CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Politik & Peristiwa Lihat artikel

Hamas Ciptaan Israel?

7-8-2014 12:34 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9201| Komen: 27

HAMAS CIPTAAN ISRAEL?



Israel mencipta Hamas. Mungkin ada pihak yang bakal tersinggung dengan artikel ini. Tetapi kebenaran tetap perlu ditegakkan. Namun sebelum kita membongkar cerita utama ini, perlu diperjelaskan dan ditegaskan disini, Israel sememangnya tidak mahukan perdamaian. Dan siri peperangan adalah bukti yang cukup jelas membuktikan pendirian Israel dalam hal ini..

Namun dalam pada itu, Israel memperlihatkan 'lakonan' mereka untuk 'terus' berdamai dengan Palestin, sedangkan dalam masa yang sama terus memperluaskan penjajahan keatas Tanah Rakyat Palestin.

Pelbagai benda boleh dijadikan alasan di pihak Israel. Dan helah yang paling mudah adalah dengan sedikit simpati dan bantuan dari media ialah atas nama "memerangi keganasan"

Masyarakat dunia secara amnya naif dan gagal memahami isu sebenar yang berlaku di Palestin. Perlu diingatkan, setiap pemimpin mempunyai kaedah untuk mengambil jalan keluar yang mudah bagi mempertahankan tindakan ekstrim mereka. Antaranya dengan mewujudkan musuh-musuh palsu. Sebagai contoh dalam kes ini, Hamas, menjadi sasaran kepimpinan Israel, sebagai pihak yang sentiasa mengagalkan 'proses damai'.

LATAR BELAKANG

Sejarah membuktikan bahawa tindakan kuasa-kuasa Barat menaja penubuhan kumpulan-kumpulan militan Islam bukanlah satu perkara yang baru. Selepas kejatuhan Empayar Uthmaniyyah pada tahun 1924, pihak British dan Amerika telah mengisi kekosongan 'kepimpinan Islam' dengan menyediakan 'pemimpin Islam' bersandarkan pemikiran dan ideologi mereka. Ini dapat dilihat dengan pembentukan dan penubuhan Ikhwanul Muslimin yang mendapat geran bantuan daripada British.

Di atas bantuan British, Ikhwan hari ini menjadi sebuah kumpulan radikal yang mempunyai pengaruh yang besar di dunia Islam. Dan mereka ini menjadi 'tulang belakang' dalam setiap gerakan pengganas yang menggunakan nama Islam.

Lebih tepat lagi, Ikhwanul Muslimin telah menjadi alat yang digunakan oleh perisikan barat bermula dengan Nazi, diikuti dengan CIA. Malah bukan itu sahaja, perisikan Russia, Perancis, German malah Israel juga turut menggunakan medium yang sama.

Ketika era pentadbiran Trauman dan Eisenhower, Ikhwanul Muslimin telah digunakan oleh barat sebagai alat untuk 'mengumpulkan' umat Islam yang naif dibawah 'panji-panji Islam'. Selepas era perang dunia, Ikhawanul Muslimin telah digunakan sebagai 'anjing gila' bagi menjaga kepentingan Barat di negara teluk dari ancaman Komunis.

Sejurus tamatnya era perang dingin antara Russia dan Amerika, yang menyaksikan runtuhnya kesatuan Soviet, Amerika menggunakan Ikhwanul Muslimin sebagai alat bagi mengembalikan penguasaan mereka di Timur Tengah dan Asia Tengah, yang mana bermula di Iraq dan Afghanistan.

ISRAEL DAN HAMAS

Israel mempunyai hubungan yang panjang dengan Ikhwanul Muslimin, yang memainkan peranan penting dalam mewujudkan sayapnya di Palestin yakni Hamas.

Menurut Robet Dreyfuss, penulis buku "Devil's Game : How the United States Helped Unleash Fundamentalist Islam" beliau menyatakan bahawa ;

"And beginning in 1967 through the late 1980s, Israel helped the Muslim Brotherhood establish itself in the occupied territories.  It assisted Ahmed Yassin, the leader of the Brotherhood, in creating Hamas, betting that its Islamist character would weaken the PLO."

Apa yang boleh difahami disini ialah, sejak tahun 1967 lagi, Israel telah cuba melemahkan PLO (Palestine Liberation Organisation) yang dipimpin oleh Yasser Arafat dengan mewujudkan 'watak pejuang Islam' pada Hamas.

Menurut kenyataan bekas Duta Amerika Syarikat ke Arab Saudi, Charles Freeman, beliau menyatakan Israellah yang 'mencipta' Hamas.

"Israel started Hamas. It was a project of Shin Bet [Isreali domestic intelligence agency], which had a feeling that they could use it to hem in the PLO."

Salah satu strategi mereka bagi menguji pengaruh Ikhwanul Muslimin di Palestin adalah dengan mewujudkan 'Village Leagues', dimana Syeikh Ahmad Yassin dan Ikhwanul Muslimin dilatih menguji sejauh mana pengaruh mereka. Israel telah melatih hampir 200 anggota yang menyertai 'Liga' tersebut, dan kebanyakkan rekrut dibayar atas setiap maklumat yang diberikan.

