CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Masa Depan Mas Suram, Penumpang Dijangka Merosot, Kata WSJ

21-7-2014 09:53 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 18041| Komen: 193



Nasib Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) kini bergantung kepada cara syarikat tersebut mengendalikan tragedi MH17 yang berlaku di timur Ukraine kerana dijangka akan mengalami krisis pengurusan dan penerbangan.

MAS kini kehilangan dua pesawat membabitkan 537 nyawa dalam tempoh empat bulan, jumlah terbesar dicatatkan sejarah syarikat penerbangan dalam masa yang singkat, lapor The Wall Street Journal (WSJ).

Insiden penembakan pesawat Boeing 777 di timur Ukraine itu terjadi selepas MH370 dilaporkan hilang secara misteri pada 8 Mac lalu, menyebabkan satu dunia mencari pesawat yang masih belum ditemui sehingga sekarang.

"Ini pertama kali industri penerbangan mendengar tragedi berlaku dua kali dalam jangka masa pendek.

"pesawat itu berada di tempat yang salah pada masa yang salah," kata pakar pengurusan krisis di Hill Knowlton Strategies di Singapura.

MAS pada suku pertama 2014 dilaporkan mengalami kerugian RM443.4 juta, berbeza dengan tahun sebelumnya iaitu RM278.8 juta.

Jumlah kerugian pada tahun 2013 sebanyak RM1.17 bilion, tahun ketiga dilaporkan rugi berturut-turut.

MAS memberi alasan kerugian Q1 disebabkan insiden kehilangaan MH370 apabila banyak tempahan tiket perjalanan jarak jauh dibatalkan penumpang selepas 8 Mac lalu.

Namun tanpa tragedi itu juga, pesawat Malaysia Airlines sudah mencatatkan kejatuhan kewangan sejak bertahun lalu.

Pada tahun 2001, kerajaan Malaysia dipaksa menjamin MAS demi menyelamatkannya daripada rugi.

Pensyarah penerbangan di Universiti New South Wales, Ian Douglas berkata kehilangan MH370 menyebabkan punca pendapatan MAS semakin susut.

Manakala jumlah penumpang juga merosot 4% setiap tahun sehingga 1.3 juta pada Mei lalu sejak MH370 hilang, jumlah kemorosotan besar dicatatkan sejak September 2012.

Penganalisis berpendapat cabaran terbesar MAS adalah untuk memastikan penumpang sentiasa menggunakan perkhidmatan mereka tanpa perlu menawarkan potongan diskaun besar.

Jika dahulu syarikat terpaksa bergelut dengan punca kewangan, kini mereka menghadapi masalah pendapatan kerana penumpang tidak lagi mahu menggunakan MAS.

Douglas berkata, beberapa kawannya di Australia sudah membatalkan tempahan tiket MAS selepas kejadian kelmarin.

"Mereka membatalkan penerbangan mereka walaupun mereka sedar kejadian itu boleh berlaku ke atas mana-mana penerbangan daripada Eropah Barat ke Asia Tenggara," katanya.


Penasihat di firma Global Market Advisors, Jonathan Galaviz berkata kejadian itu memberi implikasi yang sangat besar kepada perniagaan MAS.

"Jenama MAS tercalar teruk, walaupun puncanya bukan daripada syarikat itu," katanya.

MH17 ditembak jatuh di zon konflik di timur Ukraine menyebabkan 298 orang terbunuh, termasuk dua bayi.

Pihak yang bertanggungjawab masih belum dikenalpasti, apabila pihak berkuasa Rusia dan Ukraine saling menuding jari dan menyalahkan puak pemisah pro-Rusia atas tragedi itu.

Walaupun MAS tidak dipersalahkan dalam hal ini, namun pengasas Aspire Aviation Daniel Tsang berkata permintaan mungkin jatuh menjunam walaupun ketika musim melancong.

"Situasinya sekarang MAS kini berada di hujung tanduk selepas lama bertahan sejak bertahun lalu," katanya.

Beliau mencadangkan kemungkinan terbaik adalah membiarkan syarikat itu dibangunkan semula bermula daripada bawah.

Sementara itu, Lines berkata MAS kini perlu mengendalikan isu MH17 dengan lebih berhati-hati berbanding kehilangan MH370 pada Mac lalu.

Beliau berkata, situasi kini lebih mudah untuk diketahui dan menenangkan waris mangsa, berbeza dengan kehilangan misteri MH370 yang sehingga kini masih belum terungkai.

Namun menurut Lines, MAS dalam jangka masa panjang perlu meyakinkan semula pelanggannya bahawa penerbangan mereka selamat dan ini memerlukan pembaik pulih sepenuhnya dari segi jenama dan syarikat itu sendiri. 


