CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pengalaman Iftar Di Lautan

14-7-2014 11:12 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7090| Komen: 34

Alor Gajah: “Sepanjang tiga tahun berkhidmat dalam Agensi Penguat Kuasa Maritim Malaysia (APMM) dan lebih 30 tahun di dalam bidang marin, berbuka puasa di lautan sudah sebati bagi saya,” kata Pegawai Operasi APMM Daerah Maritim 5 Kuala Linggi, Leftenan Madya Maritim Rahmat Baharom.

Menurutnya, sudah menjadi kebiasaan bagi pegawai dan anggota APMM berbuka puasa dalam keadaan ala kadar serta bergilir-gilir dengan  menjamah beberapa biji kurma dan air ketika menjalankan tugas menjaga keselamatan perairan negara.


Katanya, setiap daripada mereka perlu mempunyai kekuatan mental dan fizikal terutama pada bulan Ramadan ketika menjalankan tugas dan berbuka di lautan yang dianggap sebagai rutin tahunan.
“Tidak dinafikan semua orang mahu berbuka bersama keluarga, namun demi tugas kami sanggup berbuka di sini secara bergilir-gilir.

“Segelintir individu melihat tugas APMM hanya meronda dan melakukan pemeriksaan pada bot dan kapal, namun mereka tidak tahu situasi serta cabaran yang perlu dilalui terutama pada bulan Ramadan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui berbuka di lautan ketika menjalankan tugas rondaan bersama Sarjan Mejar Roslan Ibrahim, Laskar Kanan (LK) Maritim Mohd Fazli Othman, LK Maritim Mohd Azam Che Azmi, LK Ahmad Saufe Irwandy Abd Rahim, dan LK Samsul Sulaiman, 32, kelmarin.


Sementara itu, Mohd Fazli berkata, berbuka puasa di lautan bersama rakan seperjuangan memberikannya pengalaman berbeza dan sukar dilupakan.

Beliau yang berkhidmat lebih enam tahun dan berasal dari Sabah berkata, kerjaya sebagai anggota APMM juga memaksanya melupakan hasrat berbuka puasa bersama isteri dan anak di rumah.

“Jika berkesempatan saya  beli sedikit juadah sebelum memulakan tugas dan membawanya untuk dinikmati di atas bot bersama rakan lain, ternyata nikmat berbuka di lautan tidak sama  di daratan.

“Walaupun tidak mudah berbuka di lautan kerana keadaan berombak, namun kami puas sekiranya  membawa pulang tangkapan menerusi operasi yang dijalankan untuk membanteras jenayah,” katanya.

Sementara itu, Ketua Penguat kuasa APMM DM5 Kuala Linggi, Kepten Abu Bakar Idris berkata, pembabitan anggotanya dalam operasi rondaan harian tidak terjejas pada bulan Ramadan kerana ia menjadi kebiasaan bagi mereka.

1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote isseliparjepun 14-7-2014 09:52 AM
Aku iftar atas kapal gak. Tak beli juadah ape pun, mane ade daratan nk sggah. Harapkan cook masak sedap2. Tapi bile time berbuka..sume mende pn sedap.
Quote zacrin 14-7-2014 10:00 AM
aku walaupun atas darat tapi iftar dalam kereta lebih kurang gak
Quote tricomonas 14-7-2014 10:02 AM
brader sorang tu mmg mesti kena hala pistol 24 jam ke?tak berbuka sama member ke? .
Quote amyainsamad 14-7-2014 10:04 AM
iftar..iftar....
Quote noell 14-7-2014 10:13 AM
tricomonas posted on 14-7-2014 10:02 AM
brader sorang tu mmg mesti kena hala pistol 24 jam ke?tak berbuka sama member ke? .

dah ada buah kurma dlm mulut tuh...tuh yg dok diam takut tercekik org amek gambo
Quote shamsadis 14-7-2014 10:17 AM
tu namanya siap sedia mana tau kena ambush cam puak abu sayyaf

http://www.hmetro.com.my/article ... 40711024627/Article
Quote epis 14-7-2014 10:45 AM
amyainsamad posted on 14-7-2014 10:04 AM
iftar..iftar....

saya pon tak suka sangat gune perkataan iftar, lagi elok guna berbuka sebab bahasa jiwa bangsa~~
Quote epalgebuu 14-7-2014 10:48 AM
aku lagi suka guna 'bukak pose'
Quote Simunggu 14-7-2014 10:52 AM
ada yg suka iftar di laut..ada yg iftar di rumah...ada yg suka iftar dlm bilik...
Quote Cik_Andak 14-7-2014 10:52 AM
Tq abam2 semua.....jangan biarkan perairan negara kita diceroboh...
Quote popjack 14-7-2014 11:37 AM
tricomonas posted on 14-7-2014 02:02 AM
brader sorang tu mmg mesti kena hala pistol 24 jam ke?tak berbuka sama member ke? .

yg tercegat berdiri mcm patung
kt belakang tu ko tak nampak...
dah mcm hapa aku tgk..kikiki
mengazan hagamaknya..LOLLlLL
Quote wirazam 14-7-2014 02:43 PM
amyainsamad posted on 14-7-2014 10:04 AM
iftar..iftar....

bhs nak kena areb sikit2 baru klas katanya...

samalar mcm kawan aku ckp....habbatus sauda..rupa2nya jintan hitam..ni betul ke??
Quote shi_jewel 14-7-2014 02:49 PM
aku plak setiap pagi isnin sahur dalam keta.
sbb keja di tempat orang............
setiap petang jumaat, bukak pose dalam keta...

situasi kita sama ja, cuma keadaan je lain. Memang syahdu je rasa....Bukak Posa dan Sahur sorang2
Quote jengkoil 14-7-2014 03:07 PM
shi_jewel posted on 14-7-2014 02:49 PM
aku plak setiap pagi isnin sahur dalam keta.
sbb keja di tempat orang............
setiap petang ju ...

Keja apa ni? Kira bulu beruaaang?
Quote indras 14-7-2014 03:28 PM
jengkoil posted on 14-7-2014 03:07 PM
Keja apa ni? Kira bulu beruaaang?

hahahahah..tak hengat ....
Quote Komrade 14-7-2014 03:43 PM
popjack posted on 14-7-2014 11:37 AM
yg tercegat berdiri mcm patung
kt belakang tu ko tak nampak...
dah mcm hapa aku tgk..kikik ...

gambar edit tu...
Quote zorrro_03 14-7-2014 03:46 PM
tricomonas posted on 14-7-2014 10:02 AM
brader sorang tu mmg mesti kena hala pistol 24 jam ke?tak berbuka sama member ke? .

itulah pasal.  agak2 la nak posing pun..

Quote shi_jewel 14-7-2014 03:49 PM
jengkoil posted on 14-7-2014 03:07 PM
Keja apa ni? Kira bulu beruaaang?

tak la...keja tunggu ayam jantan bertelur...........
Quote Cyempaka 14-7-2014 03:56 PM
nape pakat gelak kat abam pegang pistol dgn abam berdiri tu?
dah keje derang mengawal..bkn p memancing nak bersila ramai2 makan korma

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 02:15 PM GMT+8 , Processed in 0.063819 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top