Wartawan New York Times, David Shipler, yang memetik kenyataan Gabenor Tentera Israel di Gaza bahawa Israel sememangnya menaja kumpulan militan bagi melawan pengaruh PLO :

"Politically speaking, Islamic fundamentalists were sometimes regarded as useful to Israel, because they had conflicts with the secular supporters of the PLO. Violence between the two groups erupted occasionally on West Bank university campuses. Israeli military governor of the Gaza Strip, Brigadier General Yitzhak Segev, once told me how he had financed the Islamic movement as a counterweight to the PLO and the Communists.  'The Israeli Government gave me a budget and the military government gives to the mosques,' he said."

Yang bermaksud secara politiknya, militan-militan Islam ini sebenarnya memberikan faedah kepada Israel. Ini bagi mengimbagi kekuatan PLO selain perpecahan yang berlaku diantara PLO dan HAMAS dapat menyelamatkan Israel dari menggunakan tentera mereka bagi menghapuskan umat Islam di Palestin. Malah Gabenor tentera Israel bagi Semenanjung Gaza, Brigadier Jeneral Yitzhak Segev, pernah menyatakan bagaimana dia telah membiayai pergerakan Islam sebagai pengimbang kepada PLO dan pihak Komunis.

Ketika era 1980an, kumpulan Ikhawnul Muslimin di Gaza dan Tebing Barat tidak menjalankan sebarang tentangan bagi menentang perluasan tanah oleh Israel, ekoran kebanyakkan fokus Ikhwanul Muslimin ketika itu adalah memerangi PLO terutama sekali sayap kiri mereka yang beroperasi di kampus-kampus Universiti.

Ketika meletusnya Intifada [Kebangkitan] Palestin pada tahun 1987, PLO telah menuduh HAMAS dan Yassin sebagai pihak yang bertindak "mengikut telunjuk pemimpin Arab... dalam pakatan Sulit dengan Israel.

Dalam satu wawancara dengan akhbar Itali, Yasser Arafat pernah menyatakan bahawa Hamas adalah ciptaan Israel. Dimana Perdana Menteri Israel ketika itu, Yitzhak Shamir, dilaporkan pernah memberikan 'bantuan kewangan' kepada Palestin bagi menampung perjalanan hampir operasi hampir 700 institusi di Palestin, antaranya sekolah, universiti dan masjid.

Yasser Arafat juga menegaskan, bekas Perdana Meteri Israel Yitzhak Rabin, pernah mengaku dihadapan Hosni Mubarak bahawa Israel menyokong perjuangan Hamas.

Seorang penganalisis berbangsa Arab Palestin Kristian, Ray Hannania menegaskan dalam artikelnya yang bertajuk "Sharon's Terror Child", yang diterbitkan dalam majalah Counterpunch, beliau menyatakan;

"Menggangu perjalanan proses damai adalah tugas utama Hamas. Dan mereka ini telah menjalankan hasrat dan cita-cita politik parti Likud. Setiap kali perunding Israel dan Palestin bersedia untuk mengambil satu langkah kehadapan dalam mencapai keamanan, Hamas akan bertindak merosakkannya."

Sara Roy menulis dalam artikel yang bertajuk "Hamas and the Transformation of Political Islam in Palestine" menyatakan;

"Sesetengah penganalisis berpendapat bahawa Hamas menjadi sasaran. Sedangkan dalam masa yang sama Israel meneruskan strategi lama iaitu menggalakkan Hamas untuk terus bergeser dengan puak nasionalis Palestin sebagai satu cara 'memuktamadkan kematian Palestin', selain sebagai usaha untuk memadamkan semangat nasionalisme Palestin untuk selama-lamanya."

KESIMPULAN

Ikhwanul Muslimin dan pihak-pihak lain seperti Hamas, Al-Qaeda dan Osama bin Laden hanyalah berfungsi sebagai 'pengganas' yang diwujudkan oleh Israel bagi dijadikan alasan untuk mewajarkan tindakan regim zionis melakukan pembunuhan dan kemusnahan rumah-rumah penduduk Palestin.

Disebalik ritorik mengenai 'Politik Islam' yang diperjuangkan oleh Ikhwanul Muslimin, dibelakangnya adalah Amerika Syarikat yang masih terus memanipulasi perjalanan Ikhwanul Muslimin agar kumpulan berkenaan sentiasa mengikut polisi dan dasar luar yang telah ditetapkan oleh negara Uncle Sam berkenaan.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote musang_berapi 6-8-2014 12:38 AM
artikel bodoh...
Quote tempur 6-8-2014 07:12 AM
fake foto...bodoh punya propaganda....
Quote finesse 6-8-2014 07:42 AM
transliterasi dia tulis.. prfffttt terjemahan la wei
Quote kerunai 6-8-2014 07:43 AM
bodoh punye artikel
Quote alphawolf 6-8-2014 07:45 AM
Memang benar Hamas ciptaan Israel sebab kalau tiada Israel tiada la Hamas, PLO, PFLP, Al-Fatah, Al Qassam dan sebagainya
Quote mauminumapa 6-8-2014 09:09 AM
Israel laknat = ciptaan iblis laknat...enuf said
Quote dondangdendang 6-8-2014 10:39 AM
alphawolf posted on 6-8-2014 07:45 AM
Memang benar Hamas ciptaan Israel sebab kalau tiada Israel tiada la Hamas, PLO, PFLP, Al-Fatah, Al Q ...

