KUCING peliharaan John dan Sharon Bowler boleh dianggap kucing nakal kerana gemar mencuri pakaian jiran dengan harapan pemiliknya akan kagum dengan kemahirannya itu. Sejak Ghostie dipelihara lebih setahun lalu, ia telah membawa pulang ratusan pakaian yang diambil dari ampaian jirannya. Menurut John, setiap kali Ghostie pulang ke rumah ia pasti membawa pulang pakaian jiran hingga menyebabkan mereka malu. “Ia pernah bawa balik cawan kopi. Dalam tempoh sejam Ghostie boleh bawa tujuh sarung kaki dan baju kanak-kanak,” katanya dipetik Mail Online Menurutnya, setiap hari juga dia dan isteri terpaksa memulangkan pakaian yang dicuri untuk dipulangkan.
|
AyamHutanJantan posted on 12-8-2014 04:40 PM
kalau ajar curi duit guane
mattzzx posted on 12-8-2014 03:24 PM
Adakah dulu kucing tersebut pernah di latih untuk tujuan itu???
ADVERTISEMENT