CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Rakyat Malaysia Yang Pembersih

4-8-2014 12:29 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 18101| Komen: 302

KUANTAN - Umpama melepaskan batok di tangga. Sikap pengguna hentian rehat masih tidak berubah dan mentaliti berada di tahap rendah apabila kemudahan yang disediakan di hentian itu tidak digunakan dengan penuh tanggungjawab.

Tinjauan Sinar Harian di Hentian Rehat Kuantan kira-kira jam 10.30 pagi mendapati tong sampah penuh dengan lampin pakai buang dan tisu yang tidak digunakan dengan baik malah singki turut dibuang sampah.

Lampin bayi juga bukan sahaja tidak diurus dengan baik tetapi ‘berkongsi’ tong sanitari menyebabkan masalah bau di dalam tandas sekali gus menambah tugas pekerja yang membersihkan kawasan dan blok bangunan di situ.

Tinjauan kami juga mendapati, tidak ramai ibu bapa yang menggunakan  bilik salin lampin tetapi lebih ‘laju’ menuju ke tandas dan surau untuk menyalin lampin bayi.

Kami turut menerima keluhan tukang cuci yang membersihkan kawasan itu memaklumkan ada pengguna mengambil jalan mudah dengan menyalin lampin bayi di surau.
Mereka mendakwa, akibat sikap itu, ramai mengadu tidak selesa dengan keadaan surau kerana berbau dan dikotori najis.

Bagaimanapun, mereka cuba sebaik mungkin membersihkan surau sebelum lebih ramai pengguna lain tiba untuk solat dan ada yang mengambil peluang berehat sebelum meneruskan perjalanan.

“Kami tidak cuti pada hari raya sehingga hari ini kerana melakukan tugas-tugas membersih. Tidak seperti hari-hari biasa, orang ramai singgah dengan pelbagai ragam tapi kami tetap bekerja untuk memastikan keadaan bersih,” katanya.

Seorang pengguna, Azra’ie Ibrahim, 32, berkata, ramai pengguna bersikap lepas tangan dan mengharapkan petugas hentian itu membersihkan kawasan berkenaan.

Katanya, sikap berkenaan tidak menguntungkan sesiapa sebaliknya memberi kesan negatif bahawa sikap penduduk tempatan yang tidak bersih.

“Sikap ini sebenarnya bermula dari rumah. Kebersihan itu sebahagian dari kehidupan kita dan paling utama sekali pemandangan ini memberi kesan negatif apabila ada pelancong yang singgah,” katanya.

Zuraida Mohd Yunos, 28, pula lebih selesa menggunakan lampin pakai buang bayinya yang berusia enam bulan di dalam bilik yang disediakan walaupun perlu membawa bantal kecil.

“Bilik di sini lebih bersih dan kering berbanding menggunakan tandas tetapi mungkin ada ibu bapa yang mahu lebih selesa memandikan anak mereka. jadi tempat paling sesuai ialah surau atau tandas,” katanya.

2

Bagus
3

Marah
3

Terkejut
3

Sedih
2

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (16 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote peYno 1-8-2014 09:16 AM
sorry laa
level kebersihan tandas org mesia masih diaras bawah

bagi caprut yg c pernah pi oberc mungkin dah rasa hwbat
Quote Lina66 1-8-2014 09:18 AM

Pembersih????????????????  

toilet penuh dgn lalattttttttttttttt..... eeeeeeeeeeeee... air berkecah2 kat lantaiiiiiiiiiiiiiiii....
Quote ren0_0 1-8-2014 09:20 AM
hentian rehat yang aku rasa bersih dalam banyak banyak highway ialah PLUS. kalau karak...lpt...bau hancing
Quote xdielzx 1-8-2014 09:23 AM
bilangan tong sampah tak cukup ker?
Quote cendana_am 1-8-2014 09:25 AM
maaf cakap..hadapi lah kenyataan..rakyat malaysia memang tak pembersih..di tambah pulak dgn rakyat 1 indonesia myanmar bangla pakistan afrika...kalau kita sendiri tidak terdidik dengan kebersihan..ini lah akibatnya..
Quote znuyul 1-8-2014 09:25 AM
mcm lama xdibersihkan jew..pampers da kuning
Quote redz85 1-8-2014 09:26 AM
bukan setakat hentian rehat.. toilet dlm masjid pun hazab.. pengguna pengotor
Quote saladin780 1-8-2014 09:27 AM
kebersihan separuh daripada iman..so maksudnya di sini adalah ??
Quote Innrukia 1-8-2014 09:30 AM
saladin780 posted on 1-8-2014 09:27 AM
kebersihan separuh daripada iman..so maksudnya di sini adalah ??

