14 Julai 2014, Malaysia - Serlahkan percutian anda pada Hari Raya ini dengan penuh gaya menerusi pelbagai pilihan rona-rona tenang yang direka khas untuk pengembara urban. Diilhamkan daripada tema percutian dan jiwa sang pengembara, bersedialah untuk menikmati perjalanan jauh ke destinasi percutian dengan keluarga anda menerusi koleksi fesyen musim luruh terkini daripada jenama terkemuka Amerika ini. Koleksi
Musim Luruh terkini ini menawarkan gabungan warna-warna panas dan sejuk, sekali
gus memberi anda pelbagai pilihan yang ceria dan sesuai dengan aneka warna
kulit. Warna-warna panas yang ditawarkan termasuk merah raspberi dan jingga
keperangan manakala pilihan warna-warna sejuk pula merangkumi biru dakwat, biru
chambray dan kelabu loh. Koleksi kali
ini tampil dengan motif-motif rekaan budaya orang asli (folklor) beserta kesan
daripada teknik celupan warna (dip-dyed)
dalam aneka pilihan rona.
Seiring dengan
matlamat Hush Puppies untuk menghasilkan fesyen klasik yang selesa, koleksi ini
diperbuat daripada kain-kain mudah dipakai. Tarikan pada koleksi fesyen kali
ini terletak pada kain denim boleh basuh, kain kapas chambray, kain kapas berpetak-petak dan kain kapas chino. Ringan dan mempunyai aliran udara
yang baik, kain kapas sememangnya ideal untuk percutian anda sekeluarga ke kota
besar. Kaum
lelaki pula boleh melancong dengan penuh gaya menerusi pilihan fesyen moden
utama yang merangkumi baju-baju bermotifkan petak, baju polo dip-dyed, baju berhud dan jaket
berbelang-belang. Koleksi fesyen lelaki juga menawarkan pakaian gaya kasual
sedia pakai yang menggabungkan baju dan seluar jeans denim dengan lengan
berlipat. Untuk gaya fesyen yang lebih lasak, rangkaian fesyen Hush Puppies
juga menawarkan baju-baju-T dengan corak-corak terang beserta seluar Bermuda
bermotifkan teknik gunting dan jahit yang sesuai untuk perjalanan lama ke
destinasi percutian seterusnya. Golongan
wanita pula disajikan dengan koleksi pakaian bersulamkan corak-corak budaya
orang asli, gaun labuh chambray dan tunik khaki separas lutut, sekali gus
mempelbagaikan pilihan pada rangkaian baju polo klasik Hush Puppies. Selain
itu, koleksi ini turut hadir dengan sejumlah pilihan jaket kait dan jaket
bolero denim bagi memudahkan padanan ringkas pada gaya fesyen anda. Gabungan
baju berpetak-petak dan seluar pendek juga membolehkan anda bergaya dengan
santai ketika bercuti. Meskipun
rangkaian fesyen orang dewasa seperti gaun maxi dan baju berkolar tampil dengan
gaya lebih matang, koleksi pakaian kanak-kanak pula menawarkan potongan dan
bentuk yang lebih muda dan ceria. Misalnya skirt kembang pendek untuk
kanak-kanak perempuan manakala seluar Bermuda berwarna terang pula untuk
kanak-kanak lelaki. Diperbuat
daripada kain ringan dan mudah menyerap peluh, kanak-kanak boleh bergerak
dengan selesa dan tampil bergaya pada masa yang sama. Koleksi ini menawarkan
pelbagai corak menarik. Ini termasuk rekaan bermotifkan budaya orang asli yang
manis menawan untuk perempuan manakala corak-corak geometrik pula untuk si
manja anda yang kacak. Tarikan utamanya terletak pada sulaman halus pada
pakaian kanak-kanak perempuan manakala koleksi fesyen untuk kanak-kanak lelaki
pula tampil dengan jahitan terperinci. Koleksi
Musim Luruh ini juga menekankan sejumlah pakaian denim sedia pakai. Koleksi
untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan menawarkan jeans biru denim klasik
dengan hujung lengan berlipat bagi memudahkan padanan dengan baju aneka corak
dan motif. Baju denim dengan rekaan corak jahitan halus dan saku bertutup juga
boleh diperoleh untuk menceriakan gaya penampilan si manja anda. Rangkaian
pakaian Hush Puppies kini boleh didapati pada harga RM39.90 hingga RM209.90.
Koleksi Musim Luruh 2014 ini akan dilancarkan di semua butik pakaian Hush
Puppies di seluruh negara dan juga di gedung-gedung beli-belah terpilih mulai
Julai 2014. Tentang Hush Puppies Hush Puppies ialah jenama gaya
hidup antarabangsa yang memberi penekanan kepada produk-produk bergaya
kontemporari dengan suntikan warisan fesyen Amerika. Ditubuhkan pada tahun
1958, Hush Puppies cukup sinonim dengan gaya sentuhan moden dan kasual. Kini,
jenama ini masih meneruskan legasi menghasilkan inovasi yang bergaya asli dan
terungul untuk pelanggan di 150 buah negara.
Sejajar dengan matlamat jenama
yang mementingkan keselesaan dan keceriaan, rangkaian fesyen Hush Puppies
sesuai untuk kegunaan seisi keluarga. Rangkaian fesyen Hush Puppies diedar khas
oleh Kumpulan Redina di Malaysia. Untuk maklumat lanjut, sila layari
www.hushpuppies-apparel.com.
|
9
Bagus |
5
Marah |
12
Terkejut |
8
Sedih |
3
Lawak |
8
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT