CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Janin Di Jumpai Dalam Longgokan Sampah

25-8-2014 11:55 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4482| Komen: 10

Janin Di Jumpai Dalam Longgokan Sampah


Nor Zami menunjukkan tempat di mana dia mengutip longgokan sampah yang mengandungi janin kepada Hamzah (kiri) di Kampung Indah Bahau, semalam.


JEMPOL – Seorang wanita tidak menyangka sampah yang dipungut untuk tujuan kitar semula mengandungi janin bayi perempuan dipercayai berusia kira-kira lima bulan.

Janin cukup sifat yang ditemui dalam longgokan sampah di Kampung Indah Bahau, dekat sini, semalam, disedari penduduk kampung, Nor Zami Akrom, 52, kira-kira jam 9 pagi selepas membuka plastik sampah yang dikutip di belakang sebuah kedai makanan segera itu.

Menurut Nor Zami, mengutip sampah menjadi rutin hariannya sejak 10 tahun lalu di mana barang kitar semula akan dijual dan menjadi sumber pendapatannya.

“Lebih kurang jam 3 pagi semalam saya mengutip sampah di belakang kedai makanan dan memasukkannya ke dalam van tanpa membukanya.

“Pagi ini, saya amat terperanjat melihat terdapat janin bayi ketika membuka plastik sampah yang dikutip,” katanya di sini, semalam.

Nor Zami berkata, pada mulanya dia menyangka seekor anak ayam, namun apabila diteliti ia kelihatan seperti janin bayi.

“Saya tidak sangka di antara sampah yang saya kutip mengandungi janin. Akibat terlalu takut, saya bercadang mahu menanamnya di belakang rumah.

“Tetapi bila memikirkan perbuatan itu sebagai jenayah, saya segera ke Balai Polis Bahau untuk membuat laporan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hamzah Alias berkata, pihaknya menahan seorang wanita berusia 21 tahun kira-kira tengah hari semalam, untuk siasatan lanjut.

“Suspek ditahan di tempat kerjanya di pekan Bahau dan dipercayai membuang janin tersebut petang semalam (kelmarin) sebelum pulang ke rumahnya pada jam 10 malam.

“Wanita ini akan direman esok dan pihak polis sedang memburu teman lelakinya,” katanya.

Menurut Hamzah, janin tersebut dihantar ke Hospital Jempol untuk bedah siasat.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.


11

Bagus
12

Marah
12

Terkejut
10

Sedih
14

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (64 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote GhostWalking 25-8-2014 10:39 AM
Kenapa berturut-turut oiiii these few days berita gini
Quote Lina66 25-8-2014 12:32 PM

Sialnye perangai cenggini...
Quote nebulagazer 25-8-2014 12:51 PM
GhostWalking posted on 25-8-2014 10:39 AM
Kenapa berturut-turut oiiii these few days berita gini

Thn lps punye parti buih kot
Quote azimodin 25-8-2014 02:24 PM
Aku x tahu carutan ape yg paling sesuai nak bagi pada mak bapak baby2 yg kena buang ni..... rase macam nak rodok je anus dorang ngan buluh runcing.

Dah start la musim pelupusan bayi2 hasil malam tahun baru sebab lebih kurang 9 bulan. Kita nanti kan pulak musim pelupusan anak hasil malam ambang merdeka.

Bangsat2 ni x tahu pasal baby hatch kah??? Husnuzon je la, mungkin otak mereka letaknya di celah kangkang.

Berita camni membuat ibu2 mengandong super emo
Quote scorpionkiki 25-8-2014 02:27 PM
Jangan publicisekan perbuatan ni... bg idea untuk orang lain tiru
Quote fatehana 25-8-2014 02:30 PM
siannya kat baby tu
Quote Al-Patih 25-8-2014 04:01 PM
Bayi terselamat daripada dibuang-Pusat Jagaan Bayi Tidak Diingini (Baby Hatch)
http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=492167

Baby Hatch diwujudkan bagi mengelakkan bayi terutama dilahirkan luar nikah dibuang di merata tempat.

Last edited by Al-Patih on 25-8-2014 04:02 PM

Quote GhostWalking 25-8-2014 04:04 PM
Dah sampai masa baby hatch ni di letak di luar kawasan Kuala Lumpur
Quote PongKang 25-8-2014 04:05 PM
cepatnya polis dpt tangkap sape yg buang tu..
Quote NurAlia14 25-8-2014 04:11 PM
Dah susah2 mengandung dan melahirkan..nak buang pulak..mase pregnant tu xkn xde perasaan syg kt baby tu..alahai

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 07:48 PM GMT+8 , Processed in 0.070113 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top