Najib mahu semua mayat penumpang diserahkan sebelum Aidilfitri Cheras: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyatakan kerajaan akan berusaha membawa keluar mayat penumpang MH17 sebelum Aidilfitri ini untuk disemadikan di tanah air.
Beliau berkata, Malaysia sudah menyatakan pendirian hendak membawa keluar mayat penumpang MH17 dari lokasi nahas dalam tempoh terdekat. Menurutnya, kerajaan tidak mahu mayat diambil oleh pihak tidak bertanggungjawab dan dibawa ke tempat tidak diketahui. "Saya mahu mangsa ini dibawa keluar dalam masa terdekat. Saya tak mahu mereka dibawa ke tempat tidak diketahui dan saya bertekad sebelum Aidilfitri ini mangsa dibawa pulang ke tanah air," katanya dalam Program Nur Ramadan Peringkat Wilayah Persekutuan di Masjid An Najirin, di sini. Najib berkata, kerajaan akan melakukan apa saja termasuk memastikan pihak yang bertanggungjawab dikenakan tindakan.
Menurutnya, kerajaan tidak akan membiarkan kejadian itu berlalu tanpa ada sebarang tindakan. "Saya sudah hubungi pemimpin dunia dan beberapa pihak lain untuk menyatakan pendirian kita. "Kita desak PBB dan masyarakat antarabangsa untuk bawa mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan," katanya. Forum : http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=818260&extra=&page=62
|
16
Bagus |
27
Marah |
16
Terkejut |
23
Sedih |
19
Lawak |
15
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT