CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Kerajaan Digesa Hentikan Bina SJKC

6-8-2014 02:57 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 12449| Komen: 132

Kerajaan Digesa Hentikan Bina SJKC


MUAR 4 Ogos - Kerajaan perlu menghentikan pembinaan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) yang baharu kerana kewujudannya tidak menyumbang kepada perpaduan nasional dan meretakkan hubungan antara kaum.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim (gambar) berkata, sudah tiba masanya perkara itu dipertimbangkan memandangkan keharmonian antara kaum ketika ini semakin renggang dengan pelbagai isu.

"Selagi permohonan menambah SJKC (ditunaikan), maka semakin retak hubungan kaum dan akhirnya akan menggagalkan usaha memupuk perpaduan nasional. Membentuk perpaduan antara kaum perlu dilakukan di peringkat sekolah rendah.

"Ini perlu dilakukan di Sekolah Wawasan iaitu sekolah rendah berkonsepkan belajar bersama-sama dalam satu kawasan yang sama tanpa mengira kaum atau agama," katanya ditemui selepas Majlis Ramah Mesra Bersama Media di kediamannya di sini malam tadi.

Beliau mengulas gesaan Setiausaha MCA negeri, Chia Song Cheng dalam sebuah akhbar Inggeris baru-baru ini yang meminta kerajaan membina SJKC di kawasan Bukit Indah, Johor Bahru kerana ketika ini terdapat 5,000 rumah di situ.


Song Cheng mendakwa, murid-murid Cina ketika ini terpaksa pergi SJKC Kuo Kuang 2 di Skudai, SJKC Ming Chih (Horizon Hills), SJKC Ming Teck (Gelang Patah) dan SJKC Ping Min (Lima Kedai) yang jarak lebih setengah jam dari Bukit Indah.

Mengulas lanjut, Razali berkata, persefahaman dan rasa hormat antara satu sama lain akan dapat dipupuk dengan mudah dan SJKC atau Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) seakan-akan sukar menjayakan agenda nasional itu.

Selain itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Muar berkata, pertambahan SJKC juga bertentangan dengan persetujuan jumlah membenarkan pengendalian dan kewujudan sekolah vernakular yang ditetapkan.

Menurutnya, pemimpin perlu menjelaskan kepada rakyat secara bertanggungjawab tentang hal itu dan bersama-sama berusaha meyakinkan rakyat terhadap agenda pemerkasaan sekolah kebangsaan yang dilaksanakan kerajaan.

"Bukan dengan mengambil jalan mudah merenggangkan lagi hubungan sesama kaum di negara ini," katanya sambil memberi contoh kebelakangan ini terdapat pihak-pihak yang tidak menghormati kaum dan agama orang lain dengan bertindak menghinanya.


Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kecimpret 5-8-2014 01:28 PM
baru sedar ka?..bodo lembab tul UMNO ni
Quote spiderman80 5-8-2014 01:30 PM
Wa setuju!! Jangan kata bina sekolah cina lahanat baru, saya lagi suka kalau kerajaan mansuhkan saja kesemua sekolah jenis kebangsaan sedia ada. Kumpulkan semua budak-budak dalam sekolah yang sama. Lu orang mahu kata saya pengkhianat cina pun tak apa.
Quote leylapple 5-8-2014 01:32 PM
chedet dah susah payah nak buat kbsr kbsm, jadikan sekolah tamil dan cina sebagai sekolah kebangsaan...sampai ke tangan najib, siap ajak dong zhong datang msia buat sekolah sukati diorang pulak..dahla import cikgu dari china nun...

Quote kecimpret 5-8-2014 01:32 PM
spiderman80 posted on 5-8-2014 01:30 PM
Wa setuju!! Jangan kata bina sekolah cina lahanat baru, saya lagi suka kalau kerajaan mansuhkan saja ...

sekolah agama pun kena hapus camtu sbb x menyumbang kpd hubungan kaum
Quote namirulmukminin 5-8-2014 01:32 PM
Aku SOKOM 500%..!!!!..
Quote spiderman80 5-8-2014 01:33 PM
leylapple posted on 5-8-2014 01:32 PM
chedet dah susah payah nak buat kbsr kbsm, jadikan sekolah tamil dan cina sebagai sekolah kebangsaan ...