Rakyat Malaysia cuma ada suku iman... Eh btl ker? Hahaaa
Quote pittjie 1-8-2014 09:33 AM
bila ntah rakyat malaysia ni nak jadi pembersih dan bertanggungjawab jaga kebersihan bersama. antara pengguna tu ramai kut yang kalau kat rumah .. pembersih la jgk. tapi sbb ni bukan rumah dia .. tak de la rasa tanggungjawab nak jaga kebersihan bersama sbb pk tu bukan rumah dia dan pk .. ada org lain yang tukan kutip sampah2 tu. sedeyyy.
Quote gusikuberdarah 1-8-2014 09:34 AM
klu bab lain org mesia sanggup tiru negara luar..tp klu kebersihan xde pulak nk tiru cm jepun atau singapura..bkn la nk kata diorg bagus tp klu bab kebersihan mmg dh diajar dan diamalkan dari kecik..

jangan tunjuk contoh yang tak elok pada budak kecik..diorg cepat belajar..bila diorg dh besar nti benda yg sama diorg akan ajar pd anak2 diorg..dan akhirnya tinggal la generasi yang kotor dan tak bertamadun..
Quote gusikuberdarah 1-8-2014 09:35 AM
Innrukia posted on 1-8-2014 09:30 AM
Rakyat Malaysia cuma ada suku iman... Eh btl ker? Hahaaa

rakyat mesia cuma tau sabar tu separuh daripada iman je..
Quote gusikuberdarah 1-8-2014 09:38 AM
pittjie posted on 1-8-2014 09:33 AM
bila ntah rakyat malaysia ni nak jadi pembersih dan bertanggungjawab jaga kebersihan bersama. antara ...

tp ada gak setengah2 yg terbalik..kat rumah pengotor gila tp kalau kt luar bersih sebersih bersihnyaa..
Quote dkzue 1-8-2014 09:38 AM
Selalu bila kita tenguk.. si perempuan tak kira mak..anak dara..bergaya sakan bila keluar rumah.. tapi rumah mai aiiiiiiii.. fengsan....
Quote gusikuberdarah 1-8-2014 09:39 AM
peYno posted on 1-8-2014 09:16 AM
sorry laa
level kebersihan tandas org mesia masih diaras bawah

setuju
Quote gusikuberdarah 1-8-2014 09:40 AM
ren0_0 posted on 1-8-2014 09:20 AM
hentian rehat yang aku rasa bersih dalam banyak banyak highway ialah PLUS. kalau karak...lpt...bau h ...

ntah la..aku xde pengalaman sgt masuk tandas awam..klu dh betul2 terdesak baru aku guna..
Quote Lina66 1-8-2014 09:40 AM
redz85 posted on 1-8-2014 11:26 AM
bukan setakat hentian rehat.. toilet dlm masjid pun hazab.. pengguna pengotor


surau pon samer gak...    kapet lembab...


pembersih ape nye.....
Quote pittjie 1-8-2014 09:40 AM
gusikuberdarah posted on 1-8-2014 09:38 AM
tp ada gak setengah2 yg terbalik..kat rumah pengotor gila tp kalau kt luar bersih sebersih bersihn ...

yang terbalik setau aku la kan .. bukan kat luar pembersih. tapi kat luar tu kemain melawa. make up rapi, baju bergosok kemas, kasut berkiwi kilat boleh buat cermin ... tapi rumah cam tongkang pecah. hehehheh

Quote LUNCH 1-8-2014 09:43 AM
Akak pelik lah kat Malaysia ramai orang Islam, isalm tu suruh jaga kebersihan tapi benda basic pun susah nak buat macamana nak buat benda lagi susah?  Ke yang buat kotoran tu bukan orang melayu? Mana tau bangsa bangla ke? Bangsa indonesia ke? Bangsa Korea yang Vera sapu tu balik kampun hari raya.

Lihat semua komen(302)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 05:28 AM GMT+8 , Processed in 0.045880 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top