CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kerana Kutu Seekor Makcik Sanggup Naik Mahkamah

25-7-2014 04:57 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 13895| Komen: 77

JITRA - Seorang suri rumah mendakwa dirinya dianiaya dan ditipu selepas tidak menerima bayaran penuh hasil bermain kutu yang sepatut diterimanya daripada seorang pemegang duit awal bulan ini.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Noorlia berkata, wang hasil kutu yang sepatut diterimanya adalah RM3,000.

Menurutnya, bagaimanapun pemegang terbabit hanya memberi sebanyak RM1,850 dan enggan membayar baki selebihnya.


“Saya dan suami pergi ke rumahnya, tetapi dia suruh saya minta dengan seorang pemain yang lain. Sedangkan pemain itu juga sudah serahkan bayaran kutu kepada pemegang itu.

“Kebetulan ketika sampai di rumahnya, kami terserempak kerana dia mahu keluar. Tetapi dia enggan melayan permintaan kami, malah tidak keluar dari kereta,” katanya kepada Sinar Harian.

Susulan daripada itu, Noorlia membuat satu laporan polis berhubung perkara itu di Balai Polis Kodiang.

Katanya, pemegang kutu yang juga wanita berusia dalam lingkungan awal 50-an itu tidak menjawab panggilan telefon ketika dihubungi.

“Hal seumpama ini bukan terjadi kepada saya seorang saja, malah pernah terjadi kepada anak saudara saya. Tetapi, dia sempat membayar semula apabila dimarahi. Ada juga kawan kami yang tidak dibayar langsung duit kutunya selepas terlupa giliran.

“Sebagai pemegang duit, sepatut dia boleh mengingati pemain lain, kerana itu amanah dan kepercayaan yang kami berikan. Dia perlu bertanggungjawab sebagai pengendali,” katanya.

Sementara itu, Noorlia berkata, dia turut membuat tuntutan di mahkamah untuk menuntut haknya ke atas duit kutu terbabit.

“Saya mendapat nasihat daripada Pendaftar Mahkamah Sesyen Jitra dan mengisi borang tuntutan yang diperuntukkan. Tuntutan saya ini dibuat mengikut peruntukan tuntutan kecil sivil dan akan jalani perbicaraan selepas mendapat arahan mahkamah selepas ini.

“Saya sudah cuba minta dengan cara terbaik daripadanya tetapi dia langsung tidak mahu berbincang dan bersikap lepas tangan,” katanya.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kukulangau 25-7-2014 12:13 PM
main kutu ni kena dgn orang yang kita betul2 percaya
jangan add participate ikut dan je
Quote afie_m 25-7-2014 12:16 PM
guna duit tuk tuk beraya sakan kot.....
Quote sueism 25-7-2014 12:16 PM
kukulangau posted on 25-7-2014 12:13 PM
main kutu ni kena dgn orang yang kita betul2 percaya
jangan add participate ikut dan je

I tak Main kutu nie I rather simpan duit $20 sebulan dalam bank buat x nampak
lama2 Jadi bukit untuk shopping. Hehehehe
Quote kukulangau 25-7-2014 12:18 PM
sueism posted on 25-7-2014 12:16 PM
I tak Main kutu nie I rather simpan duit $20 sebulan dalam bank buat x nampak
lama2 Jadi bukit u ...

yes lebih berpaedah letak kat bank or tabung haji or asb
later2 siap dapat dividen


Quote cikatilia 25-7-2014 12:19 PM
caprut gila
aku penah kena gak
2 tahun lepas main kutu baru dpt bahagian aku
bukan dari ketua, tp dari kawan aku sendiri

bengom
walhal turn dia awal2 no 1 2
Quote sueism 25-7-2014 12:21 PM
kukulangau posted on 25-7-2014 12:18 PM
yes lebih berpaedah letak kat bank or tabung haji or asb
later2 siap dapat dividen

Tu lah org main kutu nie cepat Rambang mata.
for me never trust anyone Pegang duit I sebab I dah
tau Harus lesap. Baik bank. Yg simpan my money.
ada duit boleh ambik , x Ada duit duduk diam2 no one
to blame kan?
Quote munchkin 25-7-2014 12:24 PM
Apa perlu main kutu ni. Kalau semua amanah takpelah jugak.
Quote julia5094 25-7-2014 12:26 PM
Pernah terkena..main kutu online..seb baik RM 130 inggit jer..tape la..halalkan je la dunia akhirat..nak cari tuannya pun dah tak jumpa nk mintak balik..dah terminate pun account..jadi pengajaran untuk iols..tak mo dah main kutu online..ada kawan lagi dasat..kena sampai ribu riban...
Quote batmana 25-7-2014 12:26 PM
Main kutu ni takde Black n white.
Ikut ckp mulut je.
Jadi masalah klu salah sorg tu mati. Pstu waris xnk bayar psl arwah xbitau. Dh melopong lah pemain kutu yg lain..

Quote TravelerPoyo 25-7-2014 12:30 PM
hurm dah lama x main kutu ni sebb tak sanggup nak tunggu giliran. huk huk
Quote poison_paradise 25-7-2014 12:31 PM
Yg bodoh lg main kutu online.. Dgn org tak kenal.. Pastu bile mak kutu lari korg meroyan kt Fb.. Aku yg baca ni anggap korg ni bangang abadi
Quote axl_bach 25-7-2014 12:31 PM
x paham aku apa yg best main kutu nih....sama jer kalo ko bleh disiplin letakkan sekian portion duit ko dlm simpanan asing xyah usik.....cukup haul ko guna laa utk renew roadtax dgn insurance ker, utk kecemasan ke hapa.......lagi senang
Quote znuyul 25-7-2014 12:40 PM
Selama aku main kutu ok jew,
Quote haryatie 25-7-2014 12:43 PM
masih ada lg org suka main kutu...
simpan sendiri lg senang...tp kena displin la...
Quote cubby_qt 25-7-2014 12:44 PM
Jgn la main kutu ngan org xder gaji tetap mcm suri rumah or berniaga kecilan... nnt ada jer yg x dpt bayar... kami ckgu2.. main.. ok jer
Quote Ha_Neul 25-7-2014 12:45 PM
bengap pi main2 kutu ni..
jumlah sama jah macam duit himpun sendiri..
main lak dengan mokcik2 yg liat bayar, padan mukalah.

Quote zacrin 25-7-2014 12:47 PM
simpan sendiri baik dapat gaji terus masukan dalam akaun lain kad bank bg org yg dipercayai pengang mcm tu lah aku dulu kumpul duit untuk kawin kih3
Quote eyansss 25-7-2014 12:48 PM
kalo kita berdisplin, takyah main kutu ni...  simpan jek dalam bank...  apa susahnya...  sama je concept korang kasik kat orang bulan2...  bezanya, kasik ngan bank duit tak hilang...  duit tak lari...  bagi orang ni, bebila je boleh lari...
Quote carly_lah 25-7-2014 12:50 PM
masa carly jadi ketua main kutu dulu, siap ada dokumentasi lagi, sapa giliran etc, dah terima duit ada tanda terima, ada rekod bayaran etc... x leh memain o dgn duit....

Lihat semua komen(77)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 05:25 AM GMT+8 , Processed in 0.072228 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top