Najib penjilat cina kapir lahanat.
Quote spiderman80 5-8-2014 01:34 PM
kecimpret posted on 5-8-2014 01:32 PM
sekolah agama pun kena hapus camtu sbb x menyumbang kpd hubungan kaum

Sekolah agama tak patut ditutup saya rasa sebab ia lebih kepada keagamaan.
Quote roy3 5-8-2014 01:36 PM
Jap lg salahkn dap
Quote leylapple 5-8-2014 01:48 PM
spiderman80 posted on 5-8-2014 01:30 PM
Wa setuju!! Jangan kata bina sekolah cina lahanat baru, saya lagi suka kalau kerajaan mansuhkan saja ...

lucu lah ko ni spiderman....

nie bukan riduan ti ka??

Quote the_killer 5-8-2014 01:49 PM
spiderman80 posted on 5-8-2014 01:34 PM
Sekolah agama tak patut ditutup saya rasa sebab ia lebih kepada keagamaan.

sekolah pondok,sekolah mubaligh kristian semua tu tak yah tutup...tp yang patut tutup sekolah jenis kebangsaan....
Quote mrsamz 5-8-2014 01:52 PM
Byk je makpak meleis yg hantar anak ke sjkc..bangga giler anak dia dpt masuk blaja situ
Quote idadzira 5-8-2014 01:58 PM
Agreed................dah lama patut buat benda ni. Lepas tu boleh la tambah mata pelajaran pilihan bahasa cina, tamil & arab sebagai bahasa ke3 kat sekolah.
Quote fadlily 5-8-2014 02:06 PM
a'ah ye. esok anak korang g sekolah satu bumbung ngaji sama-sama, alih2 yang dapat masuk IPTA anak Me###u tu jgk ramai... Terkilan la bangsa satu lagi ni. Idea sekolah wawasan tu memang baik tapi perlu dilihat secara menyeluruh.
Quote spiderman80 5-8-2014 02:09 PM
leylapple posted on 5-8-2014 01:48 PM
lucu lah ko ni spiderman....

nie bukan riduan ti ka??

Saya suka sekolah satu sistem saja tapi tak bermakna saya sokong ridhuan tee.
Quote tinbeskut 5-8-2014 02:11 PM
patut dah lama.. jadikan bahasa tamil dan mandarin sebagai bahasa wajib di samping bahasa melayu di sekolah... lain-lain bahasa sebagai bahasa pilihan... jadi automatik kat sekolah akan ada guru-guru berbagai kaum.. macam mana nak terap integrasi kaum kalo kat sekolah pun cikgu ada satu kaum je..
Quote Defcon2 5-8-2014 02:12 PM
Aku sokong pandangan Datuk Razali Ibrahim.

Tapi pada masa yang sama nak tengok kerajaan umno/bn berani tak buat keputusan dasar untuk sekat pembinaan SJKC.

Kalau tak berani, sahlah bahawa umno sekarang telah jadi kuda tunggangan @ boneka MCA.
Quote bluehedgehog 5-8-2014 02:20 PM
mana sekolah wawasan dulu2?
Quote batmana 5-8-2014 02:53 PM
jangan haraplah..
psl undi, samaje PR ngn BN ke apa..

ahli politik tkkn buat sesuatu dasar yg akan mengurangkn undi mereka

kepala taikla semo politikus sekelian..
Quote otai_g 5-8-2014 02:55 PM
masalahnya taikun2 besar pun dtg dr sjkc jgk.

sjkc private mcm kat sentul tu da standard hotel da aku tgk.

jgn main2. alumni dia bkn calang2 punya org.

Lihat semua komen(132)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 10:16 AM GMT+8 , Processed in 0.050246 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top