CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Padah Baru Kenal Dah Bagi Gambar Bogel

15-8-2014 09:53 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 19296| Komen: 76

Padah Baru Kenal Dah Bagi Gambar Bogel

Gambar hiasan

KUALA TERENGGANU - Seorang remaja perempuan hidup dalam ketakutan selepas tindakannya menghantar gambar bogel kepada teman lelaki baru dikenali mengundang padah apabila dirinya diaibkan susulan penyebaran gambar tersebut.

Tidak cukup dengan itu, remaja berusia 13 tahun itu turut menerima beberapa ugutan akan diculik oleh teman lelakinya yang hanya dikenali melalui telefon.

Difahamkan, mereka tidak pernah berjumpa sepanjang tempoh perkenalan tersebut, iaitu sejak April lalu.

Bagaimanapun menurut sumber, selepas hampir sebulan berhubung tanpa bersemuka, teman lelakinya bertindak berani meminta mangsa menghantar sekeping gambar bogel kepadanya tetapi mangsa enggan berbuat demikian.

“Pada mulanya suspek memberi alasan kononnya meminta gambar berkenaan hanya sekadar simpanan dirinya sendiri, bagaimanapun, mangsa enggan berbuat demikian kerana malu dan tidak yakin dengan suspek.

“Keengganan mangsa telah mengundang kemarahan suspek sebelum mengugut mahu menculik mangsa sekiranya mereka terserempak di luar.

Bimbang dengan ugutan itu, mangsa yang ketakutan akur dengan arahan tersebut sebelum bertindak menghantar gambar separuh bogelnya,” katanya.

Bagaimanapun suspek yang masih tidak berpuas hati kerana permintaannya untuk mendapatkan gambar bogel tidak ditunaikan, sekali lagi memaksa mangsa menghantar gambar yang menampakkan keseluruhan badan.

“Suspek yang masih tidak berpuas hati tetap memaksa dan mengugut remaja malang itu dengan niat untuk menakutkannya.

“Risau dengan ugutan tersebut, mangsa tanpa berfikir panjang mengikut arahan suspek dengan menghantar gambar bogelnya,” katanya.

Jelas sumber lagi, mangsa hanya mengetahui berhubung penyebaran gambarnya pada minggu lalu selepas dimaklumkan rakan sekolah sebelum mengambil keputusan membuat laporan polis kerana bimbang keselamatan dirinya dan ingin memastikan gambar terbabit tidak terus disebarkan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.
Menurutnya, siasatan lanjut sedang dijalankan dan pihaknya sedang giat mengesan suspek.

9

Bagus
7

Marah
6

Terkejut
6

Sedih
6

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (42 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote famri7 15-8-2014 08:02 AM
Kesian.mentality pprt meleis horny..kalo tgk vs ingt perempuan bogel nikmat..
Quote nebulagazer 15-8-2014 08:04 AM
Bahana semakpong
Quote ais_kosong 15-8-2014 08:04 AM
kalau dia ugut nak culik..
report la polis
nih gigih hantar pica bogel..
dah tersebar leh lak report polis..
xtakut kena culik ke?
Quote protonpersona 15-8-2014 08:05 AM
Terengganu darul kepelikang tanpa batasang
Quote kerunai 15-8-2014 08:07 AM
SYUKURLAH

SEJAK AMENO PEGANG GANU

MACAM MACAM SEKS ADA

TERENGGANU DARUL SEKS
Quote AbukRokok 15-8-2014 08:08 AM
itulah bila berfikir tidak menggunakan otak sepenuhnya
xpasal pasal sel sel otak tidak mampu berhubung dan menganalisis
Quote nikaido 15-8-2014 08:10 AM
dah byk kali dejavu dah, asal terengganu (especially kuala terengganu/besut) mesti berita maksiat
Quote kakJOYah 15-8-2014 08:10 AM
jahatnya jantan tu, budak umo 13thn pun ko nak pekena
tu la dikk, org sibuk belajar ko sibuk cari jantan.. kan dah kena..
Quote fifie_olin 15-8-2014 08:12 AM
lenkali htr pic bogel ko tu....tang muka ko padam la dey...
klo x pon ko bg pic org lain...
bodo ko kan
Quote zacrin 15-8-2014 08:14 AM
bodo bergabung dengan dungu meletop
Quote kentel 15-8-2014 08:14 AM
fifie_olin posted on 15-8-2014 08:12 AM
lenkali htr pic bogel ko tu....tang muka ko padam la dey...
klo x pon ko bg pic org lain...
bodo k ...

haha..cam bese je uols
Quote leylapple 15-8-2014 08:18 AM
senang nyer antar pic bogel kat jejanz...

maruah dah takder ke dik?
Quote gaara_X 15-8-2014 08:19 AM
Cinta siber...banyak risikonya juga
Quote nurul_akmar 15-8-2014 08:21 AM
budak 13 tahun pon nak ugut. nak gambar2 bogel. tah hape2 la. kalau nak sgt, google je la. berlambak.
Quote MummySafa 15-8-2014 08:23 AM
adoiyaiii...xhadam dek akal cerita seumpama ini...
Quote aechae 15-8-2014 08:25 AM
Budak 13 thn skang dh mcm mak org pn ada... Klu zmn aku umur 13 thn dlu, period pn belum, klu hntr pic bogel org pn x tgk
Quote ida88 15-8-2014 08:25 AM
Mase kne ugut kali pertame
Tanak pulak report polis
Siap ade lg ugutan susulan
Dh tersebar baru reti cari polis

Quote fifie_olin 15-8-2014 08:27 AM
kentel posted on 15-8-2014 06:14 AM
haha..cam bese je uols

ko jgn ckp cam tu...aku x buat benda2 bodo ni...
ni aku korek drp citer2 bodo dlm tb tu...hehe bodo lg...

Quote drivethru 15-8-2014 08:31 AM
Mgkn bdk ni buat2 cite diugut untuk menunjukkan yg dia tertekan dan mengelak dari dipersalahkan.

Hakikat nye mmg gatal nak dirogol. Dah tahu x pernah jumpa, mcm mane plak lelaki tu nk culik kalo x kenal. Mase kena ugut xnk plak buat report polis, bila gambar bogel dh tersebar, boleh plak sel-sel otak berhubung untuk buat report polis.

Lihat semua komen(76)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 12:00 AM GMT+8 , Processed in 0.124437 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top