CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Adakah polis bertindak secara agresif? Ikut SOP?

18-5-2013 11:59 PM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 3597| Komen: 10

Othman Yusof: 'Polis bunuh anak saya'
NIZAM ZAIN
17 Mei 2013

PETALING JAYA - "Anak saya dibunuh oleh dua penunggang motosikal dari kiri dan kanan keretanya di bulatan Taman Billion, bukannya berbalas tembakan dengan polis," demikian dakwa Othman Yusof, bapa kepada mangsa tembakan polis pada 14 April, tahun lalu.

Othman turut mempersoalkan tindakan pihak polis yang menembak mati kedua-dua anak lelakinya walhal mereka baru sahaja disyaki terlibat dalam rompakan itu dan belum lagi disabitkan kesalahan.

"Saya tak puas hati dengan tindakan polis, mereka tembak anak saya kerana dikatakan suspek rompakan.

"Kalau suspek, adakah kita perlu bunuh? Kita tak tahu lagi bersalah atau tidak, dia sepatutnya ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah, bukannya terus tembak," soalnya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR, di sini, hari ini.

Dua beradik, Noor Azman Othman, 39, Aidi Noor Hafizal Othman, 23 dan seorang rakan mereka, Saufi Ahmad, 23, merupakan suspek rompakan kedai emas di Shah Alam telah ditembak mati di bulatan Taman Billion, awal pagi pada 14 April 2012.

Beliau juga kesal apabila barangan milik anaknya ketika ditembak mati polis, iaitu wang tunai RM6,000 dan telefon bimbit bernilai lebih RM2,000 didapati lesap dan tidak dipulangkan kepada waris.

Lebih malang lagi kata Othman, polis memberitahu ketika kejadian berdarah itu, anaknya didapati memiliki sepucuk pistol, dadah dan sebilah parang malah enggan memberhentikan kereta lalu ditembak polis.

"Sebab itu saya tampil hari ini bersama peguam dari PKR untuk mendapatkan keadilan, bukannya pampasan.

"Hanya dua telefon bimbit ini bernilai lebih RM200 ke atas dipulangkan kepada saya," katanya.

4

Bagus
3

Marah
3

Terkejut
1

Sedih
4

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (16 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote paperchase 18-5-2013 11:32 AM
Peguam dakwa polis 'reka cerita'
NIZAM ZAIN
17 Mei 2013


N.Surendran (tiga dari kiri) bersama bapa mangsa suspek kes rompakan yang ditembak mati polis. -Foto SINAR HARIAN ONLINE

PETALING JAYA - Dua peguam kepada waris tiga suspek rompakan yang terbunuh di Taman Billion, di sini, N.Surendran dan Latheefa Koya mendakwa laporan hasil bedah siasat bertentangan dengan kenyataan polis.

Surendran mendakwa berdasarkan laporan yang diperolehi dari Unit Forensik, Fakulti Perubatan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, kedudukan peluru yang mengenai ketiga-ketiga suspek itu menunjukkan mangsa ditembak ketika mereka berlutut dan bukannya ditembak dari hadapan, seperti dalam kenyataan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah.

"Polis kata suspek mulakan tembakan ke arah polis, tapi bagaimana tembakan itu menuju ke bawah tubuh mangsa padahal sudut tembakan polis sepatutnya terus saja.

"Laporan post mortem itu mudah saja, mangsa ditembak dari atas dan peluru tembus keluar ke bawah dan ia bertentangan dengan keterangan polis," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat PKR, di sini, hari ini.

Dua beradik, Noor Azman Othman, 39, Aidi Noor Hafizal Othman, 23 dan serorang rakan mereka, Saufi Ahmad, 23, merupakan suspek rompakan kedai emas di Shah Alam telah ditembak mati di bulatan Taman Billion, awal pagi pada 14 April 2012.

Azman ditembak sebanyak lapan kali manakala Aidi ditembak sebanyak 11 kali.

Surendran yang juga Naib Presiden PKR juga mempersoalkan bagaimana lapan das tembakan boleh dilepaskan kepada mangsa jika pihak polis mahu menghentikan tembakan balas mangsa.

Beliau menyifatkan kenyataan polis itu adalah satu penipuan dan dipercayai cuba menyembunyikan sesuatu, susulan laporan hasil bedah siasat itu nyata bertentangan dengan fakta yang dikemukakan pihak polis.

Sehubungan itu, PKR mendesak supaya satu siasatan segera diambil oleh satu badan siasatan bebas susulan pihak polis gagal memberikan penjelasan tentang siasatan yang telah dilakukan sepanjang setahun lalu.

"Kita mahu polis yang terlibat dalam kes itu ditangkap dan disiasat.

"Siasat semua pegawai tertinggi termasuk Datuk Ku Chin Wah kerana didapati cuba menyembunyikan sesuatu dalam kes ini dan berapa ramai suspek telah disoal siasat, apa yang telah dibuat," tegasnya.

Beliau turut mempersoalkan kelewatan laporan bedah siasat itu dikeluarkan selepas setahun insiden itu berlaku.

Hanya terdapat dua laporan hasil bedah siasat yang bertarikh Februari 2013 sahaja diperolehi daripada pihak hospital terbabit manakala Saufi pula masih belum diperolehi.
Quote paperchase 18-5-2013 11:44 AM
geng utk ke, jenis x hadap hardcore, trus tembak.

pencerahan pls pd sapa2 yg mahir.
Quote razhar 18-5-2013 04:19 PM
To PKR,kalu boleh jgn ambik kes2 mcm ni..serah ke loyar je..jangan nak jadi hero sangat sampai semua kes jenayah nak diambik kira..backfire PKR nanti...
Quote ~boolean 18-5-2013 04:23 PM
Nak keadilan, jumpa parti politik....
Quote magnus 18-5-2013 04:25 PM
Erk....sila jawab encik polis...
Quote magnus 18-5-2013 04:26 PM
Encik pkr nak menyibuk pun silalah ya...
Quote harimau76 18-5-2013 04:28 PM
~boolean posted on 18-5-2013 04:23 PM
Nak keadilan, jumpa parti politik....

Lebih spesifik, pegi jumps parti keadilan.... Penjenayah pun leh dptkan keadilan...
Quote perang_saudara 18-5-2013 04:30 PM
Lebih malang lagi kata Othman, polis memberitahu ketika kejadian berdarah itu, anaknya didapati memiliki sepucuk pistol, dadah dan  sebilah parang malah enggan memberhentikan kereta lalu ditembak polis.

modus operandi pulis ga pernah berubah, tak kesahlah kes apa pun, misti ada jumpa parang, pedang samurai

agaknya kalau kes tangkap perogol pun akan jumpa parang dan pedang samurai dalam lubang faraj mangsa Last edited by perang_saudara on 18-5-2013 04:46 PM

Quote perang_saudara 18-5-2013 04:31 PM
Taman Billion, adakah ini kawasan perumahan AdamBillionaire? Last edited by perang_saudara on 18-5-2013 04:35 PM

Quote slyfynx 18-5-2013 04:41 PM
x abis2 nak claim polis jahat
pasni kalau umah kene rompak sile setel sendiri

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 07:23 PM GMT+8 , Processed in 0.084327 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top