CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Inspector Polis Seludup Vellfire Curi Ke Thailand

19-8-2014 04:26 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8533| Komen: 21

Inspector Polis Seludup Vellfire Curi Ke Thailand


Tindakan seorang pegawai polis membawa isteri dan anaknya untuk mengaburi pihak berkuasa tidak berhasil selepas dia ditahan ketika cuba menyeludup keluar kereta mewah Toyota Vellfire di sempadan Malaysia-Thailand di sini, Jumaat lalu.

Dalam kejadian jam 9 malam itu, pegawai polis berpangkat inspektor berusia 40-an itu dipercayai membawa isteri serta anaknya bagi mengelak ditahan pihak berkuasa dalam usahanya membawa masuk kereta curi berkenaan ke Thailand.

Difahamkan, suspek bertugas di Jabatan Logistik Bukit Aman bersama isterinya berusia 30-an serta anak perempuannya berusia lima tahun itu ditahan dalam cubaan keempat mereka menyeludup keluar kereta curi.

Sumber berkata, suspek ditahan Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Bukit Kayu Hitam di sekatan jalan raya UPP selepas menerima risikan.

“Suspek mengaku cuba membawa masuk kereta curi ke negara jiran, malah menggunakan nombor pendaftaran palsu pada kereta itu sebelum ditahan di kilometer 1.3 Jalan Bukit Kayu Hitam, di sini.

“Ketika ditahan suspek membawa beg pakaian dirinya serta keluarga di dalam kereta dipercayai untuk bermalam di negara jiran sebelum pulang ke tanah air.

“Kami tidak pasti sama ada suspek beroperasi sendirian di dalam sindiket itu atau mengambil upah membawa masuk kereta daripada sindiket lain,” katanya, di sini semalam.

Menurut sumber, pihaknya tidak dapat mengulas lanjut mengenai perkara itu kerana masih dalam siasatan.

“Kereta dipandu suspek dilaporkan hilang pada 3 Oktober 2012 di Subang Jaya, Selangor.

“Kami akan mendapatkan kerjasama daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya bagi tindakan lanjut,” katanya.

1

Bagus

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote blackred99 19-8-2014 09:54 AM
wah, inspektor bawak vellfire, projek byk ni.
Quote zacrin 19-8-2014 09:59 AM
vellfire curi tu..
Quote deanswify 19-8-2014 10:00 AM
inspektor conan kot
Quote afie_m 19-8-2014 10:04 AM
waaaaa......inspektor tu....
Quote emmaisa 19-8-2014 10:09 AM
buat jahat bawak anak bini sekali...nanti dah tua kalau anak jahat jgn salahkan masyarakat atau pengaruh kawan2...
Quote shamsadis 19-8-2014 10:19 AM
sepandai pandai velfire ke Thailand akhirnya kecundang di tangan Imigresen
Quote fifie_olin 19-8-2014 10:40 AM
gaji x cukup barangkali..
pgkt dh bsr dh....
Quote revolusi_30 19-8-2014 10:43 AM
shamsadis posted on 19-8-2014 10:19 AM
sepandai pandai velfire ke Thailand akhirnya kecundang di tangan Imigresen

Imigresen ke UPP  ??  
Quote mikasa 19-8-2014 10:47 AM
Ingat dia jadi polis...jadi org tak tahan dia ker.

Ni dah mesti biasa buat kerja cam tu
Quote gede-bab 19-8-2014 10:49 AM
harapkan pagar...pagar makan padi...
Quote ida88 19-8-2014 10:52 AM
Polis lagi
Rosak susu sebelanga
Quote drivethru 19-8-2014 11:00 AM
Sepandai-pandai inspektor, pandai pagi UPP.

Memburuk kan imej polis jer.
Quote waksir 19-8-2014 11:03 AM
mesti ada informer ni ... bukan senang nak kesan keta curi or plat no. palsu kt sempadan tu
Quote scorpionkiki 19-8-2014 11:04 AM
Upp vs bkt a man...upp menang
Quote maja07 19-8-2014 04:22 PM
Percubaan ke empat? 3X lagi dah terlepas ke?

Dah la kete hilang tahun 2012...
Quote freebird 19-8-2014 04:23 PM
anak2 polis selalu tak menjadi orang...
Quote Al-Patih 19-8-2014 05:32 PM
“Kami tidak pasti sama ada suspek beroperasi sendirian di dalam sindiket itu atau mengambil upah membawa masuk kereta daripada sindiket lain,” katanya, di sini semalam.

suspek bertugas di Jabatan Logistik Bukit Aman .....bukan bertugas kawasan kampung ....masaaak
Quote nurul_akmar 20-8-2014 03:56 AM
alahai, nak cpt kaya punya pasal. mesti dorg dah risik berbulan2 lamanya. tgu time je nak cekup. mcm kes sorg driver. guna kete gomen seludup dadah. last2 kena tangkap jugak lepas wat risikan berbulan2
Quote stinger_attack 20-8-2014 04:47 AM
Mustahil laki koporal NURMIMIK kheen?

Anyway dia bin Sargent bukan inspektor........

So Let's move on..........













Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 03:57 AM GMT+8 , Processed in 0.035247 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top