19

Bagus
26

Marah
8

Terkejut
19

Sedih
12

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (100 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote biosfree 19-7-2014 02:17 PM
Kalau tu yg terbaik..buatla


Kerajaan rom pn tumbag

Microsoft pun dah nk mula goyang...
Quote Crystars 19-7-2014 02:20 PM
Aku rasa MAS kena rebranding tukar nama, tukar logo, tukar mgt, etc. Klau x silap aku nama MAS sepatutnya MAL tp klau x silap tun razak yg x suka sbb singkatan kpd malfunction katanya. So even nama MAS sendiri pun bawa bad reputation sdh smpai masanya gomen  buat perubahan klau x nak jual je pd sapa2 yg lebih expert dlm aviation
Quote ice_sky92 19-7-2014 02:22 PM
Huhu. Seperti Garuda Indonesia. Perlukan masa nk dpt balik kepercayaan org...
Quote akusukaq 19-7-2014 02:23 PM
Aku tetap pilih Mas dulu kini dan selama nya. Apa2 airline pun tetap ada risiko
Quote ultra78 19-7-2014 02:26 PM
Aku berpendapat imej MAS tercalar teruk akibat cara pengendalian krisis oleh mas,kerajaan malaysia, dca dan tentera. Dengan maklumat radar lintang pukang, sekejap ada, sekejap tak ada. Siapa boleh lupa dengan abang askar boroi tersebut
Quote Peterpan17 19-7-2014 02:31 PM
MAS kena revamp dari A-Z.  Tak perlu close down psl MAS ialah lambang penerbangan negara. Mcm Swiss Air yg bangkrap tu. Apa lg yg tinggal klu airline negara tutup kedai.

Revamp dari atas smp ke bawah. Lemak2 yg duduk lama dan tersedut dlm tu, silalah buang. Jgn simpan lg.
Quote azrain98 19-7-2014 02:33 PM
jgn ikut kingfisher airlines oiiii
Quote sigila 19-7-2014 02:40 PM
Kenapa mas yg menjadi sasaran mereka.....
Quote oni313 19-7-2014 02:40 PM
why not contohi garuda indonesia. dulu garuda siap sampai kena banned oleh EU, but now, security measurement, safety, even livery of the aircraft and logo pun garuda siap tukar, utk tunjuk kpd dunia, it's a new garuda...

belum terlambat buat MAS utk berubah.... tapi yg pasti, 'biawak hidup' dalam MAS tu kenalah dibawak keluar dulu
Quote toxicated 19-7-2014 02:44 PM
Tuka nama harimau tiru indon pakai garuda.bleh la indon claim kita tiru dia.
Quote zennaya 19-7-2014 02:50 PM
aku lebih suka naik MAS dari airline yg lain2. cuma aku rasa,MAS ni kena ubah dari top management sampai ke bawah. lepas kes MH370 tu,ada inisiatif diorang baca doa perjalanan? utk memohon supaya Allah selamatkan perjalanan mereka? pengalaman aku naik saudi airlines,sangat Islamik. saudi airlines lepas tunjuk cara pasang seat belt,safety,diorang tunjuk skrin kat baca doa perjalanan sebelum flight berlepas. penumpang muslim,pon turut angkat tangan berdoa sama. rasa selamat sgt. walaupun,flight attendant diorang mungkin x sebagus MAS,tapi rasa lebih selamat dari segi kerohanian. masa aku naik,malam tu cuaca buruk dari jeddah. flight bergegar menempuh awan. aku bertawakal saja,klu nyawa aku setakat itu,aku redha. mcm aku ckp td,perjalanan yg dirahmati,finally aku selamat dan sedang menaip dlm forum ni sekarang ni.

just my opinion
Quote wana89 19-7-2014 02:56 PM
takziah pada mas...
memang xada ong mas...
tak apa mas, kalo hang rendahkan harga tiket sikit..wana selalu naik mas...
tapi servis mas hokay la juga..
Quote wana89 19-7-2014 03:00 PM
oni313 posted on 19-7-2014 02:40 PM
why not contohi garuda indonesia. dulu garuda siap sampai kena banned oleh EU, but now, security mea ...

tapi kan kaka..
cara musibah garuda dan MAS berbeza..
MAS ni lebih nasib xbaik..wrong time and wrong place..
bukan problem teknikal dari syarikat berbanding garuda...
tapi ubah management tu betul yer..dari atas hingga kebawah..
Quote elbecks 19-7-2014 03:17 PM
skrg org rasa naik MAS just bring bad luck no matter how good the service
Quote SUHA 19-7-2014 03:23 PM
Msh blum terlalu lambat nak ubah...harap mas jgn bebankan rakyat dgn hutang2 yg X patut-patut
Quote auntie_girl 19-7-2014 03:33 PM
walaupun makanan MAS kasik now tak sebest dulu, tapi, aku akan tetap pilih MAS. kesal je naik AA p langkawi baru ni. padahal tgk2 tiket lg mahal dari MAS lepas tambah luggage...

dah la klia2 tu iols sesat larat

nk drop bag pon hazab gilos.

Quote cmf_premierleag 19-7-2014 03:34 PM
Kalo pi obersee, mmg aku pilih MAS sbb nk layan film2 P.ramlee dlm in flight entertainment
Film2 p.ramlee ni tgk 100 kali pun x penah jemu
Quote Peterpan17 19-7-2014 03:52 PM
dcruins posted on 19-7-2014 03:28 PM
MAS harus bangkit semula, kalau German dan Jepun yang kalah perang dunia kedua dalam keadaan yang hi ...

Setuju!! That is why aku guna perkataan revamp bukan closed down.
Quote XxNotTruexX 19-7-2014 03:56 PM
Crystars posted on 19-7-2014 02:20 PM
Aku rasa MAS kena rebranding tukar nama, tukar logo, tukar mgt, etc. Klau x silap aku nama MAS sepat ...

Accept it as a reality ..... Image of MAS sudah membusuk .... dan tak akan pernah pulih kembali seperti semula lagi ..... walaupun langkah-langkah extreem diambil .....

Lihat semua komen(193)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 09:37 PM GMT+8 , Processed in 0.130737 second(s), 50 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top