CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kantoi 'Kail' Duit Tabung Masjid

23-7-2014 08:29 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5361| Komen: 24



KUANTAN - Seorang lelaki yang sedang leka mengail duit tabung di Masjid Jamek Beserah di sini kantoi apabila tindak-tanduknya sudah diperhatikan oleh imam dan bilal masjid itu melalui rakaman Kamera Litar Tertutup (CCTV) yang dipasang.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi itu, kelibat lelaki itu kelihatan memasuki masjid berkenaan sebelum menuju ke bahagian solat wanita.

Bilal masjid, Mohd Irfan Mohd Yusof berkata, ketika kejadian, dia bersama imam, Mohd Hasbi Zainun berada di dalam bilik imam dan memantau rakaman CCTV yang ada.

Menurutnya, melalui rakaman itu, dia melihat lelaki terbabit menggunakan dawai yang bergam untuk mengail duit tabung tersebut.

“Selepas beberapa minit melihat lelaki itu leka membuat kerja tidak bermoral itu, Mohd Hasbi bertindak keluar dari bilik dan menegur lelaki berkenaan.

“Bagaimana pun dia menafikan cuba mencuri duit tabung sebelum kami melihat dawai yang dipegangnya,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Mohd Irfan berkata, itu merupakan kejadian keempat sepanjang Ramadan namun hanya semalam suspek berjaya ditangkap.

Katanya, mereka bersama empat lagi penduduk kampung sudah dari awal mengawal kawasan masjid kerana yakin suspek akan datang semula untuk mencuri.

“Sebelum ini, kami hanya melihat melalui rakaman CCTV kerana tidak berada di masjid ketika kejadian, tetapi malam semalam, kami memang rancang dari awal.

“Tak sangka dia sanggup mencuri duit tabung masjid terutama pada bulan puasa. Kami menelefon pihak polis dan lelaki berkenaan dibawa ke Balai Polis Beserah untuk siasatan,” katanya.

Mohd Irfan berkata, sehubungan itu dia membuat laporan polis di Balai Polis Beserah.


Bagus
2

Marah
3

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote TuntungReturn 23-7-2014 07:55 AM
igt kt besut tdklol
Quote Tok_Batin 23-7-2014 07:57 AM
[youtube]3BL6-ht7m1I[/youtube]
Quote Tok_Batin 23-7-2014 07:58 AM
[youtube]o2XwfmIE9zA[/youtube]
Quote Tok_Batin 23-7-2014 07:59 AM
[youtube]UbjBDPvGimQ[/youtube]
Quote Tok_Batin 23-7-2014 07:59 AM
[youtube]TwzfM8IPCuI[/youtube]
Quote Tok_Batin 23-7-2014 08:02 AM
[youtube]GShzhHSDfFs[/youtube]
Quote budakmanentah 23-7-2014 08:02 AM
napela ko xterbakar je masa tgh mencuri tu...hitam btol hati smpai dah xde perasaan nak mencuri dlm rumah Allah
Quote Dia_Yuni 23-7-2014 08:09 AM
Syukurlah dh kena tangkap, sempat kalau ko nak bertobat dlm penjara tu
Quote genchi 23-7-2014 08:25 AM
ntah apa la prasaan dia mencurik duit tabung masjid .. kalo tabong tu kt tepi jln tepi suping komplek tu ampun lagik
ni dlm masjid.. bila diri takde rasa malu dgn Allah camni lew.. takde ase takot n bersalah.. tp nak gak taw
ape sbb dia sggp wat camtu?? terdesak.. atau mmg pangai haromjad
Quote leylapple 23-7-2014 08:26 AM
mencuri nie mcm dah amalan biasa pulak...

dah biasa makan duit haram kut
Quote Yoongie 23-7-2014 10:11 AM
Sepatutnya imam tu keluar terus cakap Ma Rabbuka?
Quote kauado? 23-7-2014 10:16 AM
adoi..g la kail ikan klu xde duit nak makan
Quote aiskrimvanilla 23-7-2014 10:22 AM
syukur kerana tuhan YAHWEH/ELOHIM maha penyayang... kalo tak mahu kena sambar petir masa tu jugak...
Quote gaara_X 23-7-2014 10:33 AM
mereka nie tak tahu ke hukum hakam agama nie????
Quote onetwonine 23-7-2014 10:36 AM
kifarah nye weiii...xbaik mncuri bulan pose ni
Quote chokkey 23-7-2014 10:42 AM
Rase Takut bile tebayang diri sendiri yang buat...
NauzubillahMinzalik, semoga dihindari dari pekare mcm uh,

Teringat nasihat dari Seorang Makhluk Allah S.W.T nie,
" janganlah kite bercakap atau berbual kosong dir Rumah Allah, kerna ular dan kala jengking menantimu disana kalau berbuat demikian "

Sekadar beringat dan renungan bersama , Keep Smile Gang


Quote devilito2 25-7-2014 07:54 AM
semoga diberikan hidayah...
Quote tobby 25-7-2014 08:01 AM
masukkan dlm jel & kerah buat kerja berat
Quote meya 25-7-2014 08:19 AM
Sebenarnya orang yang cuba mencuri duit masjid nikan sudah ditanya kenapa berbuat demikian tak?  Ada CCTV pun berani, macam desperate pula.

Kalaulah mereka ini sebenarnya dari macam keluarga yang berbuka puasa dan sahur dengan roti ke apa dulu tu.  atau mereka yang susah tapi tidak mahu menyusahkan orang lain?

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 06:51 AM GMT+8 , Processed in 0.049539 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top