Warisan zaman berzaman tidak harus pupus begitu sahaja walaupun kita sedang rancak menembusi arus permodenan. Bak kata Hang Jebat,”Tidak hilang Melayu di dunia” pastinya menggambarkan setiap warisan itu perlu dijaga rapi. Ini termasuk seni warisan asli busana tradisional Melayu. BAJU KURUNG CEKAK MUSANG • Rekaan busana ini bermula sejak tahun 1980an. • Dihasilkan daripada songket tenunan Terengganu bermotifkan bunga tabur • Baju kurung cekak musang berpesak kemban, berkekek gantung dan berleher tinggi serta labuh ke paras lutut • Mempunyai butang dua di atas dan tiga di bawah • Digayakan bersama kain songket diikat sebelah tepi dengan lipatan ombak mengalun BAJU KEBAYA LABUH NYONYA • Banyak digayakan pada tahun 1950an • Materialnya dari sutera China bercetak • Cantik digayakan dengan padanan kain batik sarung • Pada bahagian leher, kain kapas digunakan sebagai pelapik • Hujung lengannya pula lebih mengecil BAJU KEBAYA LABUH • Memasuki era 1930an dengan potongan yang mempunyai kekek dan berlengan lebar • Sutera China organza yang halus dipilih dan lebih menarik sekiranya digayakan dengan aksesori kerongsang emas disemat tiga sederet • Dipakai dengan batik sarung sutera China bermotifkan jambangan bunga BAJU KEBAYA PENDEK • Busana ini muncul pada tahun 1950an dengan baju paras pinggul • Kain batik sarung atau kain batik jawa dipilih kerana coraknya sesuai digayakan bersama baju kebaya pendek • Sesuai menggunakan kain kapas bercetak seperti voile, lace atau organza • Juga dikenali sebagai kebaya bandung kerana berasal dari Bandung, Indonesia BAJU KEDAH • Busana ini ringkas potongannya dan digayakan sewaktu tahun 1970an • Ia diperbuat daripada kain benang kapas halus • Baju Kedah dihasilkan daripada kain tenun sutera Terengganu bercorak kekotak amat sesuai apalagi dengan padanan kain sarung bersesuaian • Butang atau brooch digunakan untuk menutup leher
|
Bagus |
4
Marah |
10
Terkejut |
16
Sedih |
2
Lawak |
3
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT