Kes Syabu: Empat Pelajar Nigeria Ditahan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata, enam lelaki berusia 27 hingga 44 tahun itu ditahan selepas polis menjalankan risikan selama sebulan ke atas kumpulan suspek sebelum berjaya memberkas mereka. Beliau berkata, dalam serbuan pertama yang dijalankan di sebuah kondominium mewah pada jam 3.30 petang, Selasa lalu polis memberkas tiga lelaki Nigeria bersama 7.04 kilogram dadah jenis syabu. "Dua hari kemudian selepas hasil soal siasat yang dijalankan ke atas suspek polis menyerbu sebuah lagi kondominium dan menahan dua lelaki tempatan bersama seorang lelaki Nigeria. Dalam serbuan itu polis turut menemui dadah jenis syabu seberat 6.51 kilogram" katanya dalam sidang media sebentar tadi.
NOOR Rashid menunjukkan dadah yang dirampas kepada pemberita. FOTO Mohamad Azim Fitri Abd Aziz Noor Rashid berkata, hasil siasatan yang dijalankan kumpulan suspek menggunakan perkhidmatan kurier untuk membawa masuk dadah berkenaan dengan menggunakan lapangan terbang sebagai laluan masuk. |
15
Bagus |
9
Marah |
7
Terkejut |
19
Sedih |
7
Lawak |
16
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT