dalam premis.

Operasi yang diketuai oleh Pejabat Agama Daerah Kuala Muda berkenaan turut mendapat kerjasama Bahagian Penguatkuasaan Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK).


Taktik pakai topi keledar

Lokasi pertama ialah sebuah kedai nasi kandar yang mana kakitangannya sibuk membungkus makanan serta minuman kepada pelanggan Melayu.

Beberapa lelaki di dalamnya dilihat sudah selesai membeli dan ada pula yang sedang rancak untuk membungkus makanan.

Taktik mereka ialah memakai topi keledar bagi mengelakkan wajah mereka dikenal pasti.

Tinjauan Sinar Harian mendapati, seorang daripada pelanggan sudah siap sedia membungkus makanan, tetapi hasratnya keluar dari premis terbabit tidak kesampaian apabila diserbu penguatkuasa.

Selain daripada itu, air minuman juga sudah siap sedia dibancuh dalam jag bagi memudahkan pembungkusan dilakukan.

Melalui pemerhatian juga mendapati, pelbagai jenis lauk pauk disediakan, walaupun jam  ketika itu baru menunjukkan angka 11.35 pagi.


Pengunjung Melayu lepak kedai kopi

Operasi diteruskan ke sebuah premis di pekan Tikam Batu dekat deretan rumah kedai dua tingkat.

Kami terkejut mengetahui ramai antara pengunjung Melayu berkumpul dekat sebuah kedai kopi milik bukan Bumiputera.

Difahamkan, pemilik kedai bukan sahaja menyediakan minuman, malah lauk pauk masakan Melayu juga disediakan untuk pelanggan.

Penguatkuasa bagaimanapun terkejut apabila mendapati seorang pelanggan beragama Islam dalam keadaan bertongkat berada dalam premis tersebut.

Apabila soal siasat dilakukan, lelaki berusia lingkungan 50-an itu mengaku menetap di kawasan berhampiran.

Dalam serbuan di sebuah kedai berasingan, 12 jag air pelbagai jenis tersedia di bahagian dapur bertujuan memudahkan pembungkusan dibuat.

Setiap jag diisi dengan minuman berlainan termasuk teh, kopi, sirap dan oren.


Tindakan denda dan  dipenjara boleh dikenakan

Pegawai Penguatkuasa Agama Daerah Kuala Muda, Zaiferi Zainul Abidin berkata, tindakan dilakukan atas Kesalahan Jenayah Syariah Kedah Darul Aman iaitu tidak menghormati bulan Ramadan.

“Mengikut Seksyen 14 Enakmen Jenayah Syariah Kedah, mana-mana orang yang menjual kepada mana-mana orang Islam semasa Ramadan iaitu makanan, minuman, rokok dan seumpamanya secara terbuka atau tempat awam adalah melakukan kesalahan.

“Sekiranya sabit kesalahan, boleh didenda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya.

“Bagi kesalahan kedua atau berikutnya, boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekiranya sabit kesalahan,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Bahagian Penguatkuasa MPSPK, Roslin Bakar berkata, pihaknya turut mengenakan kompaun sebanyak RM300 ke atas premis bagi kesalahan pertama dan akan turut melakukan sitaan barangan sekiranya masih ingkar arahan berkenaan.


8

Bagus
9

Marah
5

Terkejut
5

Sedih
4

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (35 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote whadda 11-7-2014 01:45 PM
geng plastik hitam...
Quote enchikfitz 11-7-2014 01:54 PM
Buat malunya x puasa. Apa selama ni  belajar agama ke apa*
Quote Kebabomb 11-7-2014 01:57 PM
Penyakit gastric bermusim...
Quote seri_mawr 11-7-2014 02:00 PM
mcam Allah tak nampak jek gayanya....

bukan susah pun puasa...anak buah aku umur 6 tahun pun relax jek pose...
Quote Kittie 11-7-2014 02:02 PM


Susah sgt ke nk puasa? Kite lg byk mkn bulan puasa sbb ada buka puasa & sahur. Hari2 biasa di luar bulan Ramadhan salunya mkn kul 9mlm jer tiap hari. Cuma rasa dahaga sikit tu jer la time bulan puasa ni sbb tak boleh minum air.
Quote burque 11-7-2014 02:23 PM
Tapau untuk bini?
Quote epis 11-7-2014 02:26 PM
Kittie posted on 11-7-2014 02:02 PM
Susah sgt ke nk puasa? Kite lg byk mkn bulan puasa sbb ada buka puasa & sahur. Ha ...

betul... rasenye bulan ramadhan nieyh lagi byk makan sebab sahur dan berbuka... klu bulan lain just lunch je, tak dinner pon setakat sekeping dua biskut hah...
Quote sekngucing 11-7-2014 02:29 PM
dekat rumah aku pun ada kedai mamak
selamba aja customer beli nasi kandar dan lepak2
Quote Nape?Tak caye? 11-7-2014 02:31 PM
tu namanya dugaaan
Quote bluehedgehog 11-7-2014 02:38 PM
bg yg kje2 construction dan kje2 berat mcm mn pula...
Quote fifie_olin 11-7-2014 02:43 PM
dh tua pon x nk pose...
Quote lolen 11-7-2014 02:50 PM
ni pramlee kata dah tua2 pon bodohhhh
Quote satrianaga 11-7-2014 02:52 PM
Rajin p cari org tak posa. Org miskin papa kedana taknak plak p cari bagi duit zakat...
Quote xtahumenahu 11-7-2014 02:52 PM
sedapnyerrr dpt beriani
Quote lyailya 11-7-2014 02:52 PM
mati ke diorg ni kalo pose ek???ssh beno nk pose smpi sanggup bli mknn curi2...
Quote ice_sky92 11-7-2014 02:53 PM
Nanti ada la komen "anak aku baru umur 5 tahun dah puasa". Haha. Senyap2 sudah...
Quote mikasa 11-7-2014 02:54 PM
Yang kereta bercermin gelap lagi best. Gi drive thru pastu makan dalam kereta. Takda sapa nampak
Quote popjack 11-7-2014 02:54 PM
keje opis hekonddd memanjang..duduk je hadap customer mulut wangi.....bolehlah cakap kaw2
tidak puasa salah dsisi ugama,neraka,keturunan tak baik..asbestos...dan lagi.

ce korg keje jadik cleaner 12jam kerja dbln puasa, drebar lori drive tengahari buta tak de airkond,kerja kitchen hadap makanan dan panas oven...mampu nk kutuk...silap ribulan brenti korje le jawabnye'kih kih kih

-aku pun ade kutuk org gini tp kerja dorg mmg tak mudah dan tak semenggah mcm org lain
Quote boyagombak 12-7-2014 11:55 AM
Geng tapau pun makin banyak dibulan pose

Lihat semua komen(64)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 09:32 PM GMT+8 , Processed in 0.177712 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top