SETUJU..........
Quote lkick2113 6-8-2014 11:52 AM
lobai2 bodo terus2 je kata ni propaganda bodoh, wal hal rujukan yg disertakan kat bawah tu tak pernah baca lg....
Quote Alberto_Kerol 6-8-2014 02:34 PM
musang_berapi posted on 6-8-2014 12:38 AM
artikel bodoh...

Betul tuh
Quote habakuk 6-8-2014 10:22 PM
http://www.youtube.com/watch?v=6cicaLTHtdY
Quote tungkai 6-8-2014 10:41 PM
Penat para ilmuwan buat research. Sampai ke ummah Melayu terus kata artikel bodoh..Haiyaaa...
Quote gnote_2 6-8-2014 11:21 PM
tungkai posted on 6-8-2014 02:41 PM
Penat para ilmuwan buat research. Sampai ke ummah Melayu terus kata artikel bodoh..Haiyaaa...

menunjukkan betapa hebak nye tamadun melayu
Quote sasuke-kun 7-8-2014 12:09 AM
Sebenarnya aku pun dah lama rasa Hamas ni mcm something wrong cuma tak ada bukti. Sebab kalau kita tengok dari segi 'mainan dramanya' Israel menggunakan Hamas sebagai alasan untuk menyerang penduduk Palestin agar penduduk dunia tidak menyalahkan Israel seratus peratus dan seterusnya menghalalkan pembunuhan mereka.

Rasanya Al-Qaeda sendiri pun sebenarnya ciptaan diorang untuk mencipta drama 'act against terrorism' yang dilaung-laungkan. I mean they are in both side. Bagi diorang dunia ni hanyalah satu tapak permainan catur dan kita ni hanyalah pawn untuk dikorbankan. Semuanya hanyalah drama yang dicipta oleh mereka and they are sooo proud of their works - so far.
Quote roblucci 7-8-2014 12:12 AM
mmg betul sbb itulah budak2 selalu jadi umpan mereka.senang sgt nak perbodoh org arab dan org2 melayu sedang ke arah itu
Quote sasuke-kun 7-8-2014 12:25 AM
roblucci posted on 7-8-2014 12:12 AM
mmg betul sbb itulah budak2 selalu jadi umpan mereka.senang sgt nak perbodoh org arab dan org2 melay ...

Budak2 ni pun sebenarnya very innocent. InsyaAllah niat diorang mulia dan mendapat syahid dari Allah. Cuma perkara ni hanya diketahui oleh orang atasan Hamas sahaja, orang bawahan ni tak tahu menahu pun cuma yang diorang tau nak bebaskan Palestin dari cengkaman Israel. Sama jugak dengan kebanyakan these so called pertubuhan2 Islamic, kebanyakan orang bawahan yang jadi suicide bombers ni tak tau pun bahawa big bos diorang ditaja oleh Israel atau CIA. In the end semuanya terpulang pada niat, kalau ikhlas kerana Allah mungkin dapat syahid tapi kalau orang Islam bunuh orang Islam lain yang tak bersalah maka jawabnya nerakalah - nauzubillah
Quote hani85 7-8-2014 01:18 AM
sasuke-kun posted on 7-8-2014 12:09 AM
Sebenarnya aku pun dah lama rasa Hamas ni mcm something wrong cuma tak ada bukti. Sebab kalau kita t ...

x pe. kaji dan kaji lagi. jangan percaya dulu. sekarang zaman fitnah, mcm2 orang boleh cakap. deep down aku tak rasa hamas bersalah, tapi perlukan lebih banyak pembacaan. i still strongly side with hamas.
Quote tempur 7-8-2014 07:21 AM
ramai jadi barua zionis laknantullah..padahal kaum yahudi hanya aggapa manusia selain dari kaum mereka sama taraf dengan binatang je...
Quote cari_cahaya 7-8-2014 09:01 AM
Saya sangat sayangkan Islam, tapi kdang2 tak tahu kenapa hati ini juga terdetik bahawa semua yang belaku ini adalah permainan yahudi. adalah lakonan Yahudi. Entahlah..
Yang menjadi mangsa adalah kita semua. Umat Islam. Fitnah dunia semakin berleluasa.
Bersama kita berdoa agar kita terhindar dari fitnah2 dajjal. Semoga Allah celikkan mata hati kita untuk menilai yang benar. Saya juga berdoa agar Hamas/ Al Qassam adalah sebenar-benar singa Allah, bukanlah watak yang dicipta oleh Zionist untuk memecah belahkan kita umat Islam.
Quote kakJOYah 8-8-2014 08:23 AM
mcm2 teori, x tau mana satu betul mana satu propa

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 12:49 PM GMT+8 , Processed in 0.050401 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top