CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Kegagalan Di Glasgow, Kj Sanggup Letak Jawatan Menteri

11-8-2014 10:21 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8087| Komen: 61



JITRA 9 Ogos - Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menyatakan bahawa beliau sanggup meletak jawatan sekiranya terbukti bahawa kegagalan pada Sukan Komanwel ke-20 di Glasgow, Scotland baru-baru ini berpunca daripada dirinya.

Khairy berkata, beliau bersedia berbuat demikian jika hasil post-mortem dan kajian mendalam mendapati kegagalan pada temasya sukan itu berpunca sepenuhnya daripada kesilapannya sendiri dalam membuat sebarang keputusan.

"Tanyalah kepada persatuan-persatuan sukan dan pegawai-pegawai terlibat, kalau saya bersalah, saya bersedia untuk meletak jawatan setelah memegang jawatan ini lebih kurang setahun lebih," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakkan Sayap Umno Bahagian Kubang Pasu di sini hari ini.

Sementara itu, beliau berkata pihaknya juga masih belum membuat sebarang keputusan muktamad berkenaan pemilihan kontinjen ke Sukan Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan September ini. 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote enchikfitz 10-8-2014 12:48 AM
Lewat ke letak? Tau la dh lewat mlm ni
Quote cmf_premierleag 10-8-2014 12:48 AM
Berani ke KJ resign nih????? Kerat jariiii laaa
Pastu reramai sapot merayu2 suruu kekalkan jawatan
Phuiiiiii sgt
Quote clarizsa 10-8-2014 12:50 AM
like i care much....
Quote xy_daen 10-8-2014 12:50 AM
Xyah nak sanggup2, letak je jawatan mmg ang gagal sebagai menteri...sibuk Hal menteri lain ja mamat NIH..
Quote aechae 10-8-2014 12:52 AM
cmf_premierleag posted on 10-8-2014 12:48 AM
Berani ke KJ resign nih????? Kerat jariiii laaa
Pastu reramai sapot merayu2 suruu kekalkan jawatan
...

acah-acah saje uollss.... kang ramai aweks merayu kt twitter tu x jd lah tu

Quote cmf_premierleag 10-8-2014 12:54 AM
aechae posted on 10-8-2014 12:52 AM
acah-acah saje uollss.... kang ramai aweks merayu kt twitter tu x jd lah tu

Kheeeennn......punyai banyak benefits jd menteri
Sanggup ke resign? Aweks2 merayu2 trus cair bagai
Bluweeeekkkk sgt
Quote R2D2 10-8-2014 01:02 AM
enchikfitz posted on 10-8-2014 12:48 AM
Lewat ke letak? Tau la dh lewat mlm ni

TQ. dh dibetulkan

Quote spiderman80 10-8-2014 03:02 AM
clarizsa posted on 10-8-2014 12:50 AM
like i care much....

We must care, you know? He's the most suave minister in our cabinet after Najib. They're both easily the most good looking politicians in the world.
Quote khaira01 10-8-2014 03:03 AM
jangan kj, jangan x letak..kui3.
Quote clarizsa 10-8-2014 03:14 AM
spiderman80 posted on 10-8-2014 03:02 AM
We must care, you know? He's the most suave minister in our cabinet after Najib. They're both easi ...

yeahh.. right.... blabla blergghh...


LOL...
Quote ResellerMaxis 10-8-2014 04:16 AM
xy_daen posted on 10-8-2014 12:50 AM
Xyah nak sanggup2, letak je jawatan mmg ang gagal sebagai menteri...sibuk Hal menteri lain ja mamat  ...

Kan..dia memang xlayak jadi menteri sukan..semua isu dia nak menyibuk..semua keputusan menteri lain dia nak bangkang..
Masa xdapat jawatan menteri dulu..elok plak..dia lah tukang backing apa apa keputusan kerajaan yang lain..

Ini dah jadi menteri..tiba tiba jadi macam ibrahim ali..so elok lah letakkan jawatan .
Quote highcastle 10-8-2014 04:18 AM
Letak jawatan terus KJ, jgn berani cakap aje..........
Quote mbhcsf 10-8-2014 06:05 AM
Amboih....wow ....cakap lagu ni...hmm i am seeing another buzzword here Kubang Pasu...familiar kan....the supposed to be Mukhriz strong hold back in 2008...tapi...jerlun Langkawi...
Quote mbhcsf 10-8-2014 06:06 AM
Kalau...letak jawatan ni , then tetiba jadi mb selangor , welll okay gakkk...eheee
Quote alinone78 10-8-2014 06:32 AM
Tak payahla KJ
Sedangkan PM n Timbalan Menteri Pengangkutan n MDN pun tak resign

(Kalau nak banding dengan isu MAS, Sabah dan Sukan Komanwel di Glasgow...apa sangat lah isu sukan tu...paling beso pun bila Azizulhasni pakai sarung tangan save Ghaza tu)
Quote letter2 10-8-2014 06:37 AM
untuk lebih drama, letak je jawatan. untung2 nanti lepas pru, dpt masuk kabinet baru. dpt jd muntri pelajaran. dah makin up lg muntri pertahanan. pastu apa lg, jd tpm n pm.

apa la sgt portfolio muntri dlm kbs.
Quote TuntungReturn 10-8-2014 06:47 AM
menteri perdagangan pun x letak jawatan harga barang naik..rileks lalol
Quote CiliPadiSedap 10-8-2014 07:03 AM
KJ xde telur letak jawatan. Menteri sembang.
Quote tobby 10-8-2014 07:36 AM
penting sgt ka sukan ni?  rakyat dok komplen hospital krjn x cukup,  hospital yg sedia ada pun x cukup katil bagai ... di jln raya org cedera & mati mengatasi korban GAZA.

bukankah lebih baik peruntukan ratus juta utk sukan itu disalurkan kpd pembinaan lebih hospital & pemulihan sistem pengangkutan jalan raya???

Lihat semua komen(61)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 12:42 AM GMT+8 , Processed in 0.090135 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top