'Ibu bapa mangsa belum tahu insiden MH17' Bukit Mertajam: "Saya rasa ibu dan bapa mangsa belum tahu mengenai kejadian menimpa anak mereka," demikian kata J Anthony Dass jiran kepada pramugara Penerbangan Malaysia MH17 terhempas di Timur Ukraine.
Anthony berkata, ibu bapa mangsa berusia 70-an itu juga dipercayai belum menerima berita mengenai kemalangan menimpa Sanjit atau mesra dengan panggilan Bobby. Katanya, kali terakhir dia melihat Sanjid Singh ialah sebulan lalu ketika mangsa pulang untuk melawat ibu bapanya. "Bobby adalah seorang yang baik dia mempunyai seorang kakal tinggal di Jerman dan kerap pulang melawat ibu bapanya terutama pada cuti umum. JIRAN kepada pramugara Penerbangan Malaysia MH17 terhempas. "Difahamkan Sanjid mempunyai seorang anak lelaki dan menetap di Kuala Lumpur bersama isterinya," katanya. Sementara itu tinjauan di rumah keluarga Sanjid di Taman Selamat Alma, di sini, mendapati kediaman itu masih gelap.
Ibu bapa mangsa dipercayai masih tidur dan biasanya keluar rumah jam 7 pagi. Forum : http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=817992&extra=&page=84
|
3
Bagus |
5
Marah |
9
Terkejut |
5
Sedih |
8
Lawak |
6
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT