CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jijik Najis Masuk Restoran

13-8-2014 03:05 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4682| Komen: 13

Jijik Najis Masuk Restoran

AZMI Mohamed Cassim (kanan) dan beberapa  pekerjanya membersihkan air najis yang menyebabkan bau busuk dan kekotoran di  restorannya di Klang semalam.

KLANG 12 Ogos - Setiap kali hujan lebat, pelanggan Restoran Al-Bidayah di  sini, pasti merasa jijik dan hilang selera berikutan bau busuk akibat air  kumbahan yang bertakung di sekeliling premis itu.


Pemilik restoran berkenaan, Azmi Mohamed Cassim, 32, berkata, masalah yang  berlarutan sejak empat tahun itu berpunca daripada sistem pengaliran kumbahan  gagal menampung kapasiti air yang banyak semasa hujan lebat.

Akibatnya jelas beliau, laluan air akan tersumbat dan bertakung seterusnya  melimpah masuk ke dalam restoran.

"Saya semakin tertekan kerana pengendali sisa kumbahan iaitu Indah Water  Konsortium (IWK) masih gagal menyelesaikan sistem kumbahan yang tersekat di  belakang restoran saya ini. 


"Bayangkan apabila hujan lebat, air kumbahan melimpah dan naik ke kaki lima  kedai. Pengunjung yang tidak tahu akan memijak air tersebut menyebabkan restoran  berbau najis," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di Pusat Komersial Taman  Seri Andalas di sini, hari ini. 

Yang hadir sama ialah Pengerusi Gerakan Belia 4B Parlimen Kota Raja, Muhd.  Ali Zakariah.

Azmi memberitahu, IWK sepatutnya menyelesaikan masalah sistem kumbahan  tersekat dengan membuat saluran lain bagi melepaskan sisa ke parit besar yang  terletak tidak jauh dari restorannya.

"Saya menuntut IWK menyelesaikan masalah sistem pengaliran kumbahan yang  tersumbat dan membayar ganti rugi kerana saya kehilangan ramai pelanggan setiap  kali air kumbahan melimpah sejak empat tahun yang lalu. 

"Lalat berterbangan menghurung makanan sehingga pelanggan memandang serong  mutu kebersihan premis perniagaan yang saya sudah usahakan dengan susah payah  selama ini," ujarnya.
Sementara itu Muhd. Ali berkata, beliau berharap masalah tersebut  diselesaikan oleh pihak terbabit dengan segera.

"Jika kawasan restoran terus digenangi air najis, sudah pasti imej agama  Islam yang mementingkan kebersihan dan kesucian dalam penyediaan makanan  dipandang serong," katanya.


1

Bagus
1

Marah

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cheeky_meal 13-8-2014 09:37 AM
eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee....
Quote Al-Patih 13-8-2014 10:11 AM
                                     Yaiik....
Quote jengkoil 13-8-2014 10:14 AM
Saman adja...
Quote saladin780 13-8-2014 10:24 AM
Klang ...hmmm x heran lah...bandar kusam, kotor..udara busuk, longkang banyak tersumbat...indon bersepah merata rata
Quote HANIMUSLIMAH 13-8-2014 12:08 PM
Klang bandaq indon..
Quote shamsadis 13-8-2014 12:26 PM
sori ar Selangor sedang huru hara pasal MB....nasib la
Quote ninjago 13-8-2014 12:30 PM
euwwwwwwwwwwwwww
Quote kakikuDibibirmu 13-8-2014 12:53 PM
klang darul taik            
Quote aTiKah_aYuNi 13-8-2014 12:54 PM
eeeeeeeeeeeeeeeee.......jijik nyer.......ade air tahik merata2.....
Quote boyagombak 14-8-2014 11:33 AM
Kelang terkenal dengan

i-Burung gagak
ii-Koliang
iii-Genzterisma
iv-sekarang ketahian pulok
Quote mak_wa95 14-8-2014 08:16 PM
eeiiiiiiiiiii...
Quote Acong 15-8-2014 01:25 AM
shamsadis posted on 13-8-2014 12:26 PM
sori ar Selangor sedang huru hara pasal MB....nasib la

baru ku tau IWK bawah MB
Quote MatDeghem 15-8-2014 01:30 AM
Oh malaysia pun ada najis bersepah....air najis!

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 06:06 AM GMT+8 , Processed in 0.047045 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top