CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

EDISI BOIKOT : Veteran UMNO arah boikot Air Asia

19-5-2013 08:28 PM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 14108| Komen: 128


Veteran Umno arah anggota boikot AirAsia, AirAsia X

2:25PM Mei 19 2013

Persatuan Veteran Umno mengeluarkan arahan kepada anggotanya supaya memboikot perkhidmatan penerbangan tambang murah AirAsia dan AirAsia X berikut kenyataan seorang pegawai tinggi syarikat AirAsia X yang didakwa mencerca akhbar milik Umno, Utusan Malaysia.

Laporan edisi hujung minggu akhbar tersebut hari ini memetik kenyataan setiausaha Veteran Umno Datuk Mustapha Yaakub yang mahu anggota persatuan tersebut menunjukkan reaksi balas itu atas sikap yang ditunjukkan ketua pegawai eksekutif AirAsia X Azran Osman-Rani.

Tindakan itu juga ekoran kegagalan AirAsia X memecat Azran dari jawatan tersebut, kata Mustapha yang menganggap dakwaan cercaan ke atas Utusan itu sebagai penghinaan ke atas kaum Melayu.

"Kenyataan Azran benar-benar menghina Melayu. Oleh kerana AirAsia X tidak mahu menghukumnya, maka veteran UMNO akan menghukum AirAsia X dan AirAsia dengan memboikot kedua-dua syarikat ini.

"Bagi kami Azran adalah lambang Melayu yang lupa identiti bangsanya. Inilah Melayu yang dikatakan kacang lupakan kulit. Individu seperti inilah yang menjadikan Melayu hilang identiti malah sanggup menggadai maruah bangsa sendiri," katanya.

Menurut Utusan, Azran dalam tulisannya di Facebook menulis: "I am Malaysian. I am anti-racism. I am disgusted by Utusan's editorial stance. (Saya rakyat Malaysia. Saya antiperkauman. Saya meluat dengan pendirian pengarang Utusan),"

Azran juga mengumumkan untuk menarikh balik iklan AirAsia, di Utusan Malaysia dan menyebut: "Utusan sudah lama tidak relevan. Jumlah pembaca merosot kerana minda pengarang sempit. Utusan tidak mewakili Melayu Malaysia."

AirAsia merupakan antara pembeli ruang iklan utama di media Malaysia.


7

Bagus
12

Marah
5

Terkejut
7

Sedih
9

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (44 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Muntz 19-5-2013 05:27 PM
Boikot jer. Silakan. Mcmlah selalu sangat naik flight tu.
Quote noor2 19-5-2013 05:28 PM
bengongnya asyik nak memboikot je...


tak boleh disentuh langsung depa ni...mcm la malaysia ni depa sendiri je yang punya...

Quote roblucci 19-5-2013 05:48 PM
boikot?cuba murahkan dulu tambang MAS baru boleh orang ikut.
Quote polaris_girlz 19-5-2013 05:50 PM
Klo mas murah..xpe lah gak nk boikot....
Quote pakwetizzaqyah 19-5-2013 05:51 PM
tanda2 besar veteran umno nk naik air asia free...
Quote prettyuglybabe 19-5-2013 05:53 PM
boikot la sangat
Quote MarryPottet 19-5-2013 05:56 PM
melayu sama melayu gaduh, cina tepuk perut

hina utushit = hina melayu
utushit adalah akhbar milik umporngok, bukan milik melayu
orang melayu yang waras & bertamadun, takkan sedikit pun rasa terhina dengan kenyataan azran
Quote spiderman80 19-5-2013 05:57 PM
UMNO/BN dan penyokong fanatik mereka tak dapat dipisahkan dengan budaya boikot-memboikot.

China doll manyak sedap ohh....
Quote perang_saudara 19-5-2013 05:58 PM
tak sokong utusan kalu tandanya tak sokong produk mulayu
tak sokong produk mulayu kalu tandanya tak sokong Yislam
tak sokong Yislam kalu jadi kayu api neraka lah jawabnya
Quote freebird 19-5-2013 05:59 PM
yahoo...senang sikit lah warga urban nak book tiket murah ke ostolia, niu jilen, jepang, china, korea, dll...tak payah berebut2 dengan makcik pakcik kampungan low class ni...
Quote C.K 19-5-2013 06:04 PM
Pakcik ini lupa misi ummah boikot yahudi belum berjaya sudah mahu tukar boikot perkara lain pula
Quote C.K 19-5-2013 06:06 PM
Utusan sudah lama tidak relevan. Jumlah pembaca merosot kerana minda pengarang sempit. Utusan tidak mewakili Melayu Malaysia."


Trbaik pendaoat dia...shoot tepat kena atas dahi...utusan swkarang ini hidup karena kerajaan sahaja yang beli akhbar itu dan disekolah pun dipaksa membaca utusan...namun proses cuci otak melalui akhbar jamban no 1 malaysia...gagal sama sekali
Quote perang_saudara 19-5-2013 06:16 PM
mahu runtuhkan yekonomi ummah negara sundri, baguslah kalau sebegitu
Quote DTECCONAN 19-5-2013 06:44 PM
org Melayu baca Metro la

aku rasa BHarian baik sikit dr Utusan
Quote freebird 19-5-2013 06:57 PM
harapan pembaca otosan meloya low class naik kapalterbang hanyalah sebelum pemilihan ameno...bila calon ketua bahagian sponsor pergi medan dan lombok....
Quote reyust 19-5-2013 07:08 PM
boikot sbb terasa, apa class...
klu boikot sbb servis ok la gak...
Quote matamata 19-5-2013 07:11 PM
Quote letter2 19-5-2013 07:11 PM
bukan azlan,ramai melayu lain meluat dgn utusan. Hina kitab suci otosan sama dengan hina melayu? Atau hina qoran?
Quote matamata 19-5-2013 07:12 PM
kalau kumpul tandatangan melayu2 yg meluat kat utusan....apa dia nak buat pulak...?

Lihat semua komen(128)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 12:00 AM GMT+8 , Processed in 0.127